Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 8 September 2013

Ber’paintball’ di Cyberjaya Painball ..

 

Kali pertama aku memegang marker dan pakai segala peralatan paintball ni setelah punya lama teringin nak layan !

Kali terakhir ‘berperang’ ni , masa zaman kanak kanak dulu. Pastu sejak kenal dunia jiwang ni , maka segan nak berperang dah .. Yelah , ilang macho la .. Kononnya laaa ..

Jemputan dari rakan blogger , Broframestone tidak aku lepaskan walaupun aku tau hari tu aku mmg sibuk giler ! Nak gak merasa bermain dengan rakan rakan blogger yang lain ..

Ternyata pergorbanan masa aku tu tak sia-sia ! Memang best layan paintball ni apatah lagi tempatnya mmg santai dan menenangkan .. Udara fresh gitu !

Bertempat di Cyberjaya Paintball , Cyberjaya ( dkt Tasik Cyberjaya ) segala impian aku jadi kenyataan walaupun aku jadi mangsa tembakan mereka ! Maklumlah , dah lembab skang ni nak berlari sana sini ! Lemang dan ketupat masih banyak dalam perut aku .. hehee.. Alasan baik punya !

 

Gaya ada dah .. Cuma aku perlu ‘ringankan’ badan dengan banyakkan berlari sana sini utk elakkan dari ditembak ! Dan kalau nak main paintball ni , minda perlu rileks. Jangan fikir sangat hal hal lain .. Enjoy !!  Silap aku , aku byk fikir isu lain .. Hehehe ..

image

Bila bermain paintball ni , baru terasa betapa peperangan memerlukan daya tumpuan yg amat tinggi agar tidak jadi mangsa muncung senapang musuh !

 

Terus terang aku bagitau la kan .. aku akan ajak kengkawan blogger sekali lagi berperang lagi disini ! Rehatkan diri dari dunia maya dengan melepak rakan rakan dunia maya !

Terima kasih Cyberjaya Paintball atas layan dan tunjuk ajar bermain dan menerangkan ciri ciri keselamatan Paintball. Ringkas tapi sangat berinfomasi .

image

Aku jatuh cinta dah ngan Paintball .. Siap la pasni !!

Nak tau apa pendapat rakan blogger yang lain ? Baca ler kat blog mereka ..

http://ayuejean.blogspot.com/2013/09/paintball-with-blogger-at-cyberjaya.html

http://hafizrahim.com/cyberjaya-paintball-medan-pertempuran-blogger/

Nak tau lebih lanjut , leh ke fan page mereka , CYBERJAYA PAINTBALL .

Perlu ke insuran nyawa ni ?

 

Kelmarin aku gi gym .. Kat sana , jumpa la kenalan lama yang dah berbulan tak jumpa. Rasanya sebelum Ramadan lagi .. hehe… Aku yang jarang ke sana sebab jimatkan petrol … Rupanya semakin kena jimat lagi skang ni ! Huhu..

Aku tanya perkembangan dirinya . Kakinya yang cedera akibat main futsal ketika mewakili tempat dia bekerja … Apakah mendapat perhatian sewajarnya ?

Dia tunjukkan kepala lututnya pada aku .. Mengerikan ! Dia kata kerosakkan dalaman tu memerlukan pembedahan yang menelan belanja RM48 ribu !  Tu pon bukan boleh pulih. Dah kira kecacatan kekal.

Aku tanya dia … ada insuran ke ? Dia geleng kepala .. Dah tu mana nak cari duit untuk buat semua tu ? Dia kata sedang berusaha dapatkan dari Socso .. Tu pun sukar sbb pejabat dia tak nak bantu dia walhal dia main tu atas tiket pejabat dia !

Muda lagi.. Baru umur 22 rasanya .. Dah berkawin dan ada anak . Nasib baik la dia keje kerajaan .. Dan ada kelebihan sedikit untuk dapatkan duit sampingan ..

Hurmm … ada yang rasa tak penting insuran ni .. Cuma masalahnya ialah bila kita dah amik insuran maka akan ada la pakej pakej tambahan .. Memula RM100 pastu agen kita kan ‘bagitau ‘ ada pakej pakej terbaru selepas itu .. Adoi ..

Insuran mmg bagus. Tapi agen insuran perlu jaga kualiti mereka . Jangan dah dapat , terus buat kerja separuh siap ! Aku dah kena dah ..

Bila Qhaliff membeli roti ..

 

20 sen je pon !

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Boroi sudah aku ?

 

Boroi eh ? Hahahaha .. tak pe .. Biasa dah berlaku setiap kali lepas Aidilfitri. 2 bulan sebelum tu , terlalu kurus . Dah macam budak kpop lak .. Bosan lak bila tengok gitu. Seluar pon melondeh jer.. Huhu ..

Jadi , seperti biasa .. aku amik risiko gemukkan balik badan dan kembali ke gym untuk membentuk otot otot kembali … hehehhe ..

Susah ke ? Nehhhhh …

Nak buat cam ni balik haa .. kerja keras diperlukan ! Hahahaha ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI