Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 15 Oktober 2013

Tips nak jadi pemain bolasepak yang berjaya !

 

Cuba duluuu..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tips lelaki nak ramai follower perempuan !!

Cuba guna pakai tips ni terutama bila bersukan dan anda berjaya melakukan kejayaan !!

Confirm !! Samada diorg akan bersorak menyokong  atau muntah darah di situ juga.. Bergantung pada kekiutan muncung anda juga..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tak capai matlamat ‘KORBAN’ ..

 

Alhamdulillah .. Best raya ? Hehehe .. Kalau aku kat Kelantan skg , confirm aku pengsan kekenyangan akibat terlebih makan daging.. hehehe .. Darah tinggi ? Er , macam takde dah jee.. huhu .. Pelik ? Magic ? Atau aku yang tak check ? Part tak check tu yang aku tak buat memandangkan takde rasa sakit kepala seperti sblm sblm ni .. hee ..

Selepas solat sunat AidilAdha , aku ajak keluarga aku pergi beraya ke rumah keluarga angkat aku .. Aku membesar dengan diorang laa.. Anak-anaknya semua kawan sepermainan .. Ayahnya , bekas AJK Masjid. Sekarang ni tak jadi dah sbb kakinya dah dipotong akibat kencing manis. Sukar dan bergerak ..

Antara topik yang dibuka ialah mengenai haiwan korban .. Apa yang aku nampak hari ini , disetiap kediaman ( flat / apartment ) dah standby lembu untuk dikorbankan .. Hurmm … Contohnya , di flat ni sediakan 2 ekor.. Flat sebelah 2 ekor .. Kenapa tak digabungkan atau diletakkan saja di masjid dan kemudiannya di bahagikan pada orang yang benar benar layak dapat ?

Hurmm… Menurut ayah angkat aku tu , ‘perangai’ yg tak bagus dibuat oleh ‘mereka’ yang terlupa ALLAH MAHA MELIHAT , ialah memilih bahagian yang mereka nak dan dibawa pulang !! Apa dah jadi ?

Berbeza zaman aku kecil dulu la.. Semua lembu dikumpulkan dan masjid penuh sesak dgn orang yang inginkan daging korban. Mereka datang bersama kupon kupon mereka dapat .. Yang benar2 layak ! Hurmm .. Sekarang ni , makin ramai layak walaupun berkereta mewah !

Aku malas nak kata lebih .. nanti ada pulak yg terasa .. Cuma , kita kena belajar balik la bab bab gini terutamanya bab amanah .. Segalanya akan disoal semula di akhirat ..

Wallahualam ..

Photo

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI