Khamis, 31 Oktober 2013

Gara-gara Astro Oasis nak interview !!

 

Photo

Sebenarnya aku tak terfikir pon nak deco rumah aku memandangkan diorang nak datang interview jer .. Tapi bila wife aku suruh tengok betul betul keadaan rumah yang mana carpet pon dah diantar cuci dan selebihnya seperti kapal Titanic baru je singgah lalu hall aku ni .. maka .. Aku ajak dia gi Nilai 3 !

Tentulaaahhh dia suka sbb dah bertahun dia ajak aku gi sana.. Aku tak suka gi sana ! Seriusss !! Aku tak suka sbb kalau gi , confirm duit abis banyak ! Aku suka deco deco decooo tapi $$ je tarakkkk !

Kata dah .. aku yang beria dari dia .. Ikutkan semua aku nak beli tapi kena ikut duit yang ada dalam bank gak.. hehehe .. mampu beli satu je.. hahahaha .. Kena beringat skit .. nak simpan duit gi umrah .. huhu .. InshaAllah ..

Esok , confirm tensen ! Kena bersihkan rumah.. mop , mop dan mop.. Pastu Qhaliff amik tugas selanjutnya iaitu sepahkan ! Arghhhhh…

Published with Blogger-droid v2.0.10

Ibu balik ! Ibu balik !!

 

Sedang dok leka bermain , aku kata kt dia ...

"Qhaliff ..  tuu .. ibu balik dahhh.. "..

Aku sekarang ckp ngan dia tanpa isyarat tangan tp gunakan mata utk menunjukjan arah ..

Dia bingkas bangun dan berlari ke pintu ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Jual dadah melalui makanan ???

Tana Pedas !! Hahahahha... Ok , ni bukan kes dadah membawa maut yer.. Ini kes tak belajar di dlm negara .. Dia bljr di negara dia sendiri .. Aku tak tau la ini bangla ke , nepal ke atau dr mana dia dtg ..tp yg pasti ianya mengelikan hati sesiapa saja yg membacanya ..

Tapi kan , rasanya bukan org luar je slalu ckp tak betul .. org kita sendiri pon byk gitu .. Malah siap jadi menteri lg !! Tp ckp BM , hancurrr ! Camana tu??

Published with Blogger-droid v2.0.10

Ku tolak tawaran RM1 ribu kerana ..

 

Bukan tak pernah dapat tawaran lumayan gini untuk buat review tapi kali ni lain skit .. Tawaran ni dilakukan oleh syarikat yg mana produknya menjadi buah mulut orang ramai yang pernah menggunakannya ..

Aku sebenarnya lebih suka melalui dengan pengalaman sendiri berbanding dengar dari mulut orang lain walaupun ada kebenarannya ! Utk kes begini , aku pernah ada kawan juga yang pergi dapatkan rawatan. Memang gile mahal laaa tapi tak berkesan ? Kenapa ? Sebabnya takde disiplin ! Salah sendiri !! Bila amik lalui rawatan begini , kita perlu ikut nasihatna 100% . Bila disuruh berpantang dan jaga pemakanan , ikutlah. Disuruh berenti merokok , berentilah. Suruh kurangkan makan garam , buatlah tapi ni tidak ! Camana nak berkesan ? Bila tak berkesan , mulalah !

Tapi isunya bukan tu jer .. Ada yang kata kaunselor mereka memaksa beli ubat ubatan yang mahal harganya. Dipaksa bersungguh sungguh.. Benar , aku sendiri tengok camana member aku tu kena .. Tapi lama dahhhh tuuu . Aku ingatkan dah berubah cara bisnis tapi tidak !

Maka setelah fikir masak masak dan berbincang dengan teman seperjuangan maka kami berpakat untuk menolaknya. Bukan apa , risau nanti ada kawan terpengaruh dengan cerita kitorang. Tak ke kesian ? Lainlah dia tu mmg kaya raya.. hehe..

Jadi , wang bukanlah persoalannya walaupun aku memerlukan wang tetapi ‘kejujuran lebih bernilai dari kekayaan.. ‘ . Camana aku nak bercerita andai kita tau hakikat sebenarnya ?

Hurmm..

Sejurus bangun tidur ..

 

Tidur awal semalam dia .. Dalam kul 10 lebih gitu.. Ngantuk sangat sebab petang tak tidur lama .. Hurmm ..

Bangun bangun tidur je , terus gi dapur cari mak dia .. Pastu ke meja makan.. dia panjat kerusi tu ala ala Upin Ipin punya style .. duduk dan tunggu makanan !!

“Nak makan .. nak makannn .. Laparr .. Laparr !! “

Dapat la telur rebus sebijik untuk pagi ni .. heee ..

 

 

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Rahsia Minda Anak Cergas

 

-iklan-

 

clip_image002

 

Produk minda JuzQ30 terdiri daripada bahan-bahan terbaik dan disebut dalam al-Quran iaitu madu, kurma, habatussauda, delima, gam Arab (manna), zaitun, zaffaran dan telah diadunkan bersama dengan bahan-bahan yang terbukti secara saintifik bagus untuk otak seperti gingko biloba, badam, pegaga, zaktar dan kismis yang bermutu tinggi dan ianya dipercayai dan diyakini dapat meningkatkan Aras Kecerdasan Minda (IQ).

Produk ini juga menggunakan air zamzam yang telah digunakan untuk membasuh Zaffaran yang telah dijadikan dakwat untuk menulis 6,236 huruf al-Quran. Ia difomulasikan oleh Dr. Hj. Tengku Asmadi Bin Tengku Mohamad.

Harga ialah RM80 sekotak yang mengandungi 15 sacet. Terdapat 20ml dalam setiap sacet. Caranya amat mudah. Hanya perlu koyakkan sacet, baca doa dan terus minum. Minum satu (1) kali sehari. Sebaiknya diambil ketika perut kosong terutamanya sebelum tidur agar nutrisi dan zat jus ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya ketika tidur.

InsyaAllah, antara kesan pengambilan JuzQ30 yang berterusan ialah:

* Menyuburkan sel-sel otak.

* Meningkatkan daya fokus dan tumpuan.

* Menstabilkan frekuensi minda.

* Memberikan ketenangan dan

* Meningkatkan keupayaan mengawal emosi.

* Terang hati dan mudah faham.

* Melembutkan hati yang degil.

* Cepat ingat dan pantas berfikir.

* Meningkatkan semangat belajar.

* Memudahkan hafalan.

* Membantu melancarkan perjalanan darah.

JuzQ30 ini boleh diambil pada semua peringkat usia, lelaki atau wanita yang mementingkan kesihatan dalaman badan dan minda. Ia adalah pemakanan dan bukannya ubat-ubatan. Malah ia sangat baik kepada ibu-ibu mengandung kerana bayi sedang membesar dan sel-sel otaknya sedang terbina. InsyaAllah bayi anda lahir sebagai seorang yang GENIUS.

Untuk mendapatkan produk JuzQ30, boleh call/sms/whatsapp Pn Azizah 019-7294000. Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan melayari laman web di ,

http://www.rahsiaanakpandai.com/hop.php?ref=admin atau www.facebook.com/azizah.ali.1977

P/S : PROMOSI untuk pembelian melebihi 2 kotak. Dapatkannya sekarang.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI