Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 12 September 2013

Peringatan buat mak ayah !

 

Kunci kereta , sila simpan di tempat yang tak boleh dicapai oleh anak kecil kita mahupun anak besar yang belum ada lesen memandu yang sah !!

Bila dah jadi kes gini , nak tuding jari atau menangis air mata berdarah pon tak guna .. Hurmm ..

Qhaliff sendiri pon dah pandai main gear dan stering. Bukan ajar tapi disebabkan dia dok selalu memerhati apa yang ayah dia buat dalam kereta maka itulah yang mereka tiru ..

Ada mak ayah yang kasi anak mereka start enjin kereta dan ajar guna gear walhal anak tu belum kenal huruf pon … Jangan gitu. Bahaya sangat ..

Takziah buat mereka .

Beria dia menangis ..

 

Perghhh .. dah pandai guling guling dah sekarang ni kalau tak dapat apa dia nak ! Tu belum lagi bantai menangis beria ria .. Ni mesti belajar dari mak dia niii .. huuhu …

Apakah akan jadi kalau aku tak layann ? Dia akan berenti menangis dan tengok aku. Pastu senyum dan kembali bermain .. Adoiiiyai.. Akal akal…

Patutlah ada parents dah pesan .. Jangan layan sangat dia menangis .. Memang diorang ni dah tau akan dipujuk dan akan buat lagi ..

Kalau aku marah dia ? Ada la saja aku marah dia .. Tau apa dia buat kat aku ? Dia marah balik dengan mata berair ! Huhuu.. sian la pulak. Bila pujuk , aku dibulinya balik !

Terpaksa ku tolak peluang keemasan !

 

Aku ditawar menyertai konvoi Harley Davidson – Petronas bersama beberapa orang rakan blogger lagi . Perghhh .. Memang impian aku laaa nak konvoi jauh dengan motor easy rider ni ..

4 hari ! Itu yang dinyatakan . Dari KL, ke Terengganu ..bermalam di sana kemudian ke Pulau Pinang pulak .. Tidur di Hard Rock Cafe Hotel weh ! Huhuhuh …

Telan air liur dengar ! Aku ingat nak bincang dengan wife .. Pengalaman untuk aku coretkan dalam blog .. Pasti menarik ! Tapi .. hurmm .. aku fikir kembali ..

Hari tu , aku ke Penang dan Perak untuk 2 hari pon aku dah rindu giler kat Qhaliff dan Qhaliff lak siap demam lagi ! Itu baru 2 hari ! Inikan pulak 4 hari !! Mau kering air mata aku menitis .. huhu .. Cehhh ..

Satu lagi alasan .. wife tengah mengandung kan ? Dia dok loya loya .. Kuat lak tu. Bau tandas pon tak leh .. camana tu ? Kalau dia berdua je ngan Qhaliff , camana ? Hurmmm .. Pastu nak drive gi kerja .. Haihhh..

Tak leh tak leeehh .. Aku tolak demi mereka .. Tak pe la , bukan rezeki aku .. Aku ok jer .. Janji aku ada dengan keluarga aku .. walaupun geram dengan Qhaliff yang dah mula ‘pukul’ aku dengan hanger !

Temubual dengan wartawan majalah Ibu dan Anak

 

Majalah ni masih baru lagi di pasaran. 6 keluaran baru .. Ok la , kan ? Aku terima pelawaan mereka dengan rasa bangga di hati. Yelah , blogger semakin mendapat tempat di dalam majalah terutama blogger lelaki yang tak memperagakan shawls .. hehehe ..

Aku terima panggilan telefon dari Puan Mastura , wartawan yang ditugaskan untuk menemubual aku dalam ruangan Timang Timang di dalam majalah Ibu Dan Anak .

Menurutnya , aku adalah lelaki pertama yang menghiasi ruangan itu dan juga majalah tu kalau tak silap aku la .. Yelah , majalah IBU DAN ANAK .. Aku pon bertugas sebagai ibu gak kan ? Heehe ..

Seperti yang dijanjikan , aku ke Alamanda jam 3 petang bersama Qhaliff . Bertemu di tempat yang penuh pokok buluh ni , untuk sesi bergambar. Serius , tempat ni mmg cantik dan ramai tak tau kewujudannya.. Hehehe ..

Cuaca agak panas dan Qhaliff , aku ingat dia dah cukup tidur untuk menstabilkan mood dia rupanya .. tidak ! Adehh .. Kan sini gak dia wat hal ..

Memang berpeluh la aku dibuatnya ! Adoii.. Susah benar nak tangkap gambar aku dengan dia ..

 

Ke sana sini dia berlari dengan memegang daunan sebagai alat mempertahankan diri ! Tak cukup dengan daun , spek aku jugak jadi sasaran ! Haihhhhh ..

Selepas bergambar , baru la sesi berbual .. Aku mintak dibuat kat Roti Boy. Sejuk skit kat sana . Namun Qhaliff masih tak reti duduk senyap. Memang menduga kesabaran aku sungguh ..

Sempat buat setengah jam jer kat situ. Tak banyak dapat diceritakan sbb dok kejar Qhaliff jer .. hahahhaa .. adoiyaiiii .. Sabor jer ler..

Jam 4 petang.. selesai . Menurut Puan Mastura , inshaAllah bulan depan terbit isu ni .. Aku tengok dah keluaran bulan ni .. Memang kemas la majalah ni.

Terima kasih Ibu dan Anak ..

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Kurus dalam masa 3 hari ?

 

Beberapa hari yang lepas , aku upload gambar aku di Alamanda dengan Qhaliff bersama rakan blogger , Sue Joshua yang kebetulan ada di sana bersama keluarganya .

Meletup jap kat FB dan Instagram aku ! Ramai kata aku dah boroi !! Hahahahha .. Aku ok je .. Biasa sangat dah dengan berat badan aku yg kejap naik kejap turun ni ..

Aku kata kat mereka yang aku akan kurus dalam masa 3 bulan ! Tapi dalam tempoh 3 hari , aku dah berjaya kembalikan ke bentuk badan seperti dulu !!

Tak percayakah ? Aku berjaya lakukannya !!

 

Photo: Dlm masa 3 hari je aku kurus .. Tadaaaaaaaa...

Ada yang kata aku tahan nafas .. Ada yang kata gambar edit .. Ada yang kata tu bukan aku tapi Brad Pitt .. Adoi.. Aku tak tau nak kata apa dah .. Aku terima je ketentuan Allah ..

Apakah rahsianya ? Hehehehe .. Nak tau ? Perghhh .. Zaman ni zaman SILA PM kalau nak tau ! Hahahaha .. Ingat freee keeer ??? Mana blehhh ..

Ok ok .. aku kongsi la skit .. Korang pon sedia maklum yang aku ni dok keluar masuk gym dah berbelas tahun. Jadi , tips nak bakar lemak badan aku sendiri ni , mmg dalam poket aku laaa ..

Memula , diet . Aku mmg stop makan berat sejak hari Isnin. Aku makan biasa biasa je sekali sehari . Dan minum air banyak . Sebelah pagi dan petang , jogging dan bersenam .

Selain tu , aku ada amik suppliment untuk pembakaran lemak bila bersenam. Jadi peluh mencurah curah la keluar .. hehehehe .. Dan hasilnya , tadaaaaa ..

Gambar pertama tu sebenarnya baru lepas makan laksa dan char keow teow … Dua pinggan ko.. Pastu baju tu pulak menambahkan lagi keburukan fizikal aku. Sbb tu aku cool jer .. hahaha ..

Gambar kedua .. Aku dah diet dan jaga makan walaupun masih makan aiskrim.. hehehe .. Aku elak makan berat sebelah tengahari dan malam . Apa yang aku makan ? Aku kongsi makan makanan Qhaliff ! Hehehehhe .. Sian dia .. Makanan dia takde minyak , garam dan gula .. Sedap wooo ..

Cabaran masih belum tamat … Aku kena mantapkan lagi hingga bulan Disember untuk buktikan pada mereka yang aku bukan tahan nafas ! Hahahahha …

Aku dingorat ke Qhaliff yang dingorat ?

 

Gambar ni kat Alamanda , Putrajaya yer. Sekadar mengambarkan camana kitorang anak beranak berjalan jalan setiap petang ..

 

Aku bwk Qhaliff jenjalan dpn umah lepas aku berjogging untuk membakar lemak. Menyahut cabaran kengkawan untuk buktikan yang aku boleh kurus dalam masa terdekat .. Ok , itu entri kemudian ..

Kelihatan sekumpulan anak gadis sedang bermain badminton dgn riangnya. Tiba tiba salah seorg menegur..

" Hi dikk..nahhh raket ... jom main badminton .. " . Qhaliff kelihatan malu malu . Terus menyorok belakang aku ..

Aku senyum je. Awek comel tu berkata lagi ..


" Nama sapa , bang ?" .

" Ben .. " . Jawab aku.

" Oh , nama anak abg .. Ben eh ? ". Dia bersuara lagi.

" Er .. tak.. tu nama saya.. ". Aku balas.


Aku tersengih dan terus masuk rumah .

M.A.L.U.

 

Ok … itu aku up di FB tadi .. Tu diaaa … Punya laaa ramai bantai gelakkan aku ! Amboiiiiii .. seronok korang ehhh .. Hakikatnya , itu cuma imaginasi aku jer .. Walhal sebaliknya gini ..

 

“ Dikkk … olololo… comelnyaa diaaa .. Malu malu lak dia .. “. Awek tu kata ..

Ok , aku tau dia nak tujukan ayat tu kat aku tapi dia saja wat wat tuju kat Qhaliff .. Ala , aku lama dah makan garam .. Darah tinggi pon takde dah .. hahahaha ..

 

“ Naahhh , raket.. jom main badminton … “. Awek tu ajak ajak ayam walhal aku tahu dia nak ajak aku bermain bersama sama diorang .. Terasa jap cam Fahrin Ahmad ketika tu .. hahahaha ..

 

Qhaliff melarikan diri . Maklumlah , nak jaga teruna .. Merah muka dia .. Muka aku pon merah . Malu okeh bila awek awek muda mai tegur aku .. hahahah ..

 

“ Bang , nama dia apa ? “ .. Awek tu memberanikan diri bertanya . Ala , nak tanya nama aku ..cakap je laaaaa .. Aku tak kisah punyaa.. Dalam hati aku berkata gitu ..

 

“ Qhaliff Iman.. “ . Jawab aku dengan penuh ramah dan kesopanan .. Hehehe.. Mesti tertekan korang baca kan ? Hahahaha .. Rileksss ..

 

“ Ooo…. “ . Dan tak pasai pasai , semua panggil Qhaliff .. Lagi la mamat ni lari .. malu la kononnnnn .. Aparaa .. Gi la tunjuk skill skit .. Daddy nak tunjuk skill , risau je lesung terbang dari atas bilik atas .. Muka ni nak jaga lama lagi wooo ..

 

Memandangkan dia dah lari , aku bawak masuk Qhaliff ke dalam rumah sambil melemparkan senyuman dan jelingan yang amat menakjubkan pada mereka ..

Auwwwww .. Itulah yang sebenarnya berlaku , okeh !! Aku tau korang tak percaya punya .. Sebab tu aku reka yang pertama tu .. cOnfirm korang percaya yang rekaan dari realiti .. Apa nak buat .. itulah kehidupan …

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI