Rabu, 9 Oktober 2013

Aksi bapak vs aksi anak !!

 

Sapa menang ?? Bersungguh aku buat aksi .. Dia cuma perlu muncungkan mulut dia jer!! Tak sampai 24 jam tuuu . dpt 200++ LIKE berbanding gambar aku yang dah berhari tuuuu , dapat 100++ jer !

Redha.. aku semakin tak cute ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Qhaliff dah memilih makan ?

 

Banyak kali dah aku dok baca malah ada yang siap mintak pendapat aku mengenai anak mereka yang tak nak makan atau kurang selera nak makan.. tapi susu nak ..

Dan tiba masanya pada Qhaliff gak ! Dia tak nak makan sangat skang ni. Atau memilih !! Dia nak mkn makanan orang tua . Yang budak budak punya , dia tamooooooo ..

Maka , disebabkan dia .. Aku merasa la makan ikan siakap stim malam ni .. Biasa wife buat jer tapi sebab dia dah mual mual , jadi gi makan luar jer ..

Nak makan kat mana ? Dan … inilah masanya untuk cuba makan di Salak Tinggi lamaa… Waaaa .. Lama dah teringin nak makan area ni ..

Hurmmm … Tu diaa .. Qhaliff berselera ratah isi ikan .. hehe .. Daddy ratah yang lain.. Weee .. Sedap koooo .. Alhamdulillah. Bersepah rupanya kedai makan kat rumah aku ni. Kalau tak , asik ke Putrajaya jerrr ..

Jumlah yang perlu di bayar .. RM40 ! Sama dengan harga yang makan di Morib ari tu tapi seriussss , tak berbaloi giler makan kat pantai Morib tuuuuuu ! Baik makan buffet kat hotel tuuuu .. Mahal skit tak pe , janji puasss !

Qhaliff kekenyangan .. dan dah tidurrr ! Heee..

 

 

 

Airsoft atau Paintball ?

 

Terus terang aku bagitau , aku dah mengilai sukan Paintball . Tapi tak la terfikir nak pergi beli peralatannya dari atas sampai ke bawah ! Mahal siutttt ! Er , cuma nak cari mask dia je. Tamo kongsi sama orang tak dikenali.. huhu ..

Ben Ashaari

Di Instagram aku .. ada seorang rakan syorkan aku untuk try main Airsoft ! Er , apakah itu ??

Dari apa yang aku baca , Airsoft ni lebih pada guna macam senjata betul la.. Menyerupai jer.. hehe ..

Dan tak la sampai lebam kalau main Airsoft ni .. Hurmmm.. Kosnya pula dikatakan lebih murah sedikit .. Tu aku tak pasti la.. Aku baca jer .. Ada komen di situ kata dia ‘buyers’ .. hehehe ..

Hurmm .. Tak tau nak kata apa la.. Kalau ada yang ajak try layan AirSoft , leh la cuba .. Tak cuba , tak leh buat perbandingan kan ? Baru adil gitu .

Buat masa sekarang , aku suka Paintball ! Hahaha .. Kena sakit ke ? Sakit cam kena jentik je pon .. Tu pon kalau kena kulit .. Kalau kena kat baju , tak rasa pon .. eheheh …

Perbalahan mengenai status vaksin di Malaysia !

 

Wow ! Aku ada membacanya di page dan juga ada rakan yang bagi link mengenainya .. Hurmmmm .. Status mengenai halal haram asal usul vaksin tersebut , risiko , kesan jika mengambilnya dan pelbagai lagi persoalan..

Hurmm.. bukan hanya untuk diberikan pada bayi malah juga pada orang orang dewasa cam aku ni . Yelah , sakit pening skit makan ubat. Yang punya penyakit berbahaya lagi .. haaaa .

Ada rakan mintak aku bukak isu ni tapi memandangkan aku tidak punya ilmu mengenainya atau sekadar baca sambil lalu di internet kemudian menyokong atau membantah , aku rasa aku tak patut lakukannya ..

Hurmmm .. Aku malas nak pertikaikan apa yang rakan rakan di luar sana tu buat dan juga jawapan balas dari pihak berwajib . Yelah , macam aku cakap tadi .. aku bukan ahlinya. Bukan tak percaya atau menafikannya cuma perlu ada bukti yg lebih kukuh . Seperti pihak berwajib di negara kita ni perlu keluarkan kenyataan yang lebih menyakinkan .. Haaa ..

Bukan apa .. ada pihak beria dok ‘melawan’ … akhirnya dia syorkan satu produk yang lebih halal katanya .. dan SILA BELI DARI DIA ! Perghhh ..

Aku camana pulak ? Hurmm .. Aku lebih rela rujuk pada yang lebih arif mengenainya. Jangan memandai mandai.. Kalau jadi apa apa pada anak kita , sapa nak bertanggungjawab ? Confirm memasing angkat tangan punya.

Apa pun , biar ada sedikit info mengenai vaksin tu dari main angguk jer .. kan ? Huhuh… Lainlah mmg dah malas nak membaca atau amik tau.. Tu tak leh nak kata apa dah ..

Bila anak kebosanan ..

 

Mula-mula dia sepahkan buku buku , seperti biasa …

Pastuuuu , dia main dengan lampu lakkk ! Part ni aku mmg tak kasi laaa .. Terus aku ubah kerusi ..

Aku ubah kerusi tuu .. dia gi amik kerusi lain lak !!

Tadaaaa .. Berjayaaa .. muka riak sungguh !!

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Demam pulak dia ..

 

Hurmm… Bukan sebab mandi kolam tapi rasanya lebih pada kesan selepas suntikan .. Hurm… Merengek dia jam 11 malam ke atas . Dengan mak dia yang pening kepala .. Dengan dia yang asyik nak melekat ngan mak dia .. Perghh.. Dugaan benar .. Aku pulak , nak kena siapkan iklan orang .. Ditambah lagi dengan internet yang .. hurmm.. Sabar je laaa ..

Sian dia .. Mak dia pon kesian gak .. Dua dua tak sihat ..

Photo

 

Badan naik panas .. Bila lap ngan air , meraung la pulak .. Bogelkan dia , tidur kat ruang tamu . Pasang aircond ..

Baru dua dua lena .. Aku jugak tak leh tidur lagi. Kena sambung buat kerja .. Huhuh …

Bukan mudah keje dari rumah.. Dan nak jadi suri rumah pada masa yang sama .. Maka , jangan pandang remeh mereka yang duduk di rumah dan mencari rezeki pada masa sama.

Lainlah duduk kat rumah  , kejenya cumalah main playstation 24 jam !! Grrrrr ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI