Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 19 September 2013

Dilema para isteri mengandung …

 


Fuh ..berpeluh jap .. Camana di Malaysia ? Pelbagai pendapat dan pandangan diberikan di TimeLine aku tu.. Sat.. aku cari .. Haaa .. Jumpa .. Leh baca kat SINI ..

Apakah isu ini tidak dibangkitkan di mana mana ? Jeng jeng jeng .. Apa guna google kan ? Sila googleeee !

Dann .. aku jumpa macam macam ! Macam macam jawapan yg pastinya membuka mata dan hati .. Minda apatah lagi kan ? Hehehehe ..

Di satu forum ni , seorang doktor wanita meluahkan rasa hatinya dan kata-katanya ternyata ada benarnya …

SEPERTI semua golongan wanita di negara ini, saya cukup gembira dan berbangga dengan kenyataan bahawa kaum wanita Malaysia telah jauh lebih maju daripada kaum lelaki dari segi pencapaian akademik dan juga bilangan tenaga kerja profesional.

Bagaimanapun, rasa bangga saya mulai pudar apabila membaca laporan kajian khas sebuah IPTA tempatan baru-baru ini yang menyebut bahawa Malaysia kekurangan pakar-pakar perbidanan dan sakit puan (O & G) daripada kalangan kaum wanita. Kenyataan ini memang benar sekalipun pahit dan sebagai seorang doktor pakar perbidanan sendiri saya akui masalah ini telah sampai ke peringkat tenat!

Ketika melanjutkan pengajian untuk menguasai bidang O & G, saya dapati terlalu sedikit doktor wanita yang menuntut bersama-sama saya.

Ketika bertugas di beberapa buah hospital, juga saya perhatikan lebih ramai doktor lelaki yang menjadi pakar sakit puan, sedangkan tugas ini adalah tanggungjawab doktor-doktor wanita!

Pada hal di semua IPTA yang mempunyai fakulti perubatan jumlah penuntut wanita jauh melebihi lelaki. Persoalan tentang masalah ini juga kerap kali diajukan oleh para jururawat dan pesakit wanita kepada saya.

Bagaimanakah saya harus menjawabnya?

Ke mana perginya doktor wanita? Di mana sikap dan tanggungjawab anda semua? Apakah menguasai kepakaran ini tidak penting, atau kepada anda yang beragama Islam, bukan satu fardu kifayah?
Tidakkah sebagai wanita, anda bersimpati dengan masalah yang dihadapi oleh kaum sejenis bila hendak bersalin atau mendapatkan rawatan lain-lain masalah sakit puan, atau menjalani pemeriksaan perubatan berkait kes rogol?

Sukar sangatkah bidang sakit puan hingga ramai yang memilih untuk mendapatkan ilmu kepakaran perubatan yang lain? Tidak salah memilih cabang kepakaran yang kita minati, tetapi utamakanlah kepentingan kaum sejenis kita dahulu.

Tiada wanita yang tidak berasa malu untuk membuka pakaiannya untuk membolehkan doktor lelaki memeriksa tempat sulitnya.

Anda semua mengakuinya tetapi bila saat anda yang telah pun bergelar doktor diperlukan, anda tiada. Ramai ibu yang telah menulis kepada akhbar-akhbar memberitahu bahawa sepanjang pengalaman melahirkan anak-anak mereka, hanya sekali atau dua kali sahaja mereka berpeluang dirawat oleh doktor wanita.

Para penuntut jurusan perubatan daripada kalangan wanita yang sedang membaca tulisan saya tidak seharusnya berasa hati. Saya membuat teguran ini kerana masalah yang diutarakan sudah sekian lama berlarutan sedangkan wanita amat 'berkuasa' dalam kerjaya doktor perubatan di Malaysia.

Jangan sampai nanti kita diperlecehkan oleh kaum lelaki kerana tidak mampu untuk membantu kaum sejenis walaupun kita lebih ramai menjadi graduan dan menjawat jawa-tan tinggi berbanding mereka.
Jangan hanya lantang bersuara ingin menjadi pembela wanita tetapi tidak berbuat demikian di saat-saat saudara-saudara kita amat memerlukan.

Ketepikanlah kepentingan diri jika anda benar-benar memahami tanggungjawab sebagai wanita dalam membantu wanita lain, sesuai dengan niat menceburi kerjaya kedoktoran itu sendiri.

Tidak guna kita bermegah-megah bersorak ke sana ke mari bahawa wanita telah setaraf dengan lelaki dalam banyak bidang kerjaya sedangkan pakar sakit puan masih ramai lelaki.

Jika sebelum ini Perdana Menteri ada bertanya ke mana perginya sebilangan lagi lelaki Melayu yang tidak belajar di universiti, saya pula ingin bertanya, ke mana perginya para doktor wanita hingga terlalu sedikit yang menjadi pakar sakit puan ? - DOKTOR WANITA, HUKM Kubang Kerian, Kelantan. “

Perbincangan secara terbuka ini ada berlaku malah ada juga doktor lelaki berkongsi padangan mengenainya ..

Rajin google maka macam macam dapat .. Jangan dok dengan pendapat sendiri tanpa sebarang ilmu .. kan kan ? Mana ada si ibu nak doktor laki periksa dia kan ? Dan lelaki pulak , bukan nak sangat nak jadi pakar sakit puan .. Dan ibu yang punya anak dara yang bijaksana tu .. suruh la jadi pakar sakit puan .. Baru la best gini , kan !

Tukar rekabentuk pakaian jururawat hospital / klinik kerajaan !

 

Kalau aku gi ke hospital atau klinik kerajaan  , pastinya jururawat wanita akan jadi perhatian . Kenapa ? Hehehe .. Rasanya ? Yerrrr .. pakaian mereka ! Walaupun masih dikatakan sangat kemas dan tidak seksi namun masih ada diantara mereka kurang selesa sbb masih tidak menepati piawaian menutup aurat malah ada juga yang kata seksi ! Seksi tak semestinya terbuka yer !!

Pagi ni , aku ada terima satu permintaan dari seorang rakan FB yang juga seorang jururawat meminta aku keutarakan cadangan menukar pakaian jururawat di negara kita yang lebih selesa dan menutup aurat sepenuhnya ..

Ini pakaian jururawat hospital / klinik kerajaan .. Lebih kurang gini laa kan ?

Ada yang cadangkan pemakaian jururawat sebegini .. Dan aku amat amat bersetuju ! Kan lagi kemas dari yang sediaada ni .. Pesakit lelaki pon tak la bertambah sakit atau pesakit perempuan yang dah berkawin pon tak la pening kepala kalau laki dia kerap datang lawat tapi tak duduk dengan dia tetapi berjln sana sini .. heehhe ..

 

Sebenarnya , ada dah beberapa hospital swasta terutama yang menggunakan imej begini .. Rasanya jururawat bukan Islam pon ok je .. Mereka pon terasa lebih selamat bila berpakaian gini .. Baru tenang nak buat kerja ..

Seperti biasa , aku google untuk cari isu ni .. Kot kot ada yang terlebih dahulu prihatin dan membincangkannya di blog mereka .. Dan , mmg ada pon ! huhuh…

Hurm.. aku buka secara umum isu ini di TimeLine aku .. Beberapa pendapat aku terima ..

  1. “ Sangat perlu penambahbaikan sbb tak mematuhi syariat “
  2. “ saya cuma x bkenan bila tudung kena masuk dlm baju tu je. bkn apa.. dalam Islam etika bertudung bkn begitu. kerja bkn jd halangan kt menutup aurat “
  3. “ erm.. tudung tu sebab tak mo tersangkut bila wat keje.. cumanya pakaian tu mgkn perlu penambahbaikan sbb ikut body..tau la cun melecun.. selim melim hihi “
  4. “ Baju jgn ikut body...tudung xpyah masuk dlm baju... tngok pkaian jururawat d arab saudi..google saja..hihihi “
  5. “ ok jer sy tgk pemakaian kt spital ni tp ade gak saje gatal mengetatkan “
  6. “ Perlu penambahbaikan. Sometimes keliru dengan line atau jalur diatas ''mahkota'' yang dipakai atau yang terletak di bahu. Adakah itu merujuk kepada level seseorang jururawat atau apakah sebenar fungsinya? Ada sesetengah hospital khususnya swasta menyediakan fabrik uniform yang tidak bersesuaian dan lebih mengejutkan bercorak ! Rasa macam di Hawaii dengan corak bunga-bunga. “
  7. “ bukan nurse je polis/askar semua bdn beruniform la.hu3..bygkan someone yg bertudung labuh n muslimah if dia nk jdi polis ke ke.nurse kena pikir byk kli.sebb pakaian yg x berpe sesuai..huu..klo tgk kt negra arab polis or askr dorng siap pakai niqab lg..xde prob rasa “
  8. “ Perlu tukar pada pakaian mentaati Allah.
    Tak salah jika baju lebih labuh dan tudung xperlu dimasukkan ke dalam. “
  9. “ seksi giler..masa akk admit tahun lps rasa nsk srh laki blk cepat je. manalah BP nak turun... “
  10. “ Xok. Pakai tudung lengang pendek. Lg satu bila buat pemeriksaan pd pesakit sila guna sarung tangan. Coz bersentuhan ngan bkn mukhrim “.

Apa pendapat Kementerian Kesihatan ? Sila prihatin sedikit yer .. Lama dah diorang tak selesa dengan pakaian gitu sebab banyak je mata liar mencuci mata ..

Dan kalau boleh , jururawat sedia ada .. sila prihatin sedikit baju putih yang kelihatan jarang dari belakang tu ..

Peringatan untuk aku dan kamu !

 

Penyangak , penyamun , penyeluk saku , peragut , perompak dan macam macam lagi sekarang ni di negara kita. Semakin beranak pinak atau terkawal ? Ok , jangan salahkan polis yer .. Punca , macam macam seperti yang kita tau ..

Semalam , terbaca satu status di TimeLine Facebook seorang kenalan blogger yang mana suaminya telah diragut ketika hendak mengisi minyak di sebuah stesen minyak .. di ibu kota ..

Video rakaman cctv dari stesen tu menunjukkan suaminya sedang berjalan sambil berbual di telefon bimbitnya menuju ke arah satu tempat.. Tiba-tiba sebuah motosikal dipandu oleh seorang lelaki , meragut telefon bimbitnya lalu memecut laju dari situ !

Bayangkan , pada waktu yang begitu terang dan ada orang , kejadian jenayah masih mampu dilakukan tanpa ada rasa segan silu !Camana tu ?

Pengajaran untuk aku .. simpan barang berharga ketika berada di tempat terbuka ! Penyamun tak kira dah jantina atau rupa .. Kalau dia nak buat kerja , asal ada peluang .. memang diorang akan buat punya !

Hurmm.. kadang kadang kesian gak bila diorang ni , dapat ditangkap dan dibelasah tapi bila memikirkan apa yang mereka lakukan .. hurmm .. Biarkan jer la… Macam dah takde keje lain nak dibuat !

Bila Qhaliff menjamu selera ..

 

Fuhhhhh … dia baru bangun tidur ni .. Apa lagi dia mau ? Mau makannnn ler .. Untuk lapik perut , kasi biskut dulu .. Takde la nak kasi makanan berat  terus ..Sabar nooooo ..

Tapi bila tengok dia makan , aku pulak yang kena bersabar dengan dia ! Adoiiiyaiiii .. Baru je mop umah dengan berkilatnya .. Tak sampai beberapa hari , dah gini.. Tak pe laaa .. sabar jeeeeer ..

Ok .. makan malam siap.. Ibu dah siapkannnn .. Masa untuk mamam ! Dan aku perjudikan masa aku dengan membiarkan dia makan untuk pertama kalinya ! Huhuhu ..

Serius , aku tak rajin nak bersihkan rumah belah makan tapi entah dari mana mai kuasa kerajinan ni pon tak tau laaa.. Aku suruh wife biarkan dia makan sendiri selepas beberapa suap .. Ajar dia dulu sblm biarkan ..

Photo

 

Dan inilah hasilnya ! Kat ruang tamu adaaa .. Kat dapur pon ada dan daddy sabar jer kan ?

Yer , daddy kena belajar triple punya kesabaran sbb nak mai sorang lagi nanti , inshaAllah …

Berpeluh ketiak tengok aihhhhh …

 

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI