Isnin, 11 November 2013

Dugaan oh dugaan !

 

Tiba-tiba tak leh nak charge ! Bateri tinggal 20% !! Dah la tu , minggu ni dan minggu depan , sibuk sangat ! Nak kena standby dengan Snote aku ni .. Whatsapp dan email kena tengok 24 jam ! Hurmm..

Macam tau tau jer aku nak dapat tab lain tak lama lagi .. Huhuh.. Merajukkah ? Aku doa pada Allah agar tak jadi apa apa kat Snote ni . Tak larat aku nak lari ke Low Yat Plaza utk ke Samsung CS center utk hantar repair .. hurmm ..

Berkali kali kali punya try .. betulkan skit kabel tu .. Baca Bismillah .. moga Allah permudahkan kerja aku dan .. Alhamdulillah … Boleh charge hingga 100% !! Dan aku cabut , try charge lagi .. boleh lagi.. huhu ..

Kalau tak .. tak lena la aku tidur malam ni .. Punca ? Aku rasa sbb mandi tadi kot ? Atau Samsung dengarnya mmg mudah problem kat port charging tu.. Yeke ? Hurm..

Jom mandi kolaammm !!

 

Heehe .. Qhaliff tidur nyenyak .. Nak suprise sama diaaaa bila dia bangun tidur ! Operasi bermula ..

Cari pam .. Pam ni sebenarnya utk bola gym tu.. Kalau guna pam yang dibekalkan , entah bila laa nak dapat siap pam .. huhu ..

Kali pertama nak pam kolam ni rasa cam nak bunuh diri jer ! Punyaa la penattt ! Tapi setelah buat 2-3 kali , maka dah layak bergelar otai pam kolam air ! Heheheh ..

10 minit siap ! Part ni tak susah tapi part isi air ni yang boring ! Sejam pon lom tentu sampai ke bahagian kuning tu .. huhu .. Tapi untuk Qhaliff , memadai sampai hijau jer .. hehe ..

Air tak penuh lagi tapi dia dah teriak nak masuk ! Nak tak nak , aku kasi dia masuk walhal air tak penuh lagi .. haihh ..

Gunakan 3 baldi untuk penuhkan kolam tu.. Mau dekat 10 kali gak la aku ulang alik ! Huhuhuh … Membazir ? Tak gak .. pastu aku leh cuci lantai kat luar tu dengan air kolam tu ..hee ..

Masa untuk manddiiii !! Seronok dia main air ! Bila tengok dia seronok , aku pon join samaaa .. hehehe …

 

“ Eh , marah ke ? Daddy duduk hujung hujung jee ni ??? Hehehehe .. “

Dia keluar terus dari kolam bila aku mula qonquer kolam tu.. Sebelum dia keluar , dia sempat kentut berkali kali , khas untuk aku ! Adehh ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Bila penjawat awam berpakaian mencolok mata !

 

Kalau tak kerana ada yang pertikaikan perkataan MENCOLOK dengan MENJOLOK ni pasti aku pun terjebak sama kata yang artikal ni salah eja .. heheh..

Maka sebelum nak cari kesalahan orang tu , pekata google untuk mendapatkan jawapannya ..

" Merujuk Kamus Dewan, mencolok mata dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada se­siapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Manakala menjolok antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). Lazimnya, perbuatan ini merujuk makna kiasan, oleh itu frasa mencolok mata yang sering digunakan".

 

Ok.. Ada yg kata , swasta tu lagi laa teruk ! Hehehe .. Swasta tu , big boss dia sapa ? Yang keje ngan kerajaan ni , sapa big boss ? Rakyat kan ? Hehehe .. Dan paling penting , bila ditegur begini .. patut ada rasa segan .. dan paling segan patut pada Allah.. heee..

Aku ni bukanlah ulama atau ustaz nak tegur orang bab pakaian ni . Aku rasa si pemakai tu jauh bijak dari aku .. cuma aku nak bagitau la , penjawat awam berjantina lelaki di pejabat tu .. terasa sakit bila tgk semua ni . Sekali dua , boleh tahan. Kalau hari hari ? Tidakkah ini boleh mendatangkan tekanan perasaan pada dia ? Kalau dia dah tak tahan camana ? Wujud kes cabul ? Bila dah jadi gitu , nak salahkan sapa ?

Aku dulu keje kerajaan gak. Kalau ada yang kata mana ada penjawat awam pakai gini , aku kata jangan temberang la.. Aku keje di dua kementerian . Dua pengalaman aku ada .. Dan pergi meeting ke kementerian lain pon ada haaa.. Jangan kata takda.. Ada.. Berbaju kurung sendat .. skrit sendat .. Seluar hingga nampak garis seluar dalam .Baju jarang .. Tu semua untuk apa ? Saja saja nak menampakkan keyakinan diri ? Adehhh ..

Kalau perempuan kerja di kalangan perempuan saja , lain ceritanya. Kalau ada lelaki , berkomunikasi dengan lelaki pulak tu .. camana ? Aku pernah pengalaman pasal ni. Malas nak ingat balik ..

Bila ada manusia bangkitkan isu begini , jangan tuding sana sini . Jangan kata diorg tu lagi teruk . Kita periksa diri kita. Apakah kita melakukan semua itu ? Jika tidak , diam je la .. Tak perlu nak melenting. Orang berkata bukan suka suka nak cari dosa. Pastinya punya sebab ..

Peliknya ada jugak suami biarkan isteri gi kerja dengan pakaian ketat sana sini.. Biar je lelaki lain cuci mata .. huhu . Adeh ..

Bila aku nak mula diet ..

 

Semalam !

Hari ini ..

Esok ???

Plan nak kena kasi mantap sebelum 21hb ni ! ARghhh .. kalau tak nanti dalam tv nampa demookkkk !!  Huh .. Tv ??? Opss ...

 

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Rakamlah ..

 

Satu hari nanti , bila dia tengok dia sendiri pasti dia akan ketawa .. Seolah dia tak percaya itu dia .. hehe.. Karenah , telatah dia pasti satu hari nanti akan dirindui. Huhu..

Masa pantas berlalu .. Kita nak dia merangkak..Kita nak dia berjalan .. Kita nak dia berlari.. Tiba tiba merindui saat saat dia lahir dulu dan berada dlm pelukan kita .. hurmm..

Selagi boleh rakam , rakamlah.. Semua ini adalah kenangan yg tidak boleh dibeli dgn wang ringgit.

Sejuta keinsafan ..

Photo: Dalam kenangan .. Aku membesar dgn PI MAI PI MAI TANG TU .. sitkom yg tiada tandingan hingga kini .. 

Semoga Allah mencucuri rahmat buat arwah. Al-Fatehah..

Bila aku renung wajah arwah Ahmad Busu , terasa tenang dan timbul sejuta rasa syahdu dan insaf. Dulu dialah antara manusia yang menceriakan hari hari aku dikala aku dalam keadaan boring , tertekan dengan lawak lawak spontannya dalam sitkom PI MAI PI MAI TANG TU.

Sekejap je masa berlalu.Muda lagi arwah. Baru berusia 60an. Aku , dah hampir 40 tahun.  Tahu tahu je , kita dijemput pulang kepadaNya.. Tu pun masih ada manusia yang tak sedar diri seolah akan hidup selamanya.

Bagi aku, Allahyarham Ahmad Busu adalah pelawak yang original. Tak perlu buat gaya slaptik , meniru gaya orang bagi orang tertawa. Itulah mahalnya pelawak yang asli. Berbeza dgn skang ni .. Ada yang terpaksa membodohkan diri untuk bagi orang ketawa .. hurmm.. Entahlah..

Semoga Allah mencucuri rahmat buat rohnya dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Al-Fatehah.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI