Selasa, 12 November 2013

Mudah ke jadi Mr.Mama ?

 

Ada yang kata , bila ikhlas .. jadi PM pon mu dah ! Perganhh..tahukah anda nak ikhlas tu tidaklah semudah yang disangka melainkan kita mendekatkan diri dengan Allah . Kalau yg jauh dari Allah , tu yang jadi hidup suram. Kesunyian. Buntu kadang kadang .. hehehe .. Keseorangan dalam erti kata lain .. hee..

Terbaca status seorang rakan blogger yang mana dia nak jadi Mr.Mama cam aku .. Hehehe .. Aku nak tayaa , apakah dia sedia nak tinggalkan dunia pekerjaan yang bergaji tetap ,suasana pejabat yang cool , rakan rakan pejabat dan duduk di rumah setiap hari utk uruskan anak saja ?

Bukan mudah melainkan anda dah cukup boring dengan keadaan dunia luar sana , cam aku dan bersedia untuk pikul satu tanggungjawab yang sangat besar .. Sila rujuk entri aku sebelum kawin ..hehehe.. Aku cerita dah segalaya perjalanan hidup aku sebagai penjawat awam kerajaan .

Nak jadi Mr.Mama tidaklah semudah yg disangka. Banyak perkara kena amik tahu. Berbeza dengan isteri yang jadi suri rumah. Mr.Mama masih memikul tanggungjawab mencari nafkah untuk keluarganya. Bukan membantu tapi adalah keutamaan. Dan jangan lupa pada mak bapak jugak ! Kena ada tanggungjawab !

Kesimpulan , nak jadi Mr.Mama .. sila fikir betul betul. Kehidupan anda akan jadi jauh berbeza dari dulu. Bangun tidur dan sebelum tidur .. Tanggungjawab anda tak akan abis .. Hehehehe .. Hari hari mau fikir , mana nak tambah pendapatan lagi .. Lainlah bapak kita tu setaraf Bill Gates ..

Gara-gara kepenatan ..

Tertidur dpn laptop .. huhu.. Dalam dok update blog , terlelap .. huhu..Siannn.. bukan mudah keje sendiri.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Kecik besar kecik besar je aku tengok !

 

Photo

Makin .. hurmmm... Makin .. hurmmm .. Makin geram aku ngan budak ni !! Nak geget , tak sampai hati .. Nak kunyah , risau aku dihukum mati ! Haaa ..

Pasal apa ? Aku dah taip panjang panjang punya entri , dia datang terus tekan 'shutdown' ! Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh !!

Nasib baik laaa dia tak terus shutdown ! Sbb banyak app yang buka. Jadi dia mintak 'save' ke tak ? Haa ... Kalau tak ???? Mau gakkk aku smackdown dia ..

Tapi tak sampai hati laak .. hahaha ..

Jadilah warga internet yang bijaksana !

 

Sana sini dok hebah .. Tak kira kat laman sosial mahupun medan mesej di telefon pintar seperti Whatsapp .. Apa kes ? Tadaaa ..

Contohnya .. Yang ni disebar ...

Lalu ditangkis oleh yang ini .. hehehe ..

 

Mana satu nak percaya ? Dan terkini pasal cuti di Johor lak .. hehehe .. Jadi , sebelum nak sebar , sila sila dapatkan kepastian yang benar .. Jangan kejar trafik yer .. Bahayo wooo...

Pesanan untuk aku dan Qhaliff juga ..

Semalam dan hari ini !!

Inilah ketentuan dari  dariNYA .. Semalam ' sihat ' .. Hari ni 'tercedera' sudah !  Nak marah atau rasa terkilan ? Hurmm .. Allah sedang menduga kita .. Sayang sgt dgn harta dunia ? Kedekut utk bersedekah/ derma ? Atau sayang gadget dr anak lg ?

Hehehe.. ini bukan Qhaliff yang buat .. sendiri yg buat yer ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Qhaliff dapat adik perempuan ?

 

Auww .. Dari gayanya yang kebelakangan ni yang rajin menyepahkan rumah , ianya tanda kepada daddy dapat anak perempuan ! Sbb lelaki sepahkan rumah , perempuan kena kemas .. kan kan ?

Dapat rasa sekarang ni dia semakin kuat cemburu. Tak kasi sapa sapa sentuh bapak dia ni. Kalau ada budak mai menyelit , cepat cepat dia mai 'amik' balik bapak dia ni ..

Nampaknya nanti .. kerja aku agak berat .. kena perhatikan dia betul betul bila dapat adik nanti ! Depan belakang aku kena dukung .. huhu ..

PETRONAS Deepavali Webisodes : Episode 1

 

The Story of Deepavali …

Tu la tajuknya ! Hehehe .. Aku dipelawa oleh PETRONAS ikuti  ke Pulau Pinang baru baru ini untuk mengalami sendiri rakaman pembikinan webfilem bersama sama krew produksi yang dilantik.

Bermula dengan rakaman di Kuil  Nagarathar Sivan, George Town , Pulau Pinang ini sangat istimewa. Maklumlah , saksikan sendiri bagaimana upacara keagamaan  sempena Deepavali dilakukan oleh penganut Hindu.

Ok , lupa nak cerita lak .. Untuk webfilem ni , hosnya adalah Dj THR .. En.Aanantha ( Nan ) dan tetamu hos jemputannya , Aalinda.Memang secocok la diorang berdua ni.. Meriah jadinya.

WP_20131021_041

WP_20131021_011

WP_20131021_014WP_20131021_016

Pengambaran agak lari dari jadual asal disebabkan hujan lebat. Bunyi hujan dikatakan  menganggu sedikit rakaman hari tu .. Nak tak nak , mereka kena tunggu hujan reda ..

WP_20131021_028

WP_20131021_044

WP_20131021_052

Sementara tunggu hujan reda , selain aku , blogger kak Kujie dari blog www.kujie2.com turut mengambil kesempatan berehat sebentar sebelum kami meneruskan perjalanan ke kilang pembuatan manisan yang terletak di Lebuh Bishop.

WP_20131021_061

Bergambar kenangan .. Bersama Dj Aanantha dan blogger Johanna ..

Sebelum ke kilang manisan , NR SWEET FACTORY , singgah sebentar shooping buah pala di Lebuh Chowrasta.. Aku tak beli la sebab aku orang Penang.. Selalu je balik Penang.. Beli pon , pakat letak dalam peti ais jer. Takde orang nak makan .. heee ..

Kat sini pon terletaknya restoran chendol yang terkenal di Pulau Pinang ! Kalau lalu kat sini , jgn lupa singgah makan chendolnya.. Laksa pon ada wooo.. mmg menyelerakan ..

WP_20131021_062

WP_20131021_064

Selesai membeli belah buah pala dan makan tengahari , kami semua ke kilang manisan yang disebut tadi. Krew produksi dah bersedia dengan kamera masing masing .. Heheheh.. Pekerja kilang manisan pon dah kelihatan segak bergaya dengan senduk masing masing .. Hanya tunggu untuk beraksi jer ..

 

WP_20131021_099

WP_20131021_080

WP_20131021_082WP_20131021_093WP_20131021_096

Amacam ? Best je nampak kan ? Mesti tak sabar nak tunggu webfilem ni kan ? Haaa.. Gambar bawah ni antara babak yang dirakamkan.. hehehe …

WP_20131021_101Selesai sini .. Kita ke bahagian terakhir untuk episod pertama ni .. Ke Little India untuk ‘bershopping’ ! Kat sini aku merasai pengalaman bershopping membeli saree .. Heheheh ..

Disini ,satu lagi babak dirakamkan.. Nasib baik la orang tak ramai sangat . Jadi mudah sikit nak rakam. Sementara tunggu diorang abis rakam , ada antara kami gi shopping laddoo .. hehehe.. Aku tak la sbb aku lebih tertarik dengan saree dan kurta ..

Photo Photo

WP_20131021_117WP_20131021_109

Terus terang aku katakan .. aku mmg sukakain saree ni .. Memang nampak cantik sangat . Baju kurta , aku pernah tiru designnya untuk dijadikan baju melayu.. hehehe .. Nampak sesuai dengan aku.

Tepat jam 430 petang .. Ikut jadual , masa ni dah kena balik KL .. Waahhh .. tak bestnyaa … Belum puas abiskan masa di Little India ni .. Banyak lagi aku tak sempat pusing.. Tapi nak buat camana kan ? Huhu ..

3 babak ini akan disatukan dan dijadikan webfilem nanti ..Jangan lupa tontonnya di www.youtube.com/user/PETRONASOffficial  pada 22 November nanti ..

Tak sabar la pulak .. heeee ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI