Sabtu, 16 November 2013

Antara KOLUMPO dan KISAH PALING GENGSTER !

 

Sebelum aku tonton THOR tadi , ada dua trailer filem melayu akan datang .. Mula mula KISAH PALING GENGSTER .. Hurm .. aku dengan sahabat , Que Achmad .. geleng kepala jer .. Gengster lagi ??? Apa nak jadi ? Bukan tak tau negara kita bermasalah dengan gengster ni .. nak jugak dianggar gengster ni  ? Lorr.. iskh ..

Maaf .. terus aku tolak tepi cerita ni.  Cari la kelainan skit. Walaupun ada komedi dan sedikit pengajaran ( harapnya ada la .. ) , bagi aku .. hurmm.. tak payah la buat citer gini .. Cuba buat cerita patriotik skit ..

Ok .. Pastu keluar pulak trailer KOLUMPO .. Wahhh.. pelakon pelakon dalam filem ni seperti filem THE EXPENDABLES .. Himpunan para pelakon yang bagus dalam negara kita !

Hurmm .. terus terang.. Aku dan Que , sama sama tak nafikan inilah antara filem yang best utk ditonton dan keluar duit membeli tiket .. Itu baru terpikat dengan trailernya.Kalau full movienya tak tau la camana kan ? Harapnya tak menghampakan nanti laaa ..

Antara pelakonnya ialah Sharifah Amani, Azad Jasmin, Ruminah Sidek, Shoffi Jikan, Nell Ng, Mano Maniam, Emily Poon, Sabri Yunos, Amerul Affendi, Azhan Rani, Along Eyzendy dan Amirul Ariff.  Menariknya filem ini diarahkan oleh 3 pengarah  iaitu  Bront  Palarae, Sheikh Munasar dan Rozi Izma Abdul Karim

Sedikit info mengenai filem in yang aku amik dari blog WANISTA yang mana  filem ini adalah cerita yang berkisarkan tentang harapan dan impian warga kota Kuala Lumpur.

" Seorang imigran India yang baru sahaja tiba di Kuala Lumpur yang datang untuk berkerja mendapati syarikat yang telah mengupahnya sudah jatuh muflis. Dia kemudian diselamatkan oleh seorang tauke yang juga seorang mamak dan memulakan hidup barunya sebagai seorang pendatang haram di Kuala Lumpur.

Di Setapak pula, seorang gadis muda yang asyik cuba mengelak panggilan telefon ibunya didapati sedang menolong seorang perempuan tua nyanyuk yang ingin mencari rumahnya sepanjang hari.

Di Ampang pula, seorang pemuda bertemu dengan seorang gadis misteri di KLCC yang ketinggalan tren terakhirnya. Untuk seorang pemuda yang tidak pernah bercinta, pertemuan ini bakal mengubah hidup si jejaka muda ini.

Pergabungan ketiga cerita ini akan menghasilkan sebuah kolaidaskop hidup di bawah langit kota Kuala Lumpur yang bakal mencuit hati dan menggegar jiwa para penonton. "

Suatu kelainan kan ? Rasanya terbang RM10 + cukai  pon ok jer.. Bukan selalu kan ?

Bila bawa kanak kanak masuk panggung !

 

Hurmm .. Tak kisah sebenarnya aku kalau parents nak bawak anak anak kecil mereka menonton wayang tapi kena la tau protokol bila berada dalam panggung terutama  tayangan dah bermula ..

Hurmm ... Bayangkan cerita best tapi terganggu dengan suara anak kecil bercakap dengan kuat dan parentsnya pula menjawab pertanyaan tersebut.  Adehh .. Ok la , kalau tengok OH MY ENGLISH tapi kalau movie yang dibayar untuk menontonnya , wajarkah ??

Aku tak salahkan anak anak kecil tu tapi parents tu yang patut dipersalahkan ! Kalau mereka tak didik anak mereka begitu , rasanya anak kecil mereka tu nak ke buat begitu ?

Aku cadangkan , beli je smart tv dan home teater .. letak kat rumah .. Serius , mmg berbaloi ! Tengok la puas puas.. Cakap la kuat kuat .. ada sapa nak marah ? Tarak punyaaa..

Aku pun nanti nak tengok je kat rumah .. hehehe.. Bila cerita bestttt sangat je baru gi panggung .. heee..

Pengalaman dimekap sepenuhnya ..

Sebelum ni , mekap bedak skit skit je sblm recording .. Tapi kelmarin , utk satu projek besar ni .. aku dimekapkan sebenarnya. Kira kasi nampak kacak sungguh la.. hahaha.. perasan..

Tp serius , penat woooo..camana la diorg tu leh bermekap berjam jam lamanya ???

Published with Blogger-droid v2.0.10

Vivix Shaklee Mahal Betullah!

 

25 tahun lebih muda

Sana sini orang duk cerita pasal Vivix Shaklee ni. Apa bagus sangat ke vivix ni? Nak tau x? Vivix Shaklee ni dah terjual sejuta botol di America. Wow! Sejuta tu...memang hebat !

Al-kisah...aku dah mula jatuh cinta dengan Vivix ni bile satu haritu adik ipar aku call husband aku..die ni ade resdung tahap kronik sejak umur 14 tahun dan sehingga sekarang usianya 21 tahun. Baru2 ni die kena operate, buang ketulan dalam hidung. Ngeri jugak aku dengarkan. Tapi hasilnya sementara aje..lepastu aku yang dah tau Vivix ni baik untuk resdung, kami pun hadiahkanlah Vivix ni kat adik ipar tadi.

Alhamdulillah, dalam seminggu dia konsisten ambil sesudu Vivix sehari, simptom seperti kerap bersin, jerawat & gatal dibahagian kelopak mata dah mula menghilang. Allahuakhbar..amazing kan! Sekarang resdung kroniknya dah hamper sembuh. Takde lagi mak mertua ku ni risau anaknye nak kena operate lagi.

Mahal ke Vivix Shaklee ni? Kalau sebotol korang beli dengan harga RM 380 dan kesihatan 90% bertambah baik instead of korang kena pergi operate bagai..tak ke kena keluar duit ribu riban. So vivix ni sangatlah berbaloi untuk kesihatan kita.

Pssst : Bulan ni PROMO VIVIX tau..baik korang call nombor ni cepat nak daptakan harga PROMO JATUH TERDUDUK ni hubungi 019 3190733. Ni aku listkan TESTIMONI VIVIX yang berkaitan penyakit kronik seperti :

  • Kanser
  • Darah tinggi
  • Kencing manis
  • Strok
  • Gout
  • Perokok
  • Resdung
  • Awet Muda
  • Rabun

Tunggu apa lagi ? Klik SINI utk keterangan lebih lanjut ..

Jangan cerita pasal anakku ?

 

Wow ... Tergamam jap bila kawan tu kata gitu .. Suruh privatekan saja .. Kenapa ? Apakah aku bercerita untuk mendapatkan undian sms yg tinggi ? Sememangnya aku bercerita untuk mencoretkan segala kenangan aku bersamanya di situ ..

Hurmm.. Di kala aku membesar , aku sering cuba ingat kembali saat saat aku membesar. Ke mana aku pergi. Sapa sepupu sepupu yang rapat dengan aku, apakah ragam aku .. namun takde sapa boleh cerita dengan panjang lebar. Cuma beberapa kenangan saja yang mak ayah aku ceritakan kembali pada aku.

Bila ada blog ni , aku rasa aku bercerita dalam ni bukanlah untuk mendapatkan publisiti dari mana mana pihak. Mana yang datang tu , rezeki bagi kami. Kalau aku nak sangat , pasti aku join contest contest baby dan mintak kawan kawan support tapi takde pon kan ?

Maaflah.. aku takde harta , darjat untuk anak aku warisi . Aku cuma ada blog untuk dia mengenang kembali saat saat dia membesar. Bagaimana bapak dia ni , bangga dengan dia walaupun belum dapat 5A ..

Dan setidak tidaknya bila aku bercerita mengenainya di dalam blog ni , ramai bapa bapa seperti aku akan teruja utk ikut jejak aku bercerita mengenai anak kesayangan mereka di dalam blog. Ianya akan jadi harta tidak ternilai  !

Aku bukan terasa dengan komennya tu .. aku faham maksudnya tapi inshaAllah .. aku akan berhenti bila tiba masanya. Aku juga tahu batasannya. Tapi buat masa sekarang , kenangan begini aku takkan lepaskan . Sekurangnya , bila aku bosan dan rindukan dia di kala aku kejauhan , blog ini pengubat hati aku .. dan juga rakan rakan yang dalam keadaan stress.. hehee .. kan ?

Apa pun , terima kasih atas teguran tersebut .. InshaAllah .. satu hari nanti akan diprivatekan .. cita pasal madu lak ..

Semangat begini la !

 

Penat ...sangat penat hari ni. Bermula dengan dugaan di pagi hari.. Hampir mood terus hancur tetapi alhamdulillah , bila kita sebut je REDHA maka ... kita serahkan segalanya padaNya.

Selesai tugasan hari ni dan buat pertama kalinya aku merasai satu pengalaman baru sejak bergelar blogger ni  .. Menarik walaupun rasa cam nak meletup dah diri ni .. hehe.. Sesuatu yang diluar dugaan dan jangkaan ..

Di LRT Cheras .. Turun saja dari lrt , aku terpandang seorang makcik berbangsa melayu berumur kurang upaya ( buta ) bersama seorg  perempuan berkulit cerah. Aku ingatkan anaknya sbb cara dia memimpin makcik tu seolah macam mak dan anak . Aku selisih dengannya dan sempat memandang wajah perempuan tu. Tak nampak .. Aku biarkan jer. Cuma timbul rasa sayu di hati jer. Tapi makcik tu , nampak ceria jer.. huhu .. Untung manusia yang punya mata di hati ni ..

Di luar stesen LRT , aku dapat naik teksi. Dan kebetulan mereka berdua tadi , berada berhampiran dengan aku. Aku pandang sekali lagi. Wanita tu berbangsa cina dan muda lagi. Dengan earphone di telinganya , dicabut agar dapat berkomunikasi dengan baik .. Sangat teruja melihat situasi begitu. Nak je amik gambar tapi risau pulak nanti disalaherti. Jadi aku biarkan saja ..

Bila melihat situasi begini , aku pelik .. kenapalah ada pihak dok sibuk melagakan bangsa ? Biar timbul masalah perkauman ? Haihhh .. Jangan gitu. Rakyat Malaysia ni berbilang kaum dan sememangnya bersatu bila ada yang nak merosakkan negara !

Di negara ni .. sama sama makan , sama sama hidup. Buat apa gaduh gaduh kan ?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI