Selasa, 8 Oktober 2013

Suntikan lagi untuk Qhaliff ..

 

Tak sempat nak berehat sejurus tiba dari Morib. Lepas Zohor , terus ke Klinik Kesihatan Presint 9 , Putrajaya untuk buat check up Qhaliff .. Dah usia setahun 6 bulan ..

Memula timbang berat dia .. 12kg ! Sewaktu usia setahun ari tu , berat dia 12kg gak ! Hehehe .. Nurse tu kata , dia nampak je bulat tapi tak pon obes .. Kira berat dia normal. Sesuai dengan ketinggian dia 82 cm gitu ..

Masa untuk suntikan. Aku kena pegang sbb wife tak larat nak pegang dia.Menurut nurse , suntikan ni 5 serangkai untuk kerongkong dan lagi apa tah .. hehehe .. Tak dengar sangat sbb aku dok try cool kan Qhaliff .. Dia pon meronta jap je.. Dia mana reti nak statik setempat sejak dua menjak ni .. Sejak dapat kaki la katakannnn .. heee..

 

Meronta jap je .. Pastu borak ngan dia , terus diam .. Nurse tu lak pandai buat kerja dia. Cepat jeeer dia suntik kat peha Qhaliff..

Tak sempat nak nangis kata nurse terus ok dia .. Huhuh.. Pehaa penuh isi , mana nak rasanyaaa … Hahaha …

Sampai rumah , lena memasing .. termasuk aku .. Penat giler ! Teringin nak pergi bercuti tanpa gadget ! Tapi , aku kan kena keje 24 jam .. Huhu .. Tapi tak pe , sementara je kat dunia ni .. Buat mana terdaya dan redha.. selebihnya serahkan saja pada Allah.

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Cendol Bakar atau Cendol Pakcik Bakar ?

 

Kali pertama aku ceritakan di blog atau di FB , ramai tak tau akan kewujudan cendol bakar ni .. Mereka tau burger bakar , Ais krim bakar … Cendol bakar ni lak camana ?

Hari tu, aku gagal membelinya kerana tokey kedai cuti lagi. Tapi hari ni , aku berjaya membelinya setelah wife teringin nak makan !!!

Berbekalkan tak sampai RM10 , aku berjaya dapatkan  cendol bakar + pulut durian dan cendol bakar biasa !

Camana ? Sedap tak ?

Terus terang  ianya berjaya menghilangkan mengantuknya diri ini !!  Sangt mengantuk , okeh ! Jadi tak hairanlah banyak kereta berhenti makan minum kat sini ..

Haaa.. lupa lak .. Apa yang dibakarnya ?? Menurut orang , yang dibakarnya adalah gula merah .. hehehe .. Wallahualam ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Punca punca kemalangan salah sendiri !

Tak de sapa ajar dia !! Dia sendiri tarik gear tuuu .. Nasib baik masa berlaku tu , aku ada dlm kereta .. Kalau ditinggakan sekejap ??

Pasni mmg kena tekan butang lock gear tu !!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Misteri 4 beranak berbaju putih !

 

Baru-baru ni , ada la meeting dengan penduduk taman perumahan aku mengenai cukai pintu yang tinggi tuu haa .. Nak mintak MP Sepang kurangkan la. Maklumlah , yang duduk situ .. nampak je kaya tapi .. haaa.. sambung sendiri ..

Selepas meeting , pi la lepak minum sat .. Dalam dok lepak tu , terbukak laaa cerita scary the movie punya laa .. Dengarnya scary la tapi baru aku , penyamun yang pecah rumah tu lagi scary !! Maklumlah , hantu ni menyakat je .. tu pun kalau mulut kita cabul .. Yang manusia serupa hantu ni , bukan sakat jer.. haaa.. lebih dari tu mampu buat ! Grrr ..

Ok , cerita ni dicerita sendiri oleh anggota polis yang meronda kawasan perumahan aku tinggal ni sekitar 3-4 pagi ! Menurut kawan yang cerita ni , dalam masa tersebut berkali gak la diorang terserempak dengan ‘4 beranak’ ni dan yang anak kecik tu .. pegang anak patung !! Jeng jeng jenggg …

Tapi , diorang tak ganggu la.. sekadar tonjolkan diri berdekatan kawasan bukit tu pastu hilang .. 

Bila sorang kawan tu bukak cerita .. maka yang lain pon mula bercerita .. Tu diaaaaaaa … Aku nak cerita kat korang pun , berdiri bulu romaaa .. Tak yah la nooo .. nanti kang ada yang histeria ..

Takutkan Allah lagi bagus ..

Kenapa saya tak nak cium dia dah !

 

“ Banyak kali dah daddy suruh muaahhh dia .. Tapi saya tak nak.. Kenapa ? Mari saya ceritakan .. “

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tiba-tiba bau busuk !

 

Hurmm.. Semalam , ada seorang rakan blogger ceritakan mengenai kisahnya yang terbau wangian selepas bermain badminton dengan rakan rakan blogger yang tinggal sekitar Putrajaya termasuk aku .. hee ..

Dia kata selepas keluar dari dewan tu , dia terbau wangian .. Jeng jeng jeng .. Pastu ? Pastu .. aku baca .. tkde apa apa la berlaku. Tak de la sampai tahap kena panggil Ghostbuster gitu haa ..

Dan tadi .. Jam 11.30 malam selepas pulang makan di Pantai Morib , aku terbau sesuatu yang kurang enak di dalam bilik yang aku sekeluarga menginap ni ! Bau busuk yang teramat sangat !!

Aku cuba cari kat bontot Qhaliff.. Kot dia berak tak bagitau ke .. Aku try tgk kat kat .. er.. Ok , sambung cerita.. Cari punya cari , takde ! Perghh.. Ini sudah walking dead punya cerita ni ..

Aku pon try bau kat sliding door menghala ke beranda. Bau kat situ semakin kuat ! Gulp.. Bau cam bangkai gitu haaa .. Takkan la ada orang bunuh diri kat pintu ni haa ? Tak masuk akal !! Tapi ??

Aku panggil wife .. Suruh dia bau. Hidung dia amat peka ngan bau busuk ni terutama ketika mengandung. Aku suruh dia mengesan bau busuk tersebut .. Hehehhe ..

Dannnn .. dannn .. dia jumpa puncanya !! Aduhh .. Meleset sama sekali tanggapan ku ! Haih , silap aku rupanya .. Aku kunci sliding door dan , bau itu tiada lagi !!

Dari mana datangnya bau itu ??? Biarlah misteri ini , aku simpan sampai ke dalam kubur .. Marah tak ? Marah ? Cer tengok muka aku betul betul .. Ada tak macam aku kesah ? Tak de kan ? Hehehe ..

Sepetang di Gold Coast Morib..

 

Al kisah anak beranak ..

Gitulah adanyaa … Tak buat , merajuk .. buat , kena kutuk ! adeh .. Nasib baik anakk ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI