Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 27 Oktober 2013

Seksikah begini ??

 

Aku ingat nak letak keratan gambar serta artikalnya dengan ayat “ Seksikah begini ? “ , yg dipetik dalam akhbar tabloid negara kita . Hurmm.. Tak yah la.. Kang jadi bahan umpat , aku gak dapat dosa .. huhu .. Tamo tamo ..

Dari aku letak gambar dia yang seksi tak bertempat tu , baik letak gambar anak aku yang jauh seksi dari dia .. Menghairahkan ? Kalau menghairahkan , aku syorkan gi check doktor pakar mental .. Sah sah ada penyakit kronik yang pastinya bukan berpunca dari gula mahupun rasuah !!

 

“ Seksikan aiiiii .. “

 

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Jumpa akhirnya ..

 

Aku suka sandal gini . Getah dan tutup di hadapannya.Selamat skit. Satu lagi bila hujan , berlari  ..sandal gini biasanya melekap skit pada lantai. Lama dah akucari .. Kat Bata biasa jual .Tapi bila cari , tak de pulak ..

Dan semalam , gi Alamanda .. jumpa dekat AEON.. Baru RM10 ! Terus amik dua. Satu guna dlm umah dan satu lagi luar umah.. heheeh.. Jimat dah beratus ratus ringgit !!

Aku punya dua pasang .. Satu pakai dalam rumah.. Satu lagi , luar.. Wife amik satu .. heee.. Ok la , selesa gak ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Meja berselerak tanda lebih kreatif ?

 

Bila ternampak artikal ni , aku tersengih .. Tahukah anda bahawa meja aku di pejabat satu tika dulu , kalau letak gajah kat situ pon confirm sesat tak jumpa jalan keluar ! Haaaa ..

Bayangkan laa betapa seleraknya ! Aku akan kemas di penghujung minggu jer .. Hehehhe.. Aku tak kasi sapa sapa kemaskan pon .. huhu.. Bukan apa , bila sampai opis keesokkan harinya , aku tahu dah mana nak sambung .. Kalau bersih dan kemas , mood nak buat kerja , takde wooo ! Rasa malas jeer ..

Photo: Benarkah ?

Aku ingatkan , aku sorang atau segelintir je berperangai gini.. Kiranya berperangai ‘buruk’ gini laa.. Tapi bila aku up di page SANTAI BEN ASHAARI , tu diaaaa .. ramai rupanyaa ..

Antara alasan mereka :

  1. He3 mja teman pun sama... rasa lbih selesa mja cmtu dr kmas....
  2. sb yg teratur tu, fikirannya skema kot... yg berselerak tu, minda nya mungkin bebas menerawang... hehe
  3. yg berterabur tu dia akan cuba dapat idea dengan cara lain... mcm think outside the box.... mungkin mereka tak cemerlang dalam pelajaran tapi mereka bijak dlm pekerjaan
  4. Lagi selerak lagi bnyak idea dtg
  5. Betul.. Sy suka kemas meja dan peralatan jahit, bila dah kemas dah malas nak berkretif.. Sbb sygkan tmpt kemas td brsepah semula.. So production pun kurang
  6. adakalanya memang berselerak..tapi takleh tahan ..kena kemas juga..sebab nak lapangkan fikiran..dapat idea ..selerak balik..hahah..
  7. Benar kot.. meje sye pon sy dah selerakkan.. bukan setakat meje... rumah... bilik.. bilik air...dalam kete... semua saya dah selerakkan... terase gak yg diriku ini sgt kreatif.... hahahahah
  8. Hihii betul2.. meja saya kalau time kerja mesti berselerak.. yg hairan tu dlmm keadaan camtu saya boleh siap buat origami, melukis, take note apa2 yg penting. Lepas tu time nak cari apa2 dokumen, kalau suruh orang lain cari mesti tak jumpa.. kalau saya cari sendiri mmg cepat jumpa.. ehee
  9. dulu kt tmpt keje lama saya adela sorang staff ni.meja dia mmg selerak.sampai manager sound.soh kemas.sy tgk dia ni mmg kreatif.rajin.tapi dia pny terlebih kreatif ngan trlebih rajin sampaikan duit company pun dia sapu.kahkahkahhh camante tu?payah gak kan kalo over kreatif nih.seb baik boss kesian x buat report.
  10. Meja selerak tanda byk keje... Tp klau byk keje meja kemas lg bgus la kn.. Sy dulu kne tegur sbb meja kemas (mcm x de / x byk keje katenye).. Skrg meja bselerak pn kne tegur (dah byk keje kn)... Kemas slh... Selerak pn slh... Hurmmm...
  11. Dulu prof bgtau perbezaan student marketing ngan accounting...tbukti majority student mktg lebih suka keadaan yg bselerak sb dieorg kena kretippp and student acc. Lebih tsusun...haha..kejadian benar saya selalu naik hangin kalau cari barang sendiri dlm keadaan tersusun rapi..jarang jumpe...hahahaha.

Haaa .. kan ? Ramai je kan ? Hehehehe … Tu pon ada yang aku tak copy lagi tuuu .. Ni copy( kopi ) tanpa gula yer .. hehehe .. Gula mahal dah ! Heeee …

Bila Qhaliff bagi buku ..

 

Ke hulu ke hilir laaa dia usung buku tuu . Aku pon tak tau buku apa. Dia amik kat rak buku.. Abis dia sepahkan segala buku yang dah tersusun rapi kat situ ..

Aku , tengah sedap makan mee goreng kambing. Dia datang kat aku dan berkata ..

“ Naahhhh .. bukuuu.. “..

Aku ajar dah dia sebut ‘buku’ dan dia ikut.. heeee… Alhamdulillah.

Aku ambil buku tu dan letak sebelah aku. Aku teruskan makan .. hehehe..

Aku sempat jeling kat buku tu .. Hurmmm .. Hurmm… Aku pegang dan kalihkan ke belakang untuk lihat tajuknya ..

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh !!!! Daddy insaff !! Yelaahhh .. nanti daddy bacaaaa .. huhuuu …

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI