Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 3 Oktober 2013

Qhaliff bikin onar di Pizza Hut !

 

Cancel satay ! Wife teringin nak makan pizza untuk kali kedua . Dan aku turunkan aja kerana .. kerana apa ? Lagi mau tanya .. Ai segan , okehhhh !! Haaha ..

Ok.. Qhaliff yang dah mula mengantuk ditambah lagi dengan kelaparan , ikutkan aja bila ajak ke Pizza Hut.. Camana aku tau dia ‘ok’ jer ? Dia jawab ke bila aku tanya ???

Haaa .. opkoss laa dia jawab .. Aku tanya camana ? Aku tanya dia gini ..

“ Qhaliff … ONE ???? “

“ Tuuuu .. “ .. Dia jawab .. Tu tandanya dia setuju la tu .. Maka bergeraklah kami ke BBN .. Bandar Baru Nilai dengan gunakan gps yang terdapat dalam Nokia Lumia 925 aku tu .. weee .. Dah jadi milik aku skang ni woooo .. Sebelum ni pinjam jer.. Hehehe .. Dan aku semakin suka la pulakkkk kat Nokia Lumia ni.. heeheh .. Tqq yer Nokia Malaysia kerana sudi memilih aku ..

Ok sambung .. Sampai sana , order la nak makan apa .. Aku cuma order satu je yang aku minat ? Cer teka apa ?? Saalllaahhh .. aku cuma ak ayam jer !! Hehehe ..

Pizza untuk kami berdua ..

Manakala spagetti untuk Qhaliff .. ni spagetti untuk budak budak jer .. Takde pedas mana pon.. Dan Qhaliff makan dengan penuh berselera !! Manakala kami order Golden Crunch .. Ehemm.. sedap koooo ..

Tapi kaann .. Ini budak sudah langgar perjanjian ! Lepas dia kenyang , dia bikin ini Pizza Hut , bapak dia punyaa ! Yakni aku laaa .. heee ..

Apa onar yang dia buat ?? Humm.. letih nak cerita .. Nasib baik dia kecik lagi .. Kalau besar , dah kena dah dengan aku !!

Mengelupur dia nak turun .. Tak kasi pegang dia . Meronta ronta nak turun bermain !! Abis air minuman dia buat main ! Bila ada org jauh datang , yang sebaya dengan dia .. terus buat kerja .. heeee ..

 

Hilang terus nafsu makan aku .. Malas nak berkira , terus update dalam sistem aku tuuu ..

Tenang selepas dapat apa yang dia nak … iatu karton … Barulah aku leh bergerak ke sana sini !!

Apa pun , Golden Cruch mmg sedap !! Tkde muak punyaaa .. hehehe ..

 

 
Published with Blogger-droid v2.0.10

Bayang-bayang aku ..

 

Hurmm .. aku bersiap nak keluar gi beli satay  ..Plan nak tapau jer .. Tapi mcm kena bwk semuaaaa jer ! Kenapa ? Nampak budak bambam ni  ? Awal awal lg dia dah melekat dgn aku sbb dia tau aku nak keluar..

Bukan tak nak bwk dia tp mak dia tak larat nak keluar .. Tapi kesian kat dia punya pasal ... jom le laaa keluar .. Mai pi makan satay walaupun satay dah naik seposen ! Wife yg teringin. Apa leh buekkk .. Ku turutkan sajaaa..

Hurmm .. melekat je ngan aku haaaa ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Qhaliff takut gagak ???

 

 

Aku nak tidurkan dia dalam buaian selepas mandi dan makan .. Dia tamooo ! Nak main lagi walhal dia mengantuk sbb penat semalam tak ilang lagi tuuu..

Tiba-tiba kedengaran bunyi burung gagak di luar dengan agak kuat. Terkedu dia dan dia baringkan semula dirinya ke dalam buaian !! Diam terus padahal tadi beria nak menangis dah !

Haaaa .. oooo .. idea mari .. Aku pun wat wat suara gagak tu.. Dia pandang aku seolah tau suara tu , suara aku ! Hahahaha .. Tak dapat aku nak perdayakan dia ..

Namun begitu , aku berjaya tidurkan dia .. heheheh .. Hurm.. Takut eh ? Tapi budak budak , jangan ditakutkan dengan menda menda gini. Nanti besar , dia tak berani sangat.. Hurmm..

Patut ke tidak kita dok bagi anak anak kita ni takut dengan ‘momok’ atau binatang itu ini ?

Di mana padang permainan kami ??

 

Setiap petang , Qhaliff akan tunggu peluang untuk keluar dari rumah .. Seharian duduk rumah , bapak dia pon boring wooo ..

Bila keluar , dia kena naik ‘motor tayar tiga’ dia ni.. Tak kasi dia berjalan kaki sbb dia akan berenti dan mengutip apa saja yang dia sangka sedap untuk dimakan ! Grrr ..

Rakan-rakan sebaya dia pon main di hadapan rumah , di atas jalan raya ! Padang permainan , ada tapi jauh  dan kecik je. Nak main , confirm berebut ..

Sebab tu dia seronok dapat bermain di rumah toknya. Walaupun sekadar rumah flat , tapi padang permainan kat belakang rumah amatlah luas dan ramai kanak kanak turut bermain di situ ..

Dan aku juga membesar di sini . Bila hujan , akan bertakunglah air disini lalu jadilah tempat ‘beriadah’ sebelum disebat oleh mak aku ! Hahaha..

Hurmm .. Serius , takde padang bola kat rumah baru aku ni. Kawasan lapang yang ada , diminta penduduk untuk dibuat surau namun ditolak pemaju sbb nak buat rumah lagi ! Perghhhhhhh .. Nanti usung duit tu masuk kubur yer…

Published with Blogger-droid v2.0.10

Bahayakah ULTRAMAN untuk si Qhaliff ?

 

Tau Ultraman ? Tak ? Kalau tak tau , sila ignore entri ni .. Heee .. Aku ? Aku kenal Ultraman sebelum aku lahir lagi !! Erk .. Sat , sapa lahir dulu eh ? Aku ke Ultraman ? Mari kita google ..

Ok .. Ultraman lahir pada tahun 1966 .. Aku lahir pada 2001 .. Bermakna dia lagi tua  laa.. Kira dah taraf atuk dah pon .. heehhe.. Muda aku kan ? Hee.. aku tauuu korang nak cakap gitu ..

Babak aku paling suka ! Hahaha .. Bertukar jadi Ultraman … Dalam pesawat tempur pon leh bertukar tanpa merosakkannya ! Hahaha ..dasat kan ? Nama pon ‘ katun’ .. Layankan ajaaa ..

Dulu , aku ingat ada satu ni je Ultraman .. Bila dah tua gini , baru tau .. diorang pon leh beranak pinak ! Hahahaha ..

Ok ok.. banyak pulak intro aku .. Gini haaa.. Mak aku tak kasi dah aku tgk Ultraman .. Eh , Qhaliff tak leh tengok Ultraman sbb dah mula ‘menendang ‘ !! Haaa.. Kiranya meniru babak gaduh dengan resaksa yang tak kunjung abis menyerang Jepun tuuu ..

Apa pendapatan korang ? Haaa .. Bagi aku laaa .. boleh je tengok tapi kena bagitunjuk ajar skit .. Dengan cara gitu , dia belajar .. Bila tengok babak ganas , jangan tiru aksi itu !! Kan ? Kalau asik larang tengok itu ini , bila dengan kawan kawan .. haaaa .. Kawan kawan pulak , jarum dasat pulak tuuuu ..

Hurmmm .. Ultraman tak la ganas mana pon .. Ganas lagi WWE tuu.. Zaman aku kecik dulu , dok layan menda tuuu .. Haa.. Nasib baik aku tiru ‘badan’ je. Aksinya , tak tiru laaa .. Kalau tiru pon , wife je jadi ‘mangsa’ .. Heeeee… Jangan pk bukan bukan yer !

Ke mana lagi anak kecil kita nak bermain ?

 

Antara sebab aku tak nak pindah ke rumah baru yang dibeli sendiri ialah sbb takde padang bola sepak ! Kalau ada pon , kena naik motor atau kereta nak ke sana pastu sizenya pula tidak la ‘mengagumkan’ aku berbanding padang bola di belakang rumah aku ni !!

Setiap kali kalau berkesempatan ke rumah orang tua aku , aku akan lepak hingga malam sbb petang tu boleh la si Qhaliff bermain bola dengan sepupu sepupu dia ..

 

Kat rumah aku ni , ada la taman permainan tapi kecil sangat . Kat situ la juga brother2 main takraw, badminton .. kat situ gak la akak akak bermain gelongsor walaupun tak muat dah nak masuk .. Haih.. Prihatin la skit yer  akak ..

Jadi kat mana lagi nak bermain si Qhaliff ni ? Nak tak nak , kena main je la kat jalan raya depan rumah aku ni . Merbahaya ? Tentulahhh !! Aku kena ikut sekali la tiap kali dia keluar bermain .

Hurm.. sedih .. Sekarang ni , banyak rumah baru dibina tapi terlalu banyak ‘kekurangan’. Mereka lebih fikirkan keuntungan . Soal masyarakat , itu kemudian !

Published with Blogger-droid v2.0.10

Kenangan yang tak diguna !

 

Akhirnya , cadangan aku diterima ! Segala impian aku sejak bergelar blogger kini tercapai ! Alhamdulillah. Aku teringin mereview gadget , dah dapat .. Teringin review makanan , hotel dan macam macam lagi termasuk filem .. dah tercapai ! Hanya kerana aku ini seorang blogger !

Hari ni , satu lagi impian tercapai. Teringin benar aku kembali ke ‘majikan’ aku tetapi sebagai blogger ! Bukan sebagai salah seorang kakitangan mereka ..

Kenapa aku nak kembali kepada mereka ? Aku terlibat dengan mereka hampir 6 tahun. Benar , singkat je pon pengalam gitu tapi bila tiap minggu asyik keluar untuk melaksanakan tugas , pasti akan nampa kepincangan yang boleh diperbaiki dari luar !

Dan , cadangan aku diterima hari ini … Bila dah diterima , aku pulak yang mengelabah ! hehehhe .. Maklumlah , mereka inginkan keputusan yang tinggi ..

InshaAllah .. semua ini akan diperbincangkan bila tiba masanya .. Dan berharap sangat dapat bekerjasama dengan rakan blogger yang lain untuk menjayakan misi ini .. hehehe ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI