Rabu, 18 September 2013

Blog sebagai pendapatan sampingan !

 

Hehehe .. Atas permintaan rakan-rakan , aku kembali dengan segmen .. Tapi tak la kerap kot ? Sebab masa mencemburui aku...Hehehe..

Ada yang kata , sukar untuk mendapat pendapatan melalui blog dan ianya mengarut .. Benarkah ? Apa kata kita baca pendapat atau pengalaman mereka yang dah melaluinya ..

  1. http://fatihahfazlin333.blogspot.com/2013/09/blog-sebagai-pendapatan-sampingan.html

 

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membacanya ..

Sah , 7 minggu sudah. Alhamdulillah ..

 

Alhamdulillah .. setelah tak berjaya beberapa bulan lepas , kali ni benar benar nampak jantungnya. Beberapa minggu lepas , tak nampak dan doktor risau kandungan di luar rahim jadi pihak hospital suruh datang sekali lagi dan hari inilah , harinya untuk pengesahan berikutnya.

Kes yang lepas , kandungan ada tapi kosong. Menurut doktor yang periksa mungkin hormon je lebih tapi tidak berlaku persenyawaan .. Bukan gugur la ..

Dan kali ni , doktor pakar bagitau yg kandungan sihat dan jantung pon nampak clear. Pemakanan menurutnya seimbang. Yelah , wife makan kismis dan kurma saja di pejabat.. Serupa macam Qhaliff dulu ..

Hurmm .. cuma satu je persoalannya nanti.. Raya Haji nanti nak balik ke tak ? Bukan apa , wife bagitau salah seorang staffnya baru saja keguguran sbb terhentak setelah terlibat dalam kemalangan kecil. Dah 3 bulan mengandung katanya.. Kesian…

Kalau tak balik raya haji , nanti pantang pon balik sana gak kan ? Raya puasa lagi .. Haaaa.. Due mungkin sama bulan ngan Qhaliff atau awal bulan Mei .. gitu je la ..

Tak kisah la , janji sihat dan comel cam ayahnya kan ? Hehehe… Doakan yang terbaik buat kami sekeluarga yer …

Terima kasih. Alhamdulillah . Hilang amarah aku pada UNIFI.. huhu ..

Pandai dah diaaaa !!

 

Selesai sudah check up di hospital bersalin. Pastu ke Unifi Cyberjaya . Mengecewakan ! Tak berbaloi rupanya duk ulang alik ke sana selama ni .. hurmm… Disuruh rujuk ke bahagian billing . Diorang call , dihantarnya ke bahagian pemasaran .. Tendang sana sini .. Pastu menunggu satu hal lagi ! Last last tinggal no telefon dan suruh diorang call .. Tunggu je la jawabnya..

Qhaliff , setia dengan daddy. Tak buat karenah pon .. Dilepaskan , dia berlari bermain .. Didukung, dia cool jer ..Nangis dikala mengantuk ? Tak pon .. Dia tunggu mak dia selesai check up , dalam kereta baru tidur ..

Singgah di Ummiza Cafe dalam perjalanan pulang ke rumah. Wife keluarkan bakul makanan. Tergelak dia bila lihat kandungan dalam tu.. huhu ..

Tah bila laaaa  mamat ni gi letak bola dalam tuuu .. hahahaha .. Bola ni dah semakin rapat dengan dia .. Kaki bola nampaknya .. Tapi rasanya hanger lebih rapat dengan dia .. Kalau dapat , dihentamnya aku ! Huhuh..

Makanan utk Qhaliff  , wife mmg dah buat siap dari rumah lagi .. Susah wife nak kasi dia makan makanan luar. Penat camana pon ,dia akan masak untuk Qhaliff.. Utk laki dia , gi je beli kedai mamak ! Aku tak kisah pon .. hahaa ..

Air untuk Qhaliff .. selain air suam , air buah .. Kekadang je kasi air ada ais. Tak elok sebenarnya tapi sengaja nak kasi dia belajar membezakan rasa .. Jadi tak la jakun bila besar nanti ..

Air buah ni , segelas confirm abis laaa dengan dia .. Cukup suka diaa .. hurmmm .. Minum la Qhaliff.. Selagi daddy mampu beli ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Pekena aku ngan mak dia sungguh la !!

 

Setiap malam sebelum Qhaliff lena , pasti mak dia akan menjerit kesakitan ! Dan aku akan bergegas masuk untuk ‘selamatkan’ Qhaliff sebelum mak dia mengamuk ! Hahahah ..

Tau kenapa ? Dia menyusu dan gigit mak dia pada masa sama ! Menariknya , dia ketawa pastu .. Hahaahaha .. Aku kata , biar je la.. Bukan sakit mana pon .. Dia kata aku tak kena , tak pe laaa ..

Tadi , aku lak kenaaa ! Dia mai kacau aku .. Nak amik spek aku.. Berahi sungguh la dia dengan spek aku ni .. Bila amik , ada hati nak pakai. Pastu bersungguh maam nak patahkan.. Adeh ..

Pastuuuuu … dia ‘menetek’ aku !! Boleh ??? Dan dia gigit puting aku , dia gelak dan lari ! Boleh ???? Adoiiiii … makin nakal skang ni ! Kalau gelak , bersungguh sungguh lak tuuu ..

Bila dia tidur , lega tapi rindu nak kacau dia .. huhu ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI