Khamis, 10 Oktober 2013

Sepetang di Ikan Bakar Seri Empangan Putrajaya

 

Yup.. makan malam di luar lagi malam ni ! Hehehe.. Wife kata Qhaliff teringin nak makan ikan bakar ! Olohhh .. Qhaliff la sangattttt .. Kan senang je mengaku kata mengidam ikan bakar ! Aku ok je .. Takde masalah. Jangan kata mengidam En.Bakar , dah laaaaa …huhuh..

Destinasi ? Wife kata teringin lama dah nak makan kat Ikan Bakar Seri Empangan yang terletak di berhampiran PICC , Putrajaya ni .. Aku pon sama laaa .. teringin benar nak makan di sini di samping menikmati permandangan mendamaikan di sini ..

Rasanya , bukan aku ngan wife je terasa damai di sini malah Qhaliff sendiri pon siap bersuara ..

“ Wuuuuuuu .. “ ..

Teruja benar dia tengok tasik seluas alam tuuuu .. Agaknya dia ingat nak gi mandi kat situ kot ? Hhehehehe ..

Ok , berbalik pada makan malam disini .. Apa pendapat aku ? Ok ke ?

Ikan bakar , diorder oleh wife .. Aku teringin nak makan char keow teow. Apakah char keow teownya akan memikat tekak aku ???

Ikan bakar , mmg sedap ! Qhaliff pon teruja makan .. hehehe .. Aku rasa sedikit , mmg sedap .. Aku takde selera sangat nak makan nasi ketika ni. Lebih pada nak tangkap gambar je.. hehehe …

Hahaha .. Kenapa Qhaliff menangis ? Aku marah diaaaa .. hahaha .. Pantang kena marah dak niii.. Terus menangis tak berairmata pastu babap aku !! Blehh ??? Berani diaaaa …

Hurmmm .. Ok , nampak menyelerakan .. Tapi sayangnya , ‘manis’ ! hurmmm .. Gagal menepati selera tekak aku !!

Rasanya kalau korang ke sini , baik makan ikan bakar jer sebab nama tempat ni pon IKAN BAKAR .. Pastinya keistimewaannya adalah ikan bakar. Harga ? Mampu bayar ! Heeeee..

Dan , baliklah kami ke rumah … Wife kekenyangan .. begitu juga Qhaliff tapi aku tidak ! Aku kelaparan sekarang ni ! Sangat sangat sangat !!

Teringin nak makan roti canai tapi teringat artikal petang tadi , terus mati nafsu aku ..

Perghhhh …

Photo

Published with Blogger-droid v2.0.10

Nangismu tak menjadi dah , sayangku !

 

Photo: Bersungguh jeee tp airmata takde ..

Kenal dah .. mana satu dia menangis bersungguh , mana satu menangis menagih simpati ! Hahahaha ..

Yang atas ni apa kes ? Aku buat buat marah dia .. Dia ‘babap’ aku woooo .. Aku jegil bijik mata .. berair terus mata dan meraunglah gituuuu ..

Bila aku dukung, terus diam dan kembali sengih ! Hehehe.. Tau sangatt .. nak sangat aku dukung dia … Hurmmm … Tak pe la.. Anak sendiri je pon , kan ?

Ginilah rupa dia skang ni.. Meraung bila tak nampak muka aku atau muka mak dia ! Kena ada depan mata dia je ..

Syamsul sudah bengang sama Amani !

 

Lawak laaa .. Pantang laaa kena kritik , terus melenting haihhhh .. Amboiii .. takkan nak untung juta juta tapi satu kritikan pon tak leh teirma ? Kalau filem tu BAGUS LAAA SANGAT , tak pe laa .. Ni penuh dengan ‘kesampahan’ jer .. Maaf la yer ! Tapi hakikat ..

Terbaca kat Sinar Harian tadi sewaktu mencari info pasal AES setelah terdengar kat Buletin TV3 tadi .. Ni pon bikin panas gak .. Hurmmm.. Tak tau nak kata apa dah ..

shamsul dan amani

Berbalik pada kes diorang ni , aku sokong benar laaa kata kata Amani tu melalui tweetnya ..

filem gua ada darah sedikit dapat P18. Filem lu dadah, pukul, rogol, carut semua lengkap dapat PG13 #LuMemangTailongBesar.”.

Pastu Syamsul balas ..

Anak @fatibee ini tak puas hati ke apa? Kasar bahasanya. Itu bukan caranya dik. Kurang ajar namanya. Jangan biadab bila bicara. Jangan lupa budi bicara.”.

Heheheh .. lawak laa .. Kasar bahasanya ? Rasanya dia belajar dari mana tu ? Hehehe .. Tu laaa .. sapa suruh ‘ajar’ bahasa bahasa kasar ni secara terbukaaa .. Kan dah pulang semula pada yang penyebarnya .. Ops , penyebar ??? Errr…

Korang baca la sendiri kat SINI dan jangan lupa baca sekali komennya .. Pelik gak camana leh dapat berjuta juta .. hahahha .. Selain 10 pengarah dah beli 5 ribu tiket sebagai sokongan , sapa lagi yang bagi sokongan ehh ???

Aku ?? Maaf laaa Sol .. Bagi aku , tak perlulah nak tonjol segala keburukan dalam filem. Walaupun budak kecik tak tengok tapi yang remaja yg tonton ni pasti sedikit sebanyak terpengaruh . Sapa nak tanggung dosanya tu ? Ops.. terceramah sudah ..

Lantak ko laaa .. yang pasti aku tak sokong filem ganas yang mampu merosakkan minda penonton yang pendek akal ,  dari Malaysia ni ..

Cer teka cepat ..

Minyak untuk apakah ini ??? Tadaaaa.. Mak aku buat sendiri nehh ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Manja terlebih budak ni ..

 

Kalau mak dia ada , dia melekat sampai meraung mak dia ! Kenapa ? Hanya ibu ibu saja memahaminya.. Apatah lagi sekarang ni , dok mengandung. Qhaliff lak semakin lasak ..

Bila berdua dengan aku , dia tak nak kat sapa sapa pon ! Kalau amik dia , menangislah dia serupa kena sunat 3 kali berturut-turut ! Aku pon tak tau la camana rasa sunat 3 kali berturut-turut tuuu .. huuhu..

Biasanya berlaku bila bangun tidur dan nak tidur jer.. Bila dah cerah bijik mata tu , mak pak dia takde depan mata pon .. dia ok jer ! Adehhh..

Terbayang gak laaa camana nak gi sekolah nanti ! Aku dulu gi sekolah .. erk… payah gak nak ‘bercerai susu’ dengan mak aku .. hehehe..

Teringat saat aku dulu sewaktu gi sekolah. Bapak aku antar. Mengalir air mata tengok dia. Kesian kat dia .. Atas dasar tu laa , aku tak pernah ponteng sekolah ! Kalau tak gi sekolah , aku ada kat rumah. Nak panjat dinding ? Maaf laa.. Tak nak orang tua aku tebal muka datang sekolah mengadap guru besar .. Siann …

 

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Belum ditembak real punya lagi !!

 

Hurmm .. belum bertempur dengan penjenayah atau musuh negara lagi ! Dah terasa kengeriannya !

Kali pertama aku ‘bertempur’ di sini , aku kaku tak bergerak langsung ! Takut sungguh kena tembak setelah diberitahu yang mana ‘pelurunya’ mampu bikin tubuh badan lebam ..

Baru lebam dah cuak ek ? Camana mereka yang mempertahankan negara lak ? Bukan lebam tapi ?? Hurm..

Sila hormati ‘ hero-hero’ negara ! Walaupun ada yang dikatakan ‘mengkhianati ‘ , janganlah hukum kesemua mereka. Kita sendiri belum tentu berani berdepan dengan penjenayah .. Jadi , jangan perlecehkan mereka ..

Selepas aku ‘biasakan’ diri aku ditembak , barulah aku berani ‘berdepan’ dengan musuh..Hehehe..

Namun bak kata ‘mereka’ , berani saja tak cukup . Perlukan ilmu dan juga pengalamana !

SECRET BUST UP Tawan Hati Suami!

 

- iklan khas untuk wanita sahaja-

 

Cemburuuu jerr tengok orang "punya" cantik terletak??

Dah la kendur pulak lepas bersalin....dah tak cun dahhh....suami pun dah tegur lain macam dah!

Rendah diri tak??Mesti susah hati kan kalu tiba-tiba kena komplen....Jom kita cari jalan! Meh sini....ada cara nak selesaikan masalah untuk ramai wanita di luar sana! Bukan hanya sekadar utk payudara, satu badan boleh cover! X payah banyak amik supplement lain dah!

Tengok sini pulak....

clip_image002

Tak usah dok ragu-ragu lagi, meh kita cuba tarik “mata” suamimu wahai isteri utk bahagia bersama...utk encik suami pun apa salahnya kalo belikan bagi hadiah kat isteri sebab customer saya pun terdiri drp kaum suami yg sangat baik hati dan prihatin, beli utk isteri diaa.....salute la encik suami semuaa.....

Harga dia?

Sekotak 30 sachet dan hanya amik 1 sachet setiap malam adalah satu pelaburan yg sangat berbaloi-baloi....

RM136(SM)/Kotak , RM146(SS)/Kotak

Sms/whatsapp : 013-331 0016 ( Zara )

BLOG : www.segalanyacantik.blogspot.com

FB : Zara Beauty Shoppe

image

Curcuma Mangga Cure(CMC) - Penawar Resdung No. 1 Berasaskan Kunyit Putih

 

-iklan-

Hidup korang huru hara setiap pagi dgn bersin yg tak sudah2! Makan tahun dah nih.... Malu pada orang keliling pun ya jugak!

Tahap Kronik jika sudah berdarah...

Jangan dok biar lama-lama lagi tanpa ada kesudahan, meh sini kita "nyahkan" bersin setiap pagi korang tu dgn hanya makan 2 biji CMC setiap hari!

Hanya 2 biji sehari, korang boleh katakan bye bye pada ulat resdung tu!

clip_image002

Korang nak tahu tak apa kandungan dan khasiat kunyit putih selain dari merawat penyakit resdung.. Sebenarnya, CMCure nih bukan setakat utk rawat resdung jer, ubat serba boleh dan serba guna.. kalo tak percaya cerr tengok khasiat lain dia.....

  • bantu sembuhkan masuk angin dan sakit perut
  • menghilangkan kulit lebam akibat luka
  • sembuhkan penyakit kanser
  • bantu sembuhkan tumor
  • cegah kerosakan sistem rahim, membantu kurangkan berat badan
  • sembuhkan sesak nafas dan asma
  • mampu menghentikan pendarahan, sebagai sumber antioksidan
  • bantu merangsang sel darah merah, menyegarkan kulit dan sihatkan badan secara semulajadi
  • mengurangkan resdung dan bau mulut yang berpunca darinya.
  • Melegakan sakit sengugut
  • rawat keputihan
  • rawat luka akibat bersalin atau luka dalaman lain
  • kecutkan rahim
  • rawat penyakit serious macam kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, gout dan sebagainya
  • mencegah tanda2 awal kanser
  • bagi tenaga utk rutin harian yang mencabar dan padat
  • licinkan kulit n merawat jerawat dan jeragat

clip_image004

ok tak...?maknanya kalo korang ambik pil CMC nih, korang dapat "cover" banyak sakit lain lagi dlm badan korang!

clip_image006

Testimoni

clip_image007

kalo nak nampak jelas lagi tentang khasiat Ubat Resdung yg hangat di pasaran ni, cer KLIK SINI ! Sebab apa hangat di pasaran sebab dah terjual lebih dari 5000 botol dlm masa 2 BULAN!

Kalo rasa yg nak mula meniaga pun boleh....jom jadi ejen. modal pun kecik,tambah-tambah rega minyak dah naik nih, jom niaga sama-sama...

Hanya bermodalkan RM300, boleh buat pilihan belian spt berikut ;

1. 5 Botol Pek Besar ATAU

2. 10 Botol Pek Kecil

clip_image009

Musykil lagi, sms/whatsapp jer lah kat no ni : 013-331 0016 (Zara)

BLOG : www.segalanyacantik.blogspot.com

FB : Zara Beauty Shoppe

Pukul 2 pagi ..

 

Qhaliff baru tidur semula selepas terjaga jam 11 malam tadi bila mana si ibunya bangkit tinggalkan dia untuk ke tandas. Dia ni , kalau dah tidur ngan mak dia .. tak leh ditinggalkan langsung ! Confirm terjaga ..

Bila dah terjaga , aku pasti sangat la yang Qhaliff takkan dapat tidur semula ! Dia jangan kasi tersedar lebih dari 2 minit. Kalau tak , mmg dia akan jaga untuk 3 jam seterusnya ! Masa tu , mmg berasap laaa sbb tak dapat tidur !

Sapa yang akan kena jaga ?

Aku jugaaakkk .. Tapi jgn salah kan wife .. Dia akan jaga lebih awal dari aku ( aku tidur dalam kul 3, 4 pagi atau selepas abis kerja ) untuk membasuh botol dan sediakan makanan Qhaliff ..

Jadi suri rumah tetapi wajib cari pendapatan keluarga tiap bulan , mmg mencabar sangat ! Jangan ingat , aku duduk rumah.. takat jaga anak je.. Kasi makan , tidurkan dia jer ! Kalau korang berfikiran gitu .. maka amatlah jauh tanggapan itu.

Aku bukanlah mengeluh. Inilah jalan yang aku pilih dan aku tidak sama sekali menyesal ! Cuma aku nak sampaikan rasa kagum aku pada isteri isteri di luar sana tu .. yang bekerja dan jaga anak tanpa rasa penat , tanpa mintak cuti pada suaminya !

Serius.. aku ada terfikir gak nak mintak cuti dari wife.. Sehari sendirian ! Nak tidurrrr jer !! Tapi bila fikir semula .. kenapa wanita wanita lain mampu buat , takkan aku dah penat kot ? Baru sorang je , kan ? Kata nak 4 !!

Pengsan !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI