Sabtu, 12 Oktober 2013

Bila isteri ajak ke ARIANI !

 

ARIANI .. Sapa tak kenal ?? Awek lama aku pon nama ARIANI ! Haaa.. confirm wife aku tak ajak gi ARINI dah pasni ! Jimat jimat .. Guna je tudung RM10 kat Jalan TAR tuuu .. hehehe ..

Aku setuju ke sini sbb dia dah lama nak beli tudung baru lebih lebih lagi yang labuh tu.. Katanya kain serta buatannya sangatlah menepati seleranya. Harganya pon tak la mahal mana macam jenama satu lagi tuuuu haaa.. Bisa meleleh air liur gue mendengarnya !

Dan , memandangkan Aidiladha pon dah nak menjelang .. serta dia pun dok mengandung anak ke dua aku , apa salahnya belanja isteri sendiri kan ? Dari belanja awek yang belum tentu jadi isteri . Haaaa !!

Sampai kat ARIANI Bangi , orang dalam tu .. mmg penuh laaa.. Aku yang dok dukung Qhaliff ni , tak tau nak berdiri kat mana.. Last last keluar dan masuk ke dalam kereta . Layan muncung dengan Qhaliff je dalam kereta ..

Pelik benar la dengan orang perempuan ni. Asal dengar ada SALE , perghh.. serupa nak pergi berperang ! Kalau bukak kul 3 pagi pon sanggup gi gak , aku rasa ! Kalau letak hantu 4 beranak depan pintu pon , aku rasa diorang confirm redah kasi pecah punya laahhh ! Kan kan ?

Tapi yang ni ok lagi berbanding satu lagi punya ! Perghh.. Dengarnya siap ada berkhemah depan kedai tuuuu !! Semata mata beli tudung ! Perghh.. Respek tul laa..  Tapi diorang beli , pastu jual balik dengan harga berganda .. Berbaloi gitu ! Hahaha .. bisnis oh bisnis ..

Orang perempuan ni , pelik .. Disebabkan kepelikkan mereka itulah lelaki suka ! Ini bermakna , lelaki lagi memelikkan , kan ? Hurmm .. nasib baik aku bukan lelaki ..

 

 

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Semakin kehilangankah ?

 

Alamanda .. Hehehe .. Lama dah nak datang. Rasanya dalam dua minggu ni , takde gi kot .. Hehe.. Rindu woo.. Membesar kat sini aku .. hehe .. Ops , Qhaliff ! Hahaha.. Dia yang membesar kat Alamanda ni .. Dari tak reti berjalan hinggalah boleh berlari lari anak gitu , dia di Alamanda !

Ok .. ceritanya gini .. Isunya tak la besar mana tapi sebenarnya , jika dipandang pada satu sudut .. ianya mmg memalukan .. hurmmm.. Serius , semakin lama semakin kita abaikannya ! Kenapa ? Sbb kita berada di dunia yang GUA , GUA PUNYA .. LU , LU PUNYA !!

Selepas aku amik tiket parking di pintu masuk tempat letak kereta , kereta yang dipandu aku terhenti seminit dua untuk memberikan laluan pada pemandu kereta mewah , meletakkan keretanya di tempat kebetulan kosong itu. Faham tak ni ?? Aku rasa cam ayat berbelit je ni.. heheh ..

Dua kali dia cuba untuk parkingkan kereta mewah berjenama Merc tuu .. Kelihatan pemandunya.. Lelaki berusia .. Berbangsa cina .. Dia pandang aku dan mengangkat tangan.. Berkali kali.. Terus sejuk hati aku. Tunggu je laa .. Bukan nak kejar Neelofa pon dalam Alamanda tuu .. heeee ..

Selepas dia berjaya parkingkan keretanya , aku gerakkan kereta aku .. Tak sampai 10 meter , aku sekali berhentikan kereta kerana ada sekeluarga nak melintas jalan. Bermula dari anak perempuannya yang dah besar panjang diikuti maknya dan cucu cucunya..

Aku pandang je sorang sorang .. Menariknya , selepas mereka berjaya melintas jalan , sorang pon tak angkat tangan pada aku. Jauh sekali nak senyum !! Amboiii .. Bangsa aku nii ! Kata kaya dengan budi bahasa ??? Apa dah jadi nii ?? Takkan terlupa kot ? Bukan budak kecik yang baru gi sekolah tadika ?? Ni dah beranak pinak ni ??

Aku bukanlah dambakan kasih sayang dari mereka .. Tapi malulahhh .. Apa susah sangat nak ucapkan terima kasih ? Bukan suruh bagi kupon tengok wayang KL MENJERUT kat aku pon !! Aiyooo ..

Hurm.. Sebelum tu .. Di Masjid Besi , Putrajaya .. Selepas solat Asar , aku bawak Qhaliff bersantai kat atas kejap sementara tunggu wife solat .. Dan kelihatan ramai orang sedang menantikan sesuatu. Aku rasa ada majlis akad nikad VVIP .. Yelah , ramai sedondon jer..

Sedang Qhaliff dok berlari , tiba tiba dia berhenti berlari sbb ada sorang lelaki segak berbaju melayu berjalan depan dia. Dan aku pandang lelaki tu. Lelaki tu , pandang Qhaliff.. senyum tidak , jauh sekali nak usap kepala ! Hahaha.. Kalau aku , sentuh skit .. supaya budak ilang rasa terkejutnya sbb terkejut ada raksasa depan dia !

Aku gelengkan kepala jer.. Harap segak bergaya je tapi hampeh ! Tu la orang zaman ni kata .. Jangan menilai seseorang melalui pemakaian dan hartanya .. Hurm..

Sesak nafas gue !!

 

Dugaannnn.. Qhaliff amik Nokia Lumoa 925 aku tuuuu .. dia campak ke lantai !! Aku tak mampu buat apa apa!! Kemudian , dia ambil semula dan campak sekali lagi !!! Aku tetap tak mampu buat apa apa kerana sedang solat Maghrib !!

Arghhhhhhhhhh !!!!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Kenapa aku tak balik Kelantan raya ni ?

 

Yang pertama .. sebab wife masih dok muntah muntah lagi..

Yang kedua , sebab mamat kat bawah ni , serupa spiderman dah ! Melekappppp kat mak dia ! Tamo dah gi kat orang lain kalau mak dia ada .. Pastu asyik nak menyusu jerrrr ! Kalau menyusu je , tak pe la.. Tuuuu ..gigi dia tuuuuu .. Menjerit mak diaaa wooo !

Aku mampu sengih je la..

Tak pe la.. nanti pantang kat Kelantan gak .. Aku je la kena ulang alik cam dulu.. Tiap minggu balik Kelantan. Sampai nak naik muntah tengok hentian Putra tu haaa .. huhu ..

Buat rakan rakan yang dah balik kampung tu , semoga manfaatkan segala saat bersama keluarga tercinta. Jangan dok abiskan masa dengan handphone tu.. Simpan , lepak dengan orang tua..

Rindu nak makan daging korban kat Kelantan.. Macam macam masakan ada woooo .. Patut orang kata , Kelantan meriah time raya haji.. hehehe.. Daging sajaaa juadahnyaa.. heee …

 

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI