Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 14 November 2013

Siti Nurhaliza vs Khairy Jamaluddin !

 

Photo

Hehehe .. aku sebenarnya malas nak campur tangan hal dorang yang tersohor di Malaysia ni .. Dua dua ada aura tersendiri .. Sapa yang aku sokong ? Dua dua aku ok bagi aku .. Nak kata sokong tu , aku rasa kalau bab sukan ni , confirm la aku sokong Menteri Belia dan Sukan kita ni .. Lantang , bersemangat dan pastinya mahukan yg terbaik setelah menteri menteri sebelum ni , agak .. hurmm .. Korang pon tahu la kan ..

Dalam bab ni , macam macam cerita dah aku dengar .. Sapa yang bersalah ? Hurmm... Aku gi masuk Twitter KJ dan cari tweet tweet yg mungkin menjawab tweet Siti tu tapi .... tarakkk ..

Photo: Apa pendapat anda ...

 

Part ni aku respek dia .. Dia menunjukkan sikap profesional dan matang .. Tak layan orang yang tak de kaitan atau pun isu yang dibangkitkan .. Tahniah ! Buat Siti , rasanya lebih baik tumpukan pada bidang dia je la.. Jaga isu isu artis lagi bagus kot.. ke nak jadi ahli politik pasni ? Hehehe ..

Oh ya .. Baru atau tau kat Malaysia ada Menteri muda dan menteri tua ...

Berhemah bila parking kenderaan kita ..

 

Teguran dan ingatan untuk aku dan juga rakan rakan pembaca sekalian. Bukan nak perli , bukan nak sindir atau nak cari salah sapa sapa .. Tetapi apa kata kita cuba letakkan diri kita di tempat mereka ..

Meletakkan kenderaan sesuka hati termasuklah di hadapan rumah atau menghalang kenderaan orang lain ,sangatlah tidak beretika. Atau nak tulis bahasa kasarnya , er... korang pun tau la apa perkataan tu kan ? Malas je nak sebut..

Bayangkan jika ada kecemasan .. kereta kita tu , telah menghalang laluan orang lain gara gara parking ikut suka atau ' terpaksa' parking sbb takde tempat lain nak parking ! Apakah yg boleh terjadi ? Walaupun utk seminit dua , andai kecemasan .. seminit dua itu mampu jadi penyebab ..

Hurmm.. jadi , bila nak parking kereta tu .. tengok tengok skit kiri kanan .. Apakah mampu mengundang kemarahan orang lain  ? Atau mampu membuatkan kereta kita dicalar ? Haa..fikir fikirkanlah ..

Dia tak nak makan ..

 

Awal pagi mak dia masakkan nasi goreng special untuk anak kesayangannya ni .. Tapi bila aku suap , dia tak nak .. Lari ke sana sini. Bila berjaya ditahan , paksa .. dia luahkn balik makanan tu ! Grrrr...

Bagi susu dia minum. Bagi biskut dia makan ..Tapi tau dia lapar tuu.. Apa nak buat ? Tengok jam dah kul 9 lebih .. Nasi lemak confirm abis dah ..

Dukung dia .. gi kedai runcit .. 300 meter .. pergi balik 600 meter dengan dukung dia yang dah berat 14kg ni.. Berpeluh jap ketiak .. Tapi berbaloi.. masuk masuk je rumah terus dia mintak roti dia .. Hurmmm ...

Lepas makan roti , baru sambung balik tidur dia .. Kasi mandi dulu laa.. hehee .. Dapat la gak jemur baju dan dan mintak rezeki kat Allah ... huhuh..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Memberontak !!!

 

Dah pandai daaaahhh .. Tak dpt air kegemaran dia , kat situ gak dia bantai golek sambil bercucuran airmata ...

Nak bagi ke tak ? Akhirnya aku memahami kenapa bapak aku byk mengalah dgn anak anaknya .. hurmmmm...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Blogger gadis femes mesti comel eh ?

 

 DSC_0925 

Ahaaaa ... 3 blogger awek yang aku jumpa , sebelum mereka dikenali ramai .. Auwww .. Skang memasing dah tempa nama dan tak lama lagi Emas Putih II pulak akan berada dikemuncak .. InshaAllah ..

Setiap blogger ni , ada kelebihan masing masing. Yang sorang , peramah serta kuat semangat .. Tak mudah putus asa walaupun diserang dek hatersnya berkali kali ..

Yang sorang lagi , bijak mengatur strategi dengan menggunakan blog dan fan pagenya .. Alhamdulillah .. Berjaya juga dah sekarang. Dah ada komuniti memasing gitu.

Sorang lagi .. Haaa .. yang ni mmg dah ada nama cuma belum menonjol lagi. InshaAllah .. aku rasa dia akan pergi jauh tak lama lagi.. Kena bagi peluang dan ada network yang betul ..

Betul , nak berjaya .. kena ada network ! Kalau takde network zaman ni .. mmg susah woooo .. Jadi , pandai pandai la cari kawan dalam dunia blog ni .. Jadi peramah dan rajin join event event blogger ..

Dan bila dah naik , jangan la sombong .... dan lupa asal usul .. Dan juga , jangan tikam belakang kengkawan .. Ok ? Good .. Sila sambung kerja anda ..

Oh , nak femes tak semestinya comel .. Nak femes perlu ada keberanian .. Sekian.

Teringat Qhaliff sewaktu ni .. Dia dijaga oleh Lyssa .. hehehe .. Comel cam aku kan ? Aku tau dah ..

Abis burger bakar ku !

 

Malam ni , sekali lagi bersantai bersama sama rakan rakan blogger di Lava Grill Restaurant , Serdang. Haa.. Sebenarnya ramai lagi ni tapi saja tak nak masukkan diorang. Untuk entri seterusnya. Yang ni nak cerita pasal Qhaliff jer .. Heee ..

Ceritanya begini .. Aku tak tau la nape , sejak dua tiga pat lima menjak ni .. Qhaliff cukup susah nak kat orang . Puas la orang pujuk , bagi rasuah , ajak nikah .. pon tak nak . haihhhh .. Nak melekat ngan mak pak dia jer ..

Photo

Burger bakar yang sampai di depan mata aku , amatlah menyelerakan tapi tak berjaya dihabiskan sbb dok mengejar Qhaliff .. Dok silih berganti makan dengan mak dia .. Kek besday tiramisu yang sedap tu pon tak sempat nak makan abis.. Wife kempunan nak makan.. Tak pe , nanti kita gi makan eh.. Qhaliff duk umah mak aku nanti.. hehehe ..

Dapat masuk separuh beger tu tapi abis dah dibakar sbb dok dukung dia jer .. Bukan ngeluh tapi saja nak bagitau korang .. mana tau ingat ada baby ni senang je nak jaga .. huhuuh ..

Perlukah guna menda alah ni ?

Photo: Apa pendpt anda mengenai penggunaan memda tu haa pada b0anak kecil ?

Rasanya belum perlu sbb dia masih boleh dikawal . Bila jadi macam td tu , bermakna dia boring dan mengantuk ..

"Dadddyyyy , jommm balikkkkkk .. " . Tapi daddy degil .Masih nak melepak ! Bukan selalu woooo .. huhuh ..

 

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI