Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 16 September 2013

Dia ni manja atau mengantuk ?

 

Perghhh .. tamo berenggang dengan aku ,si Qhaliff ni ! Asyik suh dukung jer pastu kalau duduk diam takpe la … ni ajak orang main cak cak ! Adehhh … Nasib baik dah buat balik badan .. Kalau tak , mau berpeluh ketiak dok dukung dia ..

Kalau dah gini kan … Jangan mimpi la aku nak menikmati makanan dengan tenang .. Sian lak nak suruh wife dukung dia .. Hurmm … Nasib baik la dia dah tidur sejam dua tadi .. Kalau tak tidur langsung , perghhhhhhhhhhh … langsung tak nak turun ke darat ! Nak di udara jer .. huhu …

 

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Dj Sinar.Fm radio pasang cd rosak ke ?

 

Aduhhhh … sedapnya laaguuuu !! Lagu indonesia yang mmg aku gemar sedang berkumandang di radio Sinar FM .. Menyanyi nyanyi aku dibuatnya !

Sedang enak aku melayan lagu tiba-tiba sumbang terus suara aku disebabkan lagu di radio jadi pelik semacam ! Apakehenya jadi gitu ?? hurmmm …

Tetiba lagu indon tu jadi lagu klasik lama ! Huk alohhhh ..

Rupa-rupanya budak ni punya kerja ! Spoil betul laaa budak ni ! Mak dia lak lom keluar lagi dari pejabat .. Adehhhh .. Terus hilang mood nak menyanyi ! Baru plan nak asah bakat untuk join realiti show , Kilauan Emas.. tahun depan ! Huh , aku ? Kilauan Emas ? Tua sangat ke aku ???

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Jom ke USM ConvEx'13

Semua dijemput hadir !!

Poster Rasmi

Ekspo Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (ConvEx'13 USM) kembali lagi! Kali ini, ekspo yang bakal berlangsung adalah lebih gempak.

Tarikh: 18 - 22 SEPTEMBER 2013

Masa: 9.00 AM - 9.00 PM

Tempat: Tapak Konvo, USM

Tema: Kesukarelawan Sebagai Gaya Hidup

Pelbagai aktiviti menarik yang akan berlangsung di ConvEx'13! Antaranya ialah Persembahan Projek Rabak, Forum Perdana, Cat's Runway, Bual Bicara bersama Mejar Dr Faiz Khaleed, Deejay Challenge, Persembahan daripada Forteen, Sesi bersama Anwar Hadi dan Persembahan istimewa daripada Johan Raja Lawak.

Jangan lepaskan peluang anda untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik sepanjang minggu ConvEx'13 berlangsung. Banyak gerai makanan, pakaian, cenderahati dan pelbagai barangan lain dibuka di sini.

Apa tunggu lagi? Jom datang USM ramai ramai :D

BANNER RASMI

Katakan TIDAK PADA CETAK ROMPAK tapi ?

 

Aku teringin nak kata gitu bila selisih dengan penjual penjual filem cetak rompat ! Tapi … hurmm

Aku tak kata aku penyokong mereka tapi kehadiran mereka membuatkan orang orang yg tak mampu gi ke panggung membelinya untuk menonton ‘ apa yang best sangat’ filem tu kemudiannya buang atau memberikan pada orang lain ! Buat koleksi ? Aku tak rasa mereka akan buat koleksi kecuali jika filem tu bagus dan sesuai utk dijadikan koleksi , maka mereka atau aku sendiri akan beli yang original utk simpan ..

Jgn nak tangkap aku lak ! Salah sapa ? Nak beli original , tak semurah cetak rompak ! Kualiti dvd pon belum tentu leh tahan berpuluh tahun. Belum lagi filem tu punya kualiti ! Sekali bila tonton , tertipu !! Filem serupa sampahhh !! Jangan marah , itulah hakikatnya !!

Filem tempatan masa kini .. Berapa banyakkan yang benar benar layak ditayangkan di pawagam ? Teringat lagi kata kata , er .. sapa tah .. Masa aku gi ke forum perfileman tahun lepas .. katanya filem ni cumalah satu bisnis buat mereka .. Mereka jual , kita beli. Baik buruk , kita sebagai penonton kena tapis sendiri ! Terkedu aku dengar !!

Bagi aku mudah jer .. Kalau nak orang macam aku ni menyokong filem tempatan , pembikin filem masa kini perlu lebih bijak memilih karya karya untuk difilemkan ! Kalau mereka fikirkan keuntungan , maka kami ni pon nak fikirkan penjimatan ! Nak tengok perlu ada duit ! Bukan saja untuk bayar tiket , kena bayar cukai , parking kereta dan macam macam lagi !

Ingat lagi aku pada satu filem yg aku dijemput hadir untuk membuat review mengenainya. Aku sanggup pergi walaupun tak bayar hanya semata mata untuk menyokong filem tempatan ! Pengarahnya , perghhh … Bukan calang calang .. Pelakonnya , bukan main hebat !! Tapi hasilnya , sangatlah mengecewakan !!!

Disbbkan tu, aku nekad tak nak tonton dah filem tempatan di panggung mahupun cetak rompak punya ! Namun aku pujuk hati setelah aku terima satu lagi jemputan untuk menonton filem komedi arahan pelakon / pengarah tersohor yg aku minat sangat sangat !

Sekali lagi aku hampa dan malu pada rakan rakan yang mana aku ajak mereka join sama ! Haihhhh … Apa dah jadi dengan pasaran filem tempatan ? Mereka fikirkan keuntungan mudah dari orang Malaysia ke ????

Bagaimana orang macam aku ni nak tolak longgokan dvd cetak rompak atau download di internet kalau mereka sendiri tak bantu kami ?? Kena ada win win laa .. Terbitkan filem berkualiti dan jangan tipu kami dengan longgokan filem mencari keuntungan mudah !!

Katakan TIDAK PADA FILEM MURAHAN ! Apa itu filem murahan ? Anda sendiri mengetahuinya …

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI