Khamis, 17 Oktober 2013

Gara-gara hantu di tengah malam !

 

Tepat 2 pagi ! Time ni la yang aku tunggu tunggu setelah seharian aku menunggunya ! Apa nak buat , dah begitu caranya . Nak tak nak , kena ikut je la..

Aku pasang satu demi satu .. Semua tak menarik .. Dan terpandang sesuatu yang menarik minat aku .. Artis yang pernah aku suka lagunya .. Arwah dah.. Al-Fatihah .. Videonya aku pasang .. Sereeemm koooo ..

Tak sempat abis , aku hentikan dan layan video lain. Layan kuliah agama lagi bagus. Dalam sedap sedap layan , mata ni semakin layu. Biasalah , syaitan ! Bab kebaikan terus layu.. Yang tak elok , segar la pulak .. Haishhh ..

Aku masuk bilik .. Tidur sebelah Qhaliff.. Tiba-tiba Qhaliff letakkan kakinya di atas kaki aku ! Amboiiii .. Lawan bos nampak ??? Hurmm.. biar je la.. kang angkat , jaga pulak dia.. Tak pasal pasal kena layan dia .. aku jadi raksasa dan dia , Ultraman.. boleh ?

Dalam sedap sedap tidur , aku terasa sesuatu yang pelik .. Aku seolah sedang bertempur dengan jembalang ! Makin lama makin hebat ! Akhirnya , aku laungkan azan sekuat hati !

Dan ….

“ Abanggg… bangunlaaahhh .. Lama dah azan subuh !! Iskh.. Tengok tuu.. Qhaliff dok tengok ! “ ..

Aku tersedar .. Terus naik ke bilik atas .. Amik wuduk dan solat subuh. Malu dehhh … Qhaliff tengok je bapak dia ngingau !

Bila Qhaliff tidur ..

 

Sian dia .. Tidur lagi dia . Pagi tadi , dia tidur jam 10 lebih hingga 11 lebih.. Pastu bawak dia g main air dalam bilik air .. Saja senaman sedikit dan ransang otak dia tu .. Tak la beku je..

Dari hari Isnin hinggalah hari Jumaat , tugas beginilah. Membesarkan anak dan menjaganya. Berusaha mendidik agar jadi manusia berakal dan berguna. Aku tak harapkan dia jadi genius atau bijak pandai .. Memadai dia tau gunakan akalnya ke arah kebaikan dan diredhai Allah ..

Bila dia dah tidur , barulah aku boleh bergerak sedikit. Kalau tak , kena ikut dia je. Kena perhatikan apa dia nak buat. Maklumlah , kalau boleh Livina kat luar tu pun dia nak try telan !

Ngantuk sangat tapi tak leh nak lelapkan mata sbb ada banyak kerja nak diuruskan. Walaupun wife balik kul 5 lebih , tak bermakna tugasan aku tamat ! Aku tetap kena buat kerja kerja terutama jaga Qhaliff sbb wife pregnant .. Tak leh wat keje berat sangat ..  Masa untuk bersiar siar kat luar ..

Namun begitu , kepala aku tetap ligat untuk cari idea bagi update blog. Sapa kata dah popular , senang ?? Perghh.. makin susah ada la.. Nak bersaing dengan rakan rakan yg baru naik apatah lagi mereka lebih fresh idea dan penceritaannya. Haa.. Kalau malas , maka .. aku kena keje makan gaji laa jwbnya ..

Lena dia tidur .. Aku nak amik gambar dia pon rasa malas sbb aku mengantuk sangatt.. Tidur jam 3 pagi.. baru jam 6 pagi .. Pastu , kul 3 pagi baru tidur ! Boleh krem otak wooo ..

Nasib baik sabtu ni aku outstation .. lega skit .. tapi confirm akan rindukan Qhaliff !! Hurmmm..

Tamo dah Upin Ipin mahupun Ultraman !!

 

Photo

Aku tengok dia dah mula meniru … Bermakna dia dah mula nak belajar .. Maka , bermula hari ini , aku cabut wayar penyambung Astro ke tv dan sambung ke video player ..

Pasang vcd Alif Ba Ta dan ABC berulang kali .. Nak tgk apa dia nak buat .. Hurm… Dia tengok dan mula ikut skit skit .

Pastu makan time pulak .. Aku duduk atas kerusi meja makan .. Tiba-tiba dia gi tarik salah satu kerusi yang diperbuat dari kayu keras dan berat ! Dia tarik sampai berada di sebelah aku lalu dia panjat .. Dia nak makan sekali dengan aku .. tapi aku suap laa ! Maka, sebungkus nasi lemak kongsi duaa !!!

Abis kat dia , sebungkus !!  huhu… Bersungguh dia makan sampai nak gi air dia pun siap pandang aku .. takut aku abiskan nasi lemak tu !  Berat laa skang.. berebut makan aihh ..

Bila Aidiladha menjelma !

 

Konfirm orang KL bermasalah nak cari kedai makan ! Hahahah , kan ? Berlambak laaa kedai kedai makan awe siam atau kelantan tutup berhari hari .. Time tu , baru tau laaa langit tinggi rendah eh ? Baru laaa meraban cari kedai mamak .. Masa ni , mereka yang dok berkira kira selama ni ,  tak kira dah ‘bulu lengan ke , peluh ke’ .. janji dapat makan .. hehehe .. Bukan semua kedai gitu yer .. Ada je kedai bersih ! Jawapan selamat .

Aku dan keluarga aku pon gitu gak. Wife teringin nak makan ikan berapa banyak rasa kat kedai siam / kelantan .. Mencari laa kat Salak Tinggi ni haa. Hampeehh .. semua kedai tutup !

Akhirnya , ke Nilai dan makan KFC je kat situ .. Apa nak buat kan ? Aku lagi suka sebenarnya makan ayam KFC ni .. hehe.. Rupanya, ramai jugak dalam ni termasuk di Pizza Hut.. Kedai kedai makan sekitar Nilai , masih lagi tutup . Patut la..

Hurmm.. Ada dua insiden yang bikin spoil ! Nasib baik berjaya pujuk hati. Wife aku minta tolong salah seorang krew KFC amikkan kerusi baby memandangkan wife tak boleh angkat menda berat (ngandung ) dan aku pulak dukung Qhaliff ..

Tau apa respon dia bila mintak tolong tu ? Takde apa apa respon ! Dia wat bodoh jer ! Adehh.. Aku pandang atas bawak budak tu. Dan bagitau wife , tak pe la.. Jangan marah dia .. Dah mmg gitu perangai dia ..

Aku tau satu lagi , di KFC ni ..mmg layan diri tapi janganlah kejam sangat sampai tahap gitu sekali ! Pandang pandang la skit ! Kalau penat sekali pon , anggap je la tu tugas atau kerja awak .. Kalau tak larat , gi berehat sat.. Jangan bawak mood buruk tu depan pelanggan. Tak comey !

Lepas selesai makan , aku bawak Qhaliff ke tempat cuci tangan untuk bersihkan mulut dia yang comot tu. Sebelum tu aku perasan ada satu keluarga masuk ke dalam KFC dan terus ke tandas. Bukan pelanggan la tu.

Nak dijadikan cerita , bila aku sampai ke sinki tu , lelaki yang aku percaya ketua keluarga ni dok queue gak sejurus keluar dari tandas. Bayangkan yer , aku dukung Qhaliff dan nak cuci mulut manakala dia bukan pelanggan masuk guna tandas , berebut nak guna sinki tu !! Apa punya… Takde akal ke apa ? Takkan tak nampak aku dok dukung budak ??

Tu pasal aku kata .. hurmm kang kata lebih lebih kanggg .. Haaa .. Geram betul aku . Nak je sound tapi malas nak panjang cerita. Masalah yang sedia ada pon tak settle lagi , nak tambah dengan masalah remeh gini ..

Korang dan aku .. harap harap pandang pandang la  kiri kanan skit yer ..

Bila Qhaliff bergossip !

 

Nanti bila warisi blog ni , jangan pulak bergossip artis ! Tak berbaloi aihhh … Banyak menda lagi nak cerita ! Yang pasti ,jangan cerita pasal bapak hang dah la noo.. Lagi tak berbaloiii !!

Photo

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI