Jumaat, 11 Oktober 2013

Hati-hati dengan penipuan begini !

 

Bila aku kongsikan di TimeLine FB aku tu , rupanya ramai dah yang dapat panggilan dari penyamun tarbus niii !! Grrrr…  Aku dapat dari rakan di Whatsapp ..

Minta perhatian semua. Kisah ini berlaku pada salah seorang yang aku kenali..

Just nak share ngan korang, aku bru buat repot polis..
Lebih kurang pukul 4ptg, ada sorang lelaki yg mengaku pegawai Ambank call aku, no phone yg appear adalah 1800808888. Dia kata nak sahkan penggunaan kad kredit aku RM3000 kat Poh Kong, KLCC. Aku ckp aku xde kredit kad, akaun atau apa2 urusniaga dgn Ambank.

So dia kata mungkin ade org guna nama aku untuk apply kredit kad. Aku suruh dia beritahu aku apa maklumat aku dlm sistem Ambank, tp dia kata dia hanya bahagian pengesahan, x boleh check maklumat. Aku dah curiga.

Dia suruh aku complain kat Bank Negara 0327885082. Aku buka website Ambank, mmg talian hotline diaorg 1800808888. Aku call no Bank Negara yg dia bagi tu dan lelaki India, Vijaya yg angkat. Lepas aku cerita, dia kata pegawai penyiasat Bank Negara akan call aku untuk dpt maklumat lanjut.

Tak sampai 15 minit, lelaki cina pulak, Lim call aku dr no 0327885093. Dia kata Bank Negara akan bantu aku untuk membekukan sementara semua kredit kad aku bagi memudahkan siasatan.

Dia suruh aku transfer duit dari mana-mana akaun simpanan yg lain ke dalam satu sahaja sebab dia akan bekukan juga akaun-akaun yg lain tu. Dia tanya aku berapa banyak duit aku dlm akaun2 tu, tapi aku cakap dia kan Bank Negara, tak kan tak boleh check. Suara dia dah lain.

Dia suruh aku pergi bank dan call dia bila sampai kat bank sebab dia akan ajar aku cara nak kemaskini akaun. Aku cakap ok.
Aku call Ambank guna 1800808888 dan Ambank sahkan tiada apa2 rekod aku dgn Ambank dan mengatakan yg Ambank sendiri telah menerima banyak aduan. Dlm 10 minit dia call lagi, tanya aku dah pergi bank atau belum. Aku cakap on the way.

Tapi, sebenarnya aku kat Balai Polis. Masa tgh buat repot, dia call lagi tp dah mula marah2 sebab kononnya kena kerja overtime nak handle kes aku (baiknya 'pegawai Bank Negara' tu). Aku terus cakap dengan dia yg aku tengah buat polis repot, serta merta dia letak telefon. Pegawai Penyiasat IPD Gombak beritahu aku, hari ini sahaja mereka telah menerima 5 laporan yg sama.

Mohon share dengan orang lain supaya lebih berhati-hati dan buat pengesahan dengan bank berkenaan sebelum buat apa-apa. Mereka skrg ada teknologi supaya nombor telefon yg tertera di handphone kita adalah sama dengan nombor bank. Mereka hanya perlu nama dan no telefon kita sahaja."

Hurm.. dan antara komen rakan-rakan ialah ..

  • Hati2 ..suami aii pn hampir terkena...nasib baik dia kol aii bgtau...aii penah dgr dlm radio pn ada pesan pasal benda ni....kalo tdk melayang la duit dia...
  • Dah pernah experience pun bila dpt call yg sama cuma sbb tk tahan dgn apek tu tk reti cakap bahasa melayu dgn betul...kena maki kaw2 n suh dia belajar ckp bahasa melayu dgn fasih baru call balik terus hang up...kihkihkih...
  • Mintak dia fax latest statement, confirm lepas tu dia tak kacau dah.. Saya pernah dpt call mcm ni dan modus operandi sama cuma dia kata dari bank lain..
  • jd susah kerja yg btol2 pkrja bank..kdg nak buat pgesahan kne maki hamun dgn cstmer..
  • suami saya br je kena...so berhati2..jgn bg pe2 maklumat berkaitan akaun2 yg lain..lau dpt call mcm ni better refer bank kad kredit tersebut...ramai dh yg menjd mangsa kes tipu
  • Kawan saya pernah kena mcm ni...,sampai ugut2..

Jadi , sila hati hati la yer .. Jangan mudah serah infomasi anda melalui telefon dan juga internet .. Kena pastikan benar benar tulen .. Bukan ‘ tulen banggg.. ‘ …

Patutkah aku marah Qhaliff ???

 

Hurmmm …

Wallpaper je pun ! Takkan nak marah anak yang takde akal tu lagi kan ? Ada rezeki , tukar je baru .. Semua ni pon sbb kehadiran dia dalam hidup aku. Murah benar rezeki kami sekeluarga.. Jadi , tak perlulah nak ‘amuk’ utk menda gini ..

Jangankan wallpaper , hp , laptop pon semua dia dah kerjakan .. Sementara nak ada akal .. Kena sabar skit .. kan ?

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Berhantukah di sini ?

 

Photo: Kawasan ni kerap sungguh kemalangan ..  Tiada kamera AES di sini ..

Aku tergerak hati .. Pasang video di dalam kereta aku dan halakan ke jalan raya. Banyak kesalahan jalan raya yang aku dapat rakamkan .. Dan inilah kebanyakkan punca punca kemalangan ..

Dan , seperti yang aku jangkakan .. ada berlaku kemalangan jalanraya di Putrajaya pada waktu petang terutama selepas hujan. Jalan yang 3 lorong ni cukup popular kerana kekerapan kemalangan di sini !

Menariknya , bukan kereta berlanggar dengan kereta tetapi tiang lampu atau pokok yang selalunya jadi mangsa ! Kenapa ?? Aku pon tak tau laaa .. Walhal jalan ni cukup punya relaks je . Tetapi kenapa kerap berlaku kemalangan ? Pemandu cuai ? Terleka ? Mengantuk sangat ?

Tertanya gak aku .. mana kamera AES atau papan tanda amaran di sini seperti di jalan ni ..

Kan bagus letak tanda amaran gini dari pacak kamera AES tu !! Sememangnya pemandu akan perlahankan kereta depan kamera pastu confirm akan pecut semula ! Jadi , untuk apa kamera tu ??

Kalau kat trafik light , hanya akan tangkap mereka yg langgar lampu merah .. Bagi yang mampu bayar , bayar la.. Tapi apakah itu akan mencegah kemalangan ? Aku tak rasa langsung ! Sekadar menambah beban dan hutang jer !

Berbalik pada jalan ni , tak perlulah pasang kamera sebaliknya papan tanda amaran jer .. Letak gambar tengkorak tu pon dah cukup mengerikan !

Hurm.. ‘keras’ ke jalan ni ?

Belum tiba untuk keluar dari rumah !

 

Berita yang sangat menyayatkan hati. Aku terkaku bila baca tajuk. Aku tak nak salahkan sapa sapa dalam hal ni. Biarlah ianya satu pengajaran untuk aku .. Satu peringatan , pastikan Qhaliff berada dalam rumah , pintu perlu dikunci sebelum hidupkan kereta !!

Aku tak nafikan Qhaliff pon mudah terlepas bila pagar ni dibuka untuk menjemur baju atau gi buang sampah ! Cepat saja dia ikut keluar ! Hurmmm..

Pintu , kena senantiasa berkunci !

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

AES - Mencegah atau Menganiaya pengguna jalanraya ?

 

Terdengar di berita television semalam .. Perghhhh .. Berasap jer !! Kenapa ? Sebab aku ada 3 saman AES ke ? Takde maknanya ! Yang PDRM pon aku bayar .. Yelah , kalau dah terang terang buat salah tu , byr je la ..

Menurut orang yang bercakap di dalam tv tu , selepas ni jumlah saman dikenakan antara RM150 – RM300 , berdasarkan kesalah yang dilakukan .. tapi kalau tak bayar dalam tempoh tertentu , jumlahnya akan meningkat .. cam RM150 ke RM200 dan RM300  dalam tempoh 60 hari ! Perghhhh .. gila dasat !! Banyak sungguh duit rakyat kan ? Sesenang je buat gitu.

Ok la tu kan ? Cuma yang aku tak puashatinya ialaahhh .. penggunaan kamera tuu .. Kalau ada orang yang jaga kamera tu cam polis trafik atau penguatkuasa , tak pe la.. ni sekadar kamera gitu jer .. Kalau kamera tu rosak atau ada masalah teknikal , camana ? Gambar dah diambil .. takkan diorang nak kensel lak gambar tu kan ? Haaa .. Pikir positif ? Mereka batalkan ? Hehehe.. Yolahhh tuu ..

Haa.. ada yang orang JPJ jaga .. tapi dia letak je kat situ pastu dia buat apa pon tak tau laa.. Tak macam polis trafik buat kerja ! Polis trafik , dia mengadap kamera tuuu dan tangkap bila ada kenderaan disyaki laju ! Cam tu , aku setuju la sangatt !

Satu lagi .. tempat yang diorang pacak kamera tu , sangatlah mengarut ! Janganlah kata diorang buat kajian .. Gi tengok kat Putrajaya tu je dah tauuu .. Ada ke letak kat selekoh ? Kat tempat kerap berlakunya kemalangan , takde la pulak ! Serius laaa aku pelik dan tak puashati !

Aku ada 3 saman sekitar Putrajaya jer !! Gila tak ? Bawak laju mana sangat dalam Putrajaya ?? Dan menariknya pemandu yang memandu ikut suka tekak ( kurang ajar ) , camana pulak ? Sapa pantau ? Aes cuma tangkap laju dan langgar lampu isyarat .. Yang suka potong queue , tak bagi signal bila celah dan sebagainya , camana pulak ? Bukankah itu semua punca kemalangan ???

Sebelum AES dikaji hari tu , rasanya lebih 500 ribu saman dikeluarkan ! Dan skang wajib kena bayar .. kalau tak , naik mahkamah .. Heee.. Kenapa eh tak sangkut dengan road tax seperti sebelum2 ini ?? Haaaa… tertanya gakk ek ?

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Ismail Ahmad berkata, kadar baharu itu hanya berkuat kuasa bagi saman dikeluarkan selepas 18 Sept lalu manakala saman sebelum tarikh itu masih menggunakan kadar lama iaitu RM300.

Beliau berkata kadar baharu tersebut berasaskan 'Lagi Lewat Dibayar, Lagi Banyak Perlu Dibayar", sebagai contoh saman RM150 bagi kesalahan melebihi had laju dan tidak mematuhi lampu isyarat akan meningkat kepada RM200 jika tidak dibayar dalam tempoh 14 hari dan RM300 jika tidak dibayar dalam tempoh 60 hari.

Tempoh 14 hari itu bermula hari ini, katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Ismail menegaskan jika saman itu tidak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya tiga bulan, akan dihadapkan ke mahkamah.

Selain itu, Ismail berkata, bermula Januari 2014, mereka yang dikenakan saman AES akan turut dikenakan mata demerit mengikut jenis kesalahan berdasarkan sistem Keselamatan Jalan Raya atau Kejara.” – Sinar Harian.

Entahlahh … Aku rasa , 10 peratus rakyat Malaysia yang alami masalah psikologi , adalah berpunca dari menda menda gini laa.. Dengan petrol naik , harga barang naik .. dan ramai naik gila !

Minyak pengasih atau minyak guna guna ?

 

Tadaaa.. Apakah benar ini minyak pengasih ? Atau juga minyak guna guna ? Erk , ke minyak dagu ?? Perghhhh .. gileeer aihhhh ..

Semalam , aku ada up pasal minyak yang dalam gambar ni . Minyak ni , mak aku buatkan .. Untuk sapa ? Heheheheh .. Untuk cucu-cucu diaaa !!

Tujuan ? Nak kasi lebat rambut daaaaa .. hehehee.. Memasing rambut hidup segan mati tak mahu jer.. Bila pakai minyak ni , ada la jugak perubahan.. hehehe …

Camana nak buat minyak ni ?? Tu kena rujuk entri lama aku .. Baca je kat :

Petua lebatkan rambut bayi .. 

Minyak buah keras untuk lebatkan rambut !

Heeehhehe… Rambut Qhaliff pon bubuh ni .. Ada bau skit je .. tapi lembut woooo …

Published with Blogger-droid v2.0.10

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI