Selasa, 24 September 2013

Kalau dah dia nak jugak !!

 

Jam 230 petang. Badan dia berpeluh peluh. Aktif sangat dia hari ni. Sampaikan lagu Detektif Conan pun dia boleh bantai menari depan aku !! Tercengang aku dibuatnya ! Tak pernah la dia buat kerja gini haaa..

Lepas tu aku mandikan dia jap sbb dia dah ngantuk tapi nak tidurkan dia dalam keadaan badan berpeluh , confirm dia takkan selesa punya dan takkan dapat dia tidur !

Pastu bawak dia naik bilik atas.. Aku dukung dia . Nak tunggu dia panjat tangga tu , nak sampai atas berpuluh check point ada ! Sekejap kejap berenti dan ‘bercakap’ dengan aku !

Sampai kat atas , aku letakkan dia atas katil dulu .. Tiba-tiba dia bangkit dari baring dan capai sesuatu diatas katil ! Aku tau dah apa dia nak.. Coklat bar !

Aku amik semula dari dia dengan kata kat dia

“ Kang lepas mandi , amik balik .. “

Dia lepaskan dan aku letakkan diatas pagar besi di luar bilk sewaktu nak gi amik tuala mandi sambil diperhatikan dia .. masuk mandi .. Lepas mandi tu , dipakaikan tuala pada dia pastu berjalan turun .

Dia berusaha mengapai coklat bar yang berada diatas pagar besi tu tapi gagal ! Berkali dia cuba namun tidak pula dia menangis ! Hurm.. Pelik gak .. Kalau dia nak sangat , mesti menangis ..

Aku pakaikan dia baju , seluar dan lampin .. Dan pasang tv. Tiba-tiba Qhaliff terus menuju ke tangga dan .. Gambar ini menceritakan segalanya !!

Akhirnyaa ! Akhirnyaaa dia dapat jugak amik coklat bar tuuuuu !! Aku kasi dia sedikit sebagai reward untuk dia ! Hahahaha.. Bersungguh dia haa..

Baki tu , aku simpan dalam peti ais . Dia ikut dan tengok je mana aku simpan !! Ahahahah.. Ini perangai aku. Aku gila coklat bar hingga sanggup berjalan jauh untuk gi beli coklat bar ! Hahahhaha

Ni tak reti nak bercakap lagi .. kalau dah reti ? Perghhhhh

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sudah pandai skg ni !

 

Tamoo tido walaupun ngantuk !! Menangis beria harapkan simpati utk turun dari buaian tp ... tangisannya itu adalah palsu !!

Dia menangis pastu tengok muka aku .. Dia cakap .. “ Tooo … tooo tooo too ? Tooo toooo .. “ ..

Pastu nak keluar ! Aku kata ..

“ Tidooooo ..”

Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !! Dia nangis lagi .. dengan kuatnya .. Pastu diam setelah aku tak layan dan teruskan berselawat .. hahaha ..

Lenaaaa untuk 3 jam ! Huhu …

Published with Blogger-droid v2.0.10

Harga Produk Shaklee dan Cara Daftar Ahli Shaklee


Entry sebelum ni aku share tentang Produk Shaklee dan Set Shaklee secara kasar. Kali ni aku nak share tentang Harga Produk Shaklee yang telah syarikat Shaklee tetapkan untuk dijual di pasaran.

Shaklee Harga Ahli Untuk Ahli Shaklee Berdaftar sahaja


Harga Shaklee terbahagi kepada dua iaitu Harga Shaklee untuk pasaran runcit. Dan Harga Shaklee untuk Ahli Shaklee berdaftar atau Pengedar Shaklee Sah Malaysia.

Kenapa perlu ada dua Harga Shaklee? Kalau seragamkan jadi satu je tak boleh ? Sama konsep macam keahlian JCard, Tesco, Body Shop, Guess, Coach, dan pelbagai jenama lain.

Harga Shaklee dan privilege keahlian diwujudkan oleh Shaklee untuk menggalakkan pengguna menDaftar sebagai Ahli Shaklee atau Pengedar Shaklee.

Agar Ahli Shaklee berDaftar boleh mendapat manfaat dari Harga Ahli Shaklee setiap kali Ahli Shaklee membeli Produk Shaklee.

Malah Ahli Shaklee berDaftar juga berpeluang mendapat rebate tunai berbentuk bonus tunai sekiranya mencapai jumlah point tertentu dari pembelian Produk Shaklee.

Jadi jika korang nak pakai Produk Shaklee ni sebaiknya Daftar Ahli Shaklee terus, baru korang untung dapat point setiap kali membeli Produk Shaklee.

Kalau tak Pengedar Shaklee yang jual kat korang tu la yang untung dapat point dan dapat bonus cash $

Kenapa ada Pengedar Shaklee yang jual ikut Harga Shaklee untuk ahli dan ada pulak yang jual ikut Harga Shaklee untuk retail?

Semua ni berkenaan sikap. Sikap orang kita bila berniaga dan bersaing, suka guna factor HARGA sebagai senjata. Sebab tu orang kita selalu gagal dalam bisnes. Satunya sebab permainan harga atau perang harga ini.

Dalam perniagaan, pihak yang menjual dengan harga kos atau harga ahli dipanggil sebagai market spoiler atau perosak pasaran. Dan biasanya mereka yang jual harga ahli ni hanya nak kejar sales tapi tak pentingkan kualiti.

Sebab tu ramai orang komplen makan Shaklee tapi takde kesan, sebab penjual tak tahu macam mana nak advice penjual sekadar jual untuk dapat point.

So korang boleh pilihlah, nak beli Shaklee dari PengedarShaklee yang berkualiti dan bijak

Atau nak beli Shaklee dari sapa-sapa saja asalkan murah.

Dan jangan pulak korang fikir yang jual harga ahli tu suci murni dan yang jual harga retail tu tamak dan jahat.

Di Zaman nabi dulu pernah sahabat nabi Muhamamd saw tak silap aku saidina Umar, halau seorang peniaga di pasar sebab dia jual harga sangat murah dan mengganggu pasaran (perosak market / market spoiler)

Malah nabi Muhammad saw sendiri ada amik untung dalam berniaga. Kalaulah mengambil untung tu salah dan haram, tentulah nabi Muhammad saw takkan ambil untung.

Sebenarnya dalam perniagaan siapa yang jual harga kos atau harga ahli ini dikira sebagai zalim juga.

Sebagai contoh :

Seorang ibu tunggal anak 4, semua anak-anaknya kecil dan dia tak boleh pergi kerja sebab anaknya ada yang sakit dan perlukan penjagaan rapi.

Lalu dia pun nak berniaga Shaklee.

Dia sangat berharap nak dapat duit tunai harian daripada untung runcit dari Harga Shaklee harga retail.

Tapi pergi ke mana-mana pun semua minta harga ahli, bila dia ajak masuk ahli pelanggan taknak sebab pelanggan kata di tempat lain tak payah jadi ahli pun dapat harga ahli.

Jadi ibu tunggal ni pun jual la dengan harga ahli.

Sampai hujung bulan dia ingat boleh dapat bonus cash, rupanya tak dapat sebab tak cukup point, sebab dia hanya berjaya jual 5 botol vitamin saja, itu pun dengan harga yang mana tak dapat pun untung runcit walau sepuluh sen.

Siapa yang mewujudkan keadaan ini?

Dia lah yang menzalimi orang-orang macam ibu tunggal tadi.

Dan jangan heranlah

Satu company yang terlibat dengan perang harga macam ni selalunya akan jatuh, bukan sebab company tu tak bagus, tapi orang yang menjalankan perniagaan tu yang tak bagus.

Satu lagi aku nak tanya kalau korang pegi Jusco masa JCard day, berani tak korang mintak kat cashier tu:

"Dik bagi akak harga ahli JCard la, kita kan sama-sama ISLAM.. “

Agak-agak dapat tak harga ahli JCard tu ? Ooh , kita sama-sama ISLAM .. ko untung takpe aku rugi ko tak kisah gitu la perangai orang kita .

Gila panjang melalut .Berikut senarai Harga Produk Shaklee untuk seluruh MALAYSIA

..

Buat makluman Harga Shaklee berikut adalah Harga Shaklee untuk pengguna yang tidak berdaftar sebagai Ahli Shaklee.

Kalau nak beli Shaklee dengan Harga Shaklee harga ahli, silalah contact Pengedar Shaklee anda untuk Daftar Ahli Shaklee ya.

SENARAI HARGA PRODUK SHAKLEE



  1. Advanced Joint Health Tablet (60 biji) RM124.00 
  2. Alfalfa Complex (S)(330 biji) RM53.75 
  3. Alfalfa Complex (L)(700 biji) RM97.50 
  4. B-Complex (120 biji) RM53.75 
  5. CarotoMax (30 biji) RM74.00 
  6. Chewable Vita-C Plus (90 biji) RM37.50 
  7. Collagen Powder (15 sachet) RM298.00 
  8. CoQHealth (30 biji) RM124.00 
  9. DTX Complex (90 biji) RM155.00 
  10. ESP Soy Protein Isolate Powder (850g) RM150.00 
  11. Garlic Complex (60 biji) RM47.50 
  12. GLA Complex (60 biji) RM91.25 
  13. Herb-Lax (120 biji) RM52.50 
  14. Lecithin (180 biji) RM52.50 
  15. Meal Shakes French Vanilla (544g) RM113.75 
  16. Nutriferon (30 Sachets - 1.2g) RM181.25 
  17. Omega Guard (90 biji) RM136.00 
  18. Ostematrix (120 biji) RM61.00 
  19. Peppermint-Ginger Plus (90 biji) RM45.00 
  20. Performance- Natural Orange (539g) RM82.50 
  21. Sustained Release Vita-C Plus (180 biji) RM92.50 
  22. Vita-E Complex (120 biji) RM149.00 
  23. Vita-Lea Iron Formula (120 biji) RM88.75 
  24. Vivix (150ml) RM475.00 
  25. Zink Complex (120 biji) RM33.75 
  26. Cinch Energy Tea Mix (28 sticks) RM131.00 
  27. Cinch Shake Mix Vanilla,Chocolate,Latte (15 serving) RM173

Kalau korang nak tau lebih tentang macam mana nak Daftar Ahli Shaklee atau nak tau senarai Harga Produk Shaklee, boleh hubungi senarai Pengedar Shaklee di bawah ni :



Pengedar Shaklee Bangi Putrajaya, Cyberjaya, Seri Kembangan


Pengedar Shaklee Penang


Pengedar Shaklee Gombak Wangsa Maju, Setapak dan Cheras


Pengedar Shaklee Kelantan



Pengedar Shaklee Melaka


Pengedar Shaklee Kuantan




Tempat korang takde dalam senarai Pengedar Shaklee di atas?

Apa lagi cepat-cepat contact number bawah ni


Bila anak dara jemur seluar dan baju dalam !

 

Perghh .. nasib baik laa Ben letak gambar ni .. Kalau dia letak gambar original , mau top jap blog aku hari ni .. hahahaha .. .

Gini ceritanya .. Aku ni bukanlah nak mengaibkan sapa sapa cuma aku pun ada perasaan dan juga .. er .. hehehe .. Faham faham je la kan .. haaa ..

Isunya seperti kengkawan di FB aku dah tau yakni anak dara sidai pakaian dalam secara terbuka untuk dinikmati oleh sesiapa saja yg lalu lalang di situ. Walaupun itu bukanlah niat mereka tapi ianya tidak sama sekali patut berlaku ! Perlu diketahui , di kiri kanan rumah mereka itu ada suami dan anak lelaki di dalam mahupun diluar rumah .. Haaa ..

Lagi pun , mmg kurang manis la sidai kat luar tu. Maklumlah , macam macam corak , warna ada .. Bila tengok gitu, maka terbayanglah dalam kepala orang yang melihatnya tanpa niat mahupun dengan niat ..

“ Perghhh .. dia pakai pakaian dalam ala harimau bintang .. “.

Atau ..

“ Pink tuuuuuuu .. “

Jadi , camana tu ? Kang si suami belikan untuk isterinya , mahukah isterinya memakai pakaian dalam bercorak harimau bintang itu mahupun yang ada lampu lip lap gitu ?

Okk .. sebelum aku melalut .. Sebaiknya , sidailah di dalam yang sensitif tu. Tau la ada pelbagai corak dan warna.. Tapi tak leh lawan lelaki yang siap ada lubang ditengahnya !! Haaa..

Ok .. diulangi sekali lagi .. jangan sidai secara terbuka. Nanti orang minyak mai curi , sapa susah ??? Jiran sebelah gak kan ?

Pembelajaran bermula !

 

Tau apa dia buat ? Cer teka ? Teka laaaa .. Teka  laaaaaa ..

Yaaaa .. betullll .. Dia dah reti bukak baju n seluar dia sendiri ! Tapi bukanlah 100% .. Aku kena bukak skit dulu pastu dia keluarkan semua ..

Memula tengok dia buat tu terkedu jap la.. Dah pandai rupanya dia .. Cuma sebelum ni dia banyak tengok sendiri sebelum diberi peluang utk buat sendiri ..

Seluar , baju , makan dah pandai … Kelmarin , dia kutip sendiri sampah yang dia buang dan aku ajar dia buang ke dalam tong sampah ! Hahahhaa.. Dia ikut jer .. asalkan dapat apa dia nak !

 

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI