Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 5 November 2013

Tiba-tiba ' Ya Hanana '

 

Ok , part aku diinterview dah selesai .. Sekarang babak ‘berlakon’ .. hahahha … Part ni aku dah tau dah kena buat cuma tak sangka  je la kena wat gini.. Ingatkan kena sidai n basuh pinggan lagi .. Hahaha..

Bila producer kata dia nak babak aku buat aktiviti harian dengan Qhaliff , aku gi amik Qhaliff dalam bilik .. Dok bizi layan video .. Bila aku amik , aku tengok video klip Ya Hanana sedang terpasang ..

“ Amboi.. Lepak ngan ibu , layan Ya Hanana .. Ngan daddy , Ultraman ! Huh !! “..

Producer kata .. Action .. Aku pon pasang laaa Ya Hanana .. Qhaliff pon goyang goyang la badan dia skit skit sambil mata dok jeling kat kamera ! Huh ..

Selesai sudah rakaman .. Dalam kereta otw nak gi makan , wife tergelak ! Aku tanya kenapa ? Dia jawab .. Sejak bila layan Ya Hanana ?? 

Lorr… Aku kata lama dah .. Qhaliff dok layan ngan sepupu dia. Dan ingatkan masa dalam bilik tu , mmg dok layan video klip tu.. Jadi aku pasang je la yang tu.. Tapi katanya , dalam bilik .. dia dok layan Ultraman !! Hahaha .. Ah sudah … Dia kata aku nak cover lineee pasang Ya Hanana .. Hahaha .. Adehhh !! Takde keje aku ..

Sapa pasang ??? Qhaliff ? Huhuh…

Kaabah Depan Rumah buat ku menangis !

 

Tak sempat nak tonton memula pada Aidiladha ari tu .. Semalam , ada ulangannya. Walaupun aku hanya tonton setelah 20 minit dimainkan , kesannya mula terasa selepas aku paksa diri aku menonton utk 5 minit . Ingatkan , macam teledrama yang lain lain walaupun bercorak agama tetapi boleh dibaca jalan ceritanya.

Tetapi Kaabah Depan Rumah ni berbeza sama sekali .. Itu yang buatkan aku terus melekat depan tv sehingga abis ceritanya ! Abis je cerita tu , aku sakit kepala sebab airmata tak henti henti keluar. Sejuta keinsafan datang dalam diri terutama bila bab bersedekah kerana ALLAH .. Betapa sukarnya kita nak menawan hati melakukan kerana Allah walaupun berniat begitu. Sedikit sebanyak mulut terasa nak jugak bercerita walaupun dengan isteri sendiri walhal patut didiamkan saja.. Hurmm .

 

Babak dia sedekah duit , penah terjadi pada aku. Dan ianya benar ! Sesungguhnya bersedekah bukan dikala kita berduit saja .. Ujian Allah pada kita tiap masa.. Apakah mampu kita bersedekah padahal kita sendiri memerlukan ? Hurmm ..

Ketika aku ceritakan pada isteri aku pagi tadi mengenai teledrama ni , aku sendiri sebak. Terasa airmata nak mengalir terutama part akhir tuu ..

Diharapkan teledrama begini memenuhi pawagam kita seterusnya mengubah citarasa penonton masakini .. Semoga Allah memudahkan usaha mereka !

Sepatah dua kata untuk adik adik ku ..

 

Hurm .. ikutkan , aku ni tak layak nak bagi kata kata semangat sbb aku pun bukanlah pelajar cemerlang bidang akademik di sekolah sbb aku lebih ‘gilakan’ bersukan waktu tu .. Memadai lulus dan dapat sambung belajar saja sasaran aku ..

Hurm.. tapi kalau diberi peluang sekali lagi , apakah aku akan memperbaiki kesilapan lalu ? Rasanya tidak .. Aku rasa aku tidak perlu perbaiki kesilapan kerana aku bukanlah jenis abaikan pelajaran walaupun aku bersukan . Cuma silap aku ialah cita cita aku tak bermasa depan yakni nak jadi pemain bola profesional.

Selepas abis SPM , aku try mintak keje di bank dengan tiket ‘bolasepak’ .. Tapi sayangnya disebabkan SPM tidak cemerlang , maka sukarlah aku nak dapat .. Akhirnya aku sambung belajar di kolej swasta setelah tahu apa yang aku minat .. Aku cenderung ke bidang perkomputeran. Sebenarnya aku minat pada bidang rekabentuk tetapi bakat aku lebih ke arah komputer.. hehehe ..

Maka aku sambung belajar .. Di sana , barulah nampak betapa pendidikan di zaman persekolahan amatlah penting termasuklah kegiatan kokurikulum .. Hurmm.. nasib baiklah aku ni bukan mat dungu yang tak tau apa apa .. heeee..

Pas abis belajar , aku praktikal dan seterusnya kerja sebagai pengaturcara komputer , selama beberapa tahun..Tak lama kemudian aku berhenti kerja akibat syarikat bankrupt setelah ekonomi dunia jatuh .. sekitar tahun 1999/99 tak silap aku .. Aku menganggur beberapa tahun. Sukarnya nak cari kerja ketika tu.

Akhirnya aku dapat jadi guru sandaran .. Guna sijil SPM. Dari situ aku mula bina kembali kehidupan aku dan juga mengenali dunia sebenarnya terutama selepas aku dapat kerja kontrak di Kementerian Kewangan dan Kementerian Pelancongan . Terus terang , bila berada di sektor awam amatlah mencabar mental .. Terdapat ‘batasan’ antara kakitangan dan pegawai ! Semua ini dibataskan dengan pendidikan !! Bayangkan awal awal lagi dah SPM lingkup ? Hurmm..

Ok , apa jadi bila SPM lingkup ? Apakah bererti dunia ini sudah berakhir ? Tak boleh dah hidup ? Kena keje kilang atau jaga tandas ? Tak semestinya..  Ada sorang kawan aku , SRP ( PMR ) pon 2 kali dia ambil .. Gagal !! Akhirnya dia sambung belajar ke Ikm dalam bidang mekanikal .. Dan , akhirnya dia lebih bergaji besar dari aku !!

Senang cakap .. SPM ini adalah permulaan kepada semuanya .. LULUS tak berertinya berjaya dan GAGAL tak semestinya tewas ! Ianya satu permulaan kepada kehidupan ini .. Apakah yang perlu dilakukan andai LULUS ? Atau apa nak buat bila gagal ? Jangan risau .. Apa yang perlu ialah TERUSKAN HIDUP. Setiap manusia ada keistimewaannya tersendiri ! Dan ingatlah, dalam zaman sekarang ni , air liur saja dah cukup mampu buatkan manusia kaya raya !

Adikku , apa yg kamu belajar selama ini , akan ditanya nanti .. Persoalannya , apakah kamu gunakan dalam kehidupan kamu ?? Itu yang penting sebenarnya.. bukan kelulusan yang cemerlang tetapi tidak amalkan apa yang dibelajar itu !

LULUS atau GAGAL , berikan yang terbaik .. lakukan kerana ALLAH ..

Zaman LIKE dan SHARE ..

Begini je skang kan ? Ada kelebihan dan byk kekurangannya .. Pastu jd bahan gaduh , luahan perasaan dan perbalahan luar tajuk !! Caci maki ? Berlambakk !!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI