Ahad, 15 September 2013

Tv ku terpasang dengan sendirinya !

 

“ Abang … kenapa tak off tv semalam ? Ingatkan hujan lebat .. punya la lamaaa ! “

 

Aku terpinga pinga ! Sejak bila aku masuk tidur dengan tv terbiar pasang ? Mustahil … Aku tak la sepelupa gitu . Lagi pun bunyi ‘tebuan’ tu punya kuat , aku tak dengar ? Ini sudah mengarut !

Aku bertekak jap ngan wife . Takde la sampai tahap nak bersumpah laknat atau nak gi depan Kaabah untuk bersumpah .. Cuma aku beria mempertahankan apa yang aku tak buat.

Tapi aku percaya gak wife berkata benar . Dia takde masa nak membohong aku. Tak berbaloi katanya .. Hurmmm ..

Dalam fikiran aku .. apakah dia dah keluar ??

Jauh benar aku berimaginasi ! Cehhhhh ….

Anda malas kemas rumah ?

 

Yer ! Aku malasss ! Hahaha .. Wife lak pregnant .. nak kemas , aku tak bagi .. Jawapannya ialahhhhhhh …

Sila telefon maid kira jam punya !! 

 

Heehhe .. ok ke ?  Ok gak la dari rumah macam kapal karam ! Kena la pantau mereka buat kerja . Kena suruh skit . Kalau tak suruh , confirm ada yang skip part part yang tersembunyi ! Heehehe .

Bayaran camana lak ? Ada yang ok dan ada yang mahal skit .Ikut lokasi gak la rasanya .. Cam aku tengah guna sekarang ni , sejam RM10 ..kira lega laa tengok rumah dan wife pon relaks skit.

Aku bukanlah malas mana pon cuma bila aku kemas , wife tak puashati punya ! Sebab tu aku keluar duit skit untuk amik maid bayar hari hari punya.. Sebulan sekali dua ok la..

Er , jangan la amik maid cam bawah ni .. Tak sonang duduk laki korang nanti !

Tapi biasanya yang mai rumah ni , jenis jenis gini jer .. Hehehe … Pastu suruh je laki korang masuk dalam bilik dengan anak anak .. Syuhhh , syuhhhh … Dan kemaskan laa rumah sehingga tamat tempohnya .. Biasanya 5 atau 6 jam jer .

Kalau ada yang baru pindah rumah , tak larat nak kemas rumah sorang sorang dan laki anda pulak pemalas , suruh dia keluar duit skit untuk sewakan orang gaji kira jam ni ..

Tapi kan.. ada yang tak suka rumah dia disentuh oleh orang lain ! Dia rela rumah dia kotor dari disentuh dek orang tak dikenali .. Hurmm.. tak tau la nak kata camana ..

Akhir kata … buat suami di luar sana tu , kalau tengok isteri anda penat … dan anda pulak kemas rumah serupa macam tak kemas , cari je la maid kira jam ni .. Sikit je pon keluar duit. Janji kemas dan selesa rumah , dah laaaa ..

Satu nasihat dari aku .. Amik sebelah siang punya .. jangan amik bahagian petang .. sbb diorang dah penat .. nanti buat keje tak pueh hati..

Ini baru lelaki .. Tahniah !!

 

 

Pagi tadi , aku ke Mid Valley bersama keluarga aku .. Seperti biasa , tugas mendukung Qhaliff , adalah tugas aku memandangkan wife mengandung ..

Selepas parking kereta , berjalanlah menuju pintu masuk ke dalam Mid Valley. Depan aku ada sorang budak lelaki berbangsa cina yang aku rasa dalam lingkungan 10 tahun bersama mak dan adik perempuannya. Nampak gaya seperti orang berada.

Mereka sampai ke dulu dan mak budak tu masuk manakala budak tu menahan pintu sambil memandang aku. Aku senyum dan melangkau masuk sambil mengucapkan terima kasih dengan jelas padanya !

Terasa terharu dihati aku. Yelah , budak tuuu .. Bukan senang zaman ni nak tengok budak kecik buat gitu ! Yang besar pon dengan selamba berebut dengan kita yang sedang dukung budak ni ! Malah siap ada yang langgar lagi !! Camana tu ?

Selepas beberapa langkah , mak dia pandang ke belakang .. ke arah aku dan aku lemparkan senyuman yang cukup manis dan berkata dalam hati ..

“ Tahniah puan kerana melahirkan anak yang cukup bersopan ! “. \

Selamat menyambut Hari Malaysia !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI