Ahad, 17 November 2013

Qhaliff bersama Chef Hanieliza

 

 

Chef Hanieliza antar mesej kat aku melalui Whatsapp  dua tiga hari lepas .. Nak jumpa Qhaliff .. Geram katanya .. lama daaahh .. Bila dah ada berdekatan gini , amat sesuailah untuk berjumpa buat kali ke berapa tah .. hehehe..

Memula tu tak jadi sbb plan nak balik Kelantan tapi wife kata tak jadi sbb dia ada meeting hari selasa nanti .. Maka , plan ‘datingkan’ Qhaliff ngan Kak Liza , diteruskan .. hehehe '

Keluar dari rumah aku , menuju ke Alamanda Putrajaya pada jam 11 .. Saja nak gi awal sbb leh la Kak Liza main jap ngan Qhaliff .. Tapi sayangnya .. sampai kat Alamanda , tercari cari pulak lokasi demo masakan ni ..

Setelah tanya kat bahagian khidmat pelanggan Aeon , barulah jumpa lokasinya. Bila sampai kat tempatnya , dah start pon demo… Jadi , tunggu sampai Kak liza abis kerjanya barulah leh beramah mesra.. heee ..

Memula tu mmg lengang tapi dalam kul 1 petang .. Orang ramai mula memenuhi setiap kerusi yang ada .. heheh .. Dan pastinya , masakan kak liza amat menyelerakan ! Camana aku tau ? Sebab lepas dia masak , semua hadirin berpeluang merasainya.. Serius , sedap wooo !

Antara buku yang ditulis oleh Chef Hanieliza keluran PTS .. Boleh didapati di kedai buku Popular.

Hehehe .. Seperti biasa , Qhaliff tamo kat org yang dia tak kenal .. Memang payah laaa dia nak gi kat orang yang tak kenal .. uhuhuh .. Apa pun , terima kasih pada kak liza sbb sudi ajak jumpa kami .. Nanti jumpa kat Kerteh lak.. heee..

Nak meniaga online tapi sorok harga !

 

Pastinya anda pon pernah nak komplen gitu kan ? Yelah , letak gambar produk cun dah .. tapi harga takde la pulak nak letak ! Nak kena send private message atau email bagai laaa pulakkk .. Leceh betul laa.. Terus mati nafsu nak membeli .. kan ? Melainkan nak sungguh sungguh laa .. terpaksa pm . kan kan ?

Satu ketika tu , aku mmg tak paham sehinggalah aku cuba berbinis online jual satu produk ni .. Ramai la dok bagi komen dan bertanyakan harga .. Hehehehe .. Best ? Seriusss … aku terus hilangan mood nak berniaga ! Kenapa ?

Bila peniaga letak harga , maka ada la peniaga lain rendahkan sedikit harga atau bagi la hadiah hadiah sampingan memandangkan kita tidak buat cam tu .. Ok je sbb tu kan persaingan sihat tapi dalam sebenarnya boleh membunuh bisnis terutama buat yang baru nak meniaga.. Tak boleh nak bersaing dengan yang dah lama dan punya modal yang banyak .. 

Itu ok lagi.. boleh diterima tapi yg tak leh blah ialah komen komen di bahagian status tu ..

 

“ Perghh .. mahalll laaa … “

“ Eh .. kat page XXXXX tu jual murah lagi … siap … bla bla bla “

“ Saya baru je beli ..tak best ponnnn .. tipu je semua ni .. “

“ Ala barangan buatan china je pun .. baik beli buatan korea atau jepun ! Lagi bermutu walaupun mahal skit ! “

“ Halal ke ? Ada sijil dari KKM tak ? “ .

 

Macam macam lagi laaa .. Walhal ?? Hurmm ..

Bagi aku la.. peniaga bukan sorok harga tapi ianya cuma satu strategi perniagaan dan pembeli pun berpeluang membuat tawar menawar secara tertutup … mana tau dapat diskaun kan ? Hee.. Dan hanya yg berminat saja akan merajinkan diri untuk bertanya mengenai produk tersebut.. kan kan ?

Mak aku suruh tinggalkan Qhaliff !

 

2 hari katanya .. Huhuh..  2 hari ? Seharian gi kerja ponnnn , aku dah rindukan keletahnya .. Ni nak 2 hari tanpa tengok dia ? Perghhhh ...

Dia pulak , dah pandai cari aku .. Kalau aku takde ? Mungkin dia nampak relaks je.. Tapi bila dah nampak aku .. .. huhu ..

Bayangkan setiap malam kalau tidur , dah gini .. haaa.. Tapi biasanya tak la gini .. hehe.. Sebab dia qonquer satu tilam terus ! Aku kena tidur luar depan tv .. huhu .. Kalau masuk tidur sekali , confirm berlaku tolak menolak .. hahaha ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI