Jumaat, 20 September 2013

Di mana larangan minum arak di kwsn terbuka ?

 

Seperti umat Islam tau , arak itu adalah punca segala kejahatan. Arak menyebabkan manusia hilang imbangan akal, menyebabkan seseorang itu tidak waras, terlibat dengan pergaduhan, zina dan sebagainya. Rasanya agama lain pon ada bagitau gak kan ?

Ok , malas nak intro panjang panjang .. Aku ingatkan negara kita dah lama kuatkuasakan larangan minum arak secara terbuka di tempat awam .. Rupa-rupanya ? Ke mmg dah tapi tak menyeluruh ? Hurmm

Di kawasan perumahan tempat tinggal aku wujud masalah minum arak di kawasan taman permainan kanak kanak  .. Masalah ni wujud sejak taman ni mula berpenghuni dan menariknya , yang minum arak ni bukan penduduk sini tapi orang luar !

Apa buktinya ? Hurm.. botol arak bersepah di atas padang rumput tempat budak budak bermain .. Takkan nak amik gambar diorang tengah minum arak pulak kan ?

Jangan tunggu timbul masalah , baru nak wujudkan akta ! Sementara boleh dibasmi atau dicegah , kenapa  tak buat je sekarang kan ?

Isu ni pernah dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Andalas, Dr Xavier Jeyakumar , pada bulan Julai yang lepas , meminta kerajaan negeri Selangor meluluskan akta yang melarang orang awam minum arak secara terbuka di tempat awam.

Beliau berkata akta berkenaan perlu disegerakan kerana perbuatan minum arak di tempat awam menyebabkan berlakunya peningkatan kes jenayah sosial serta masalah keruntuhan rumah tangga di negeri itu.

"Kita minta dewan ini segera luluskan akta melarang minum arak di tempat awam seperti tempat rekreasi dan padang permainan.

"Perbuatan minum arak di tepi padang permainan sebagai contoh menimbulkan vandalisme terhadap prasarana yang disediakan,apabila botol-botol arak yang telah pecah ditinggalkan di tepi padang bola ," katanya ketika membahas titah ucapan Sultan Selangor di Dewan Undangan Negeri Selangor pada Selasa.

Xavier yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri berkata undang-undang berkenaan telah dilaksanakan beberapa negara maju seperti Sepanyol, Australia, Finland dan Amerika Syarikat.

"Penguatkuasaan ini perlu dicontohi, orang awam yang minum (arak) perlu dapst kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Ini juga dapat membendung gejala sosial di tempat awam," katanya.

Apa perlu dijelaskan lagi ? Tak malukah kita sebagai umat Islam , pemimpin negara yang beragama Islam , perkara ini dibangkitkan oleh mereka yang bukan Islam ?? Di mana keprihatinan anda ?

Kalau nak minum pon , beli balik rumah minum .. Atau kan dah ada tempat berlesen untuk minum arak ! Minum la puas puas .. kan ? Yang beragama Islam tu , sila rujuk agama balik yer .. Apa hukumnya.

Harapnya isu begini mendapat perhatian pihak berwajib. Jangan dok pandang sipi sipi jer..Ingat , arak ni raja kepada pelbagai masalah jenayah. Orang nak buat jahat , kasi mabuk dulu ..

Apa kata anda ?

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Jangan sesekali paksa mereka !

 

Qhaliff dah berani masuk ke dalam menda alah ni .. Dia suka yang ada stering .. Tak perlu bergerak ! Menda ni akan ‘bergerak ‘ dengan sendirinya melalui mulutnya … heehe.. Bunyi saja dah memadai .. hahaha ..

 

Kebetulan kat belakang Qhaliff ni tadi ,ada sorang budak perempuan dengan mak dia.. Mak dia siap masukkan duit untuk anak perempuannya tu main.. Duit syiling , mak dia terpaksa tebalkan muka mintak tukar dengan seorang lelaki berusia tapi lelaki tu berhati mulia .. dia kasi je duit syiling tu ..

Tapiiii nak dijadikan cerita pulak .. budak tu lari turun bila menda tu bergerak ! Sama cam kes Qhaliff dulu laa.. Jangan sesekali paksa naik ! Bahaya woooo .. Nanti diorang ‘terjun’ turun wooo …

Teringat satu video di satu taman tema .. Budak tu main satu permainan yang bagi aku mmg gerun gak laa .. Pastu sampai satu tahap , mungkin budak tu tak tahan takut sangat kot , terus dia terjun keluar. Nasib baik dapat disambut ! Perghh.. kalau tak ???

Nasihat , kalau kita tak arif dalam hal tu .. jangan paksa budak ikut sama join .. Lainlah kita mmg ada ilmu mengenainya seperti nak ajar budak kecil berenang dan sebagainya … kan kan ?

 

 

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Bersantai bersama rakan dan keluarga di Flora Kafe , Ampwalk !

Tak tau kat mana nak meraikan si dia tersayang atau sahabat yang disayangi ? Jika anda berdekatan KL , maka aku boleh syorkan di Floria Kafe , Ampwalk .. Jalan Ampang .. Tak jauh dari KLCC pon ..

Kenapa aku syorkan kat sana ?

Macam macam pakej ada ! Dan harganya sangatlah berpatutan .. Kan ? Tak caya , leh gi masuk page Flora Kafe AmpWalk untuk bertanya sendiri ..

Ok , nak diceritakan ..aku dan rakan blogger baru baru ni ada la buat sikit majlis meraikan harijadi rakan tersayang kami .. heheeh .. En. Najeeb Abdullah  dan Fiza .. Menangis si Najeeb  bila kek dihidangkan depan dia .. Maklumlah , SUPRIIIIIIIIISEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE ! Menitis air mata .. Nyaris dia nak peluk nyonya yang kebetulan lalu kat situ .. hehehe .. Fiza lak , cool jer .. Maklumlah , suami ada kat situ .. Tak kpop la menitis air mata kan ? Heheheh ..

Menariknya , kengkawan kat situ pon leh join tiup kek tu .. Maklumlah , kawan kita tu dah menitis air mata .. Sebelum air mata tu masuk ke dalam kek , baik kita padamkan lilin tu … heeee ..

Dan selepas tu semua bersantai .. lepak , lepak .. berbual dan makan hingga keyang sangat !

image

image

Simple kan ? Takde la nak formal formal gitu haa.. Tempat dia pon tenang jer .. Makanannya pon , mmg sedap la .. Itu tekak aku .. Tekak orang lain , tak tau la yer .. heheeh ..

Oh ya , masakan tradisional woooo .. Asyik asyik nak makan makanan barat je kat tempat tempat gini .. Sesekali ubah selera .. Dengan deconya yg amat selesa , kebersihan yang terjaga pastinya akan membuatkan lebih berselera ketika menjamu makanan yang dihidangkan..

Kalau nak gi sini atau nak menempah , pastikan cepat sbb selalu penuh woooo ..

Kepada yang berminat , sila  hubungi pihak Flora Kafe di talian 03-21618010 / 017-3024112 (Mell) . Alamatnya pula ialah di Flora Kafe , Lot G.02-G.05 , Ground Floor , The AmpWalk , 218 Jalan Ampang , 50450 Kuala Lumpur.

Guna je Gps , confirm jumpa !

Kuat sentap dah skang ni …

 

Anak … Perghhhh .. Tak leh marah skit , terus merajuk dan baringkan diri ! Atau terus muka sememeh lalu menangis . Kalau tak pun , dia bangun gi main jauh jauh ..

Hurmmm ..

Maknya pon .. sama gak … Tak leh salah cakap .. Confirm merajuk . Olololoo .. Pembawakan budak la katakan ..

Bapak ? Hurm… Kiri kanan mau jaga .. Makan pon kena mau jaga ! Yelah , aku ni kan keje sendiri ! Walaupun duduk rumah , kena gak kerja . Stress tu mmg ada terutama bila tak update blog. Hurmm…

Kalau tak update , leh sentap gak aku ni. Maklumlah , orang bayar duit letak iklan .. aku lak , kena pastikan trafik tulen senantiasa masuk ke blog .. Tulen bangggg .. Diorang masuk kerana nak baca entri aku yang biasa biasa tu .. Bukan luar biasa atau gossip mahupun  hot punya entri ..

Susah gak keje sendiri ni .. Tak kais , tak makan .. Dah kais , kena simpan sikit untuk masa depan ..

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Di peringkat trimester ini , 7 minggu !

 

Dugaaann wehh ! Dugaaannnn ! Kalau dulu aaa .. dugaannnya cumalah si wife jer tapi kali ni , perghhhh … pakej ! Sememangnya aku tak mengeluh cuma kesabaran aku perlu dipertingkatkan ke tahap lebih tinggi dari biasa ..

Bila aku check balik sejarah 2011 yakni ketika awal mengandungkan Qhaliff pada penghujung bulan 8 , pelbagai cerita aku coretkan dalam tu.Nasib baik la ada blog , kan ? Kalau takde .. nak harapkan kepala otak aku yang dah berlumut ni , mmg tak ingat apa apa dah .. Tarikh lahir sendiri pon tak ingat ! Boleh ? ( Saja kata gitu sbb aku selalu terlupa bila aku menikah ! Keliru sbb 3-4 kali menikah.. Erk , guwauuu jer .. )

 

 

Aku update di FB malam tadi …

Wife alahan teruk .. Kena terus tugas jaga Qhaliff utk syif malam . Dan biasanya malam , Qhaliff mengganas ! Semua benda dia nak main.. semua benda dia nak makan termasuk telinga aku !!

Peringkat ni , mmg memerlukan kesabaran yg amat sangat .. Lepas 3 bulan , baru ok .. Harapnya gitu la..”

Hurm.. kalau dulu , tak pe la .. tak susah sangat nak jaga sorang .. Tapi sekarang ni , kena jaga dua dan juga kerja aku ! Bermakna , aku nak senantiasa cari info baru untuk blog tu , mmg susah dah laa … Jadi aku banyak bercerita pasal apa yang berlaku pada aku dan juga sekeliling aku .. hurmm ..

Esok petang , aku ada keja luar .. Camana tu ? Nak tinggalkan Qhaliff berdua dengan mak dia .. Hurmmm ..

Allah tau apa yg terbaik buat kita ..

Qhaliff semakin kurus ?

 

Adik aku cakap tadi selepas dukung Qhaliff.. Terasa ringan dia .. Pipi pun dah semakin ilang tembam.. Huhuhu ..

Apa kes ? Dia semakin lasak ? Tapi dia tetap kuat makan kan ? Hehehe .. Benar tuuu . Dia lasak benar dan makan pon sama  seperti dulu. Asal suap dia nganga cuma sekarang ni memilih skit la .. Kalau tak menepati citarasa dia , dia buang dengan jari dia !

Tapi mmg betul pon .. aku pon dah terasa dia ringan sedikit berbanding yang lepas .. Apakah beratnya merajuk ? Huhu..

Takde la.. mmg aku suka ajar dia berlari sekarang ni.. Bawak dia main bola dalam rumah dan main kejar kejar .. Jadi aktif la skit .. Takde la asik nak membuta jer .. Heeee …

 

Photo: Taksub sungguh dgn spek aku ..

Photo: Mendamaikan ..

Comel cam aku kan ? Aku tau dahhh …

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI