Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 1 Oktober 2013

Teringin dah dia nak berkawan ..

 

Hurmm .. nak sangat dah berkawan ni .. Tapi memilih gak dia ni . Yang nak berkawan dengan dia , tamo lakk .. Nak pilih yang macam mana pon tak tau laa

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

U're soooo big !!

Kenalan lama aku bersuara setelah lebih 10 tahun tak jumpa .. Hahahaha.. Dulu kering kontang je aku.. Perempuan tgk pon tak lalu nk buat abg angkat ! Heheeh..

Abis skg lalu ke ????? Er... try la buat badan besar skittt ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Hanya kerana ‘game’ ?

 

Perghhh.. baru aku faham maksud kawan yang tinggalkan komen di FB aku semalam ..

“ Jangan sampai hempas anak sudahlah .. “

Memula tu pelik gak la aku .. Apahal la aku nak hempas si Qhaliff hanya kerana berebutkan hp lak ?? Adehh .. aku masih waras lagi okeh !! Tapi aku anggap dia gurau je.. Tak de la nak tensen hingga menyimpan dendam .

Pagi ni , di rumah org tua aku .. segalanya  terjawab.. Rupa rupanya , kawan tu merujuk pada berita di Harian Metro ! Wooooo… Patutlahhhh …

Hurmmmm .. Bengong betul la manusia gini ! Bukan anak je dibelasahnya tapi isterinya yang cuba menghalang pun turut dibelasahnya ! Adehhhh .. Hanya kerana game di tablet ? Orang macam ni , serius .. hanya sesuai kawin dengan perempuan cam bini Mat Yo tu ! Baru buku bertemu ruas !!

Hampeehhhh !

Aku , ketagihan sudah !!

 

Sememangnya , ini adalah permainan yang aku cukup gilai dari kecik dulu ! Sanggup buat senapang dari kayu. Beli paku dan kayu , getah dan pelurunya adalah buah ceri ! Dan berperanglah di dalam kawasan flat tempat tinggal aku ! 4 tingkat tuuu .. Jenuh nak mengejar !

Bila dah tua ni , ada duit sendiri maka bolehlah menembak tanpa bunyi peluru dari mulut ! Hahahahha …

Siap study teknik main yg betul di Youtube ko semalam semata mata persediaan untuk pertarungan akan datang ! Hahahaha .. Giler ! Tapi serius la , mmg berantu paintball ni bila kita main dgn jayanya .. hahaha ..

Adeh .. Tapi memadai je la beginner gini jer.. Aku tak cadang nak gi lebih jauh. Main suka suka jer untuk release tension .. hehehe .. Ok pe ? kan ?

Jadi , pertarungan antara blogger tanpa kira jantina , inshaAllah akan berlaku lagi minggu ini andai cukup korum .. ehhehe .. Nak 20 orang .. Berminat ? Sila hubungi saya segeraaaaaa .. hahaha ..

Oh , main kat mana ? Kat Kelab Tasik Cyberjaya .. Tak susah aih nak pi sini .. hehehe …

Rokok naik harga ?

 

Ada aku kisah ? Alasan kenaikkan ? Sebab penyeludupan ? Waduhhh .. Bagus tu.. Alang alang nak kasi naik , naikkan je terus ke RM50 !!

Tapi bila dibuat gitu , masalah lain pulak timbul ! Sebagai contoh arak , dadah yang harganya cukup mahal .. Berapa ramai sanggup berenti hanya kerana harganya yang semakin mahal berbanding fatwa mengatakan yang merokok ini haram hukumnya ! Google yer cari jawapannya..

 

Aku malas nak berbahas mengenai kenapa dan mengapa mereka merokok atau sepatutnya kerajaan tak patut benarkan rokok dijual dalam negara ! Apakah ini akan membuatkan rokok tidak berada di dalam ruang negara kita ? Akan ada gakk malah ada yang menokok tambah isi kandungannya nanti ! Haaa ..

Aku tak sokong langsung bab rokok ni … tapi apa lagi yang mampu kita buat ? Cam bab aurat la.. Dah terang terang kata haram , berapa ramai kata NANTI TUNGGU HIDAYAH ?

Naik je la.. asal bukan petrol naik , sudah !

Sombong atau pemalukah Qhaliff ?

 

Sejak perjanjian Pangkor ditandatangani bersama jiran yang terdiri dari anak anak dara setelah berperang cyber secara aman , Qhaliff sering jd tumpan anak anak dara tu bila berjalan petang dengannya .. Hehehe .. Jangan marah aa jiran .. heehe ..

Photo

Tiap kali ditegur , dia malu malu gitu. Teringat zaman aku bergelar anak teruna dulu .. Aku mmg pemalu okehhh !! Haaaa ..

Sekarang Qhaliff lak ikut malu .. hehehe .. Bila ditegur , dia terkaku diam. Bila diorang datang nak amik Qhaliff ,terus dia pandang muka aku seolah mintak simpati ..

“ Helllppp daddy .. helpp … “ ..

Aku biarkan je tapi bila disentuh terus berubah muka ! Hahahaha .. Sombongkah dia ??

Tak laaa .. Dia dah berak dalam pampers dia .. Tu pasal tak nak sapa sapa bau ! Hahahahha .. Hampehh ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI