Selasa, 19 November 2013

Apa dah jadi dengan wakil rakyat kita ??

 

Memula aku tak nak percaya la bila baca tweet sorang wakil rakyat yang bersuara lantang ni .. Kasar ! Pastu bila aku check semua tweetnya , hummm..

Kelmarin , tonton satu video di FB dan juga Youtube .. Persidangan di Parlimen.. Mak aihhhhh .. Apa ni ??? Apasal sampai begitu teruk sekali ?? Mana Dato Siti ? Tak nak tegur ke ?? Heheheh … Ke takde kepentingan utk menegur ? Hee.. Opss.. tersasul lak ! Nanti marah peminat setia diaa haa ..

Aku rasa laa kan .. Kat Malaysia ni , selain diabetis , obesiti , penyakit mulut celupar dikalangan orang orang yang punya pangkat besar pon satu penyakit yang amat merbahaya ! Kalau mereka buat dengan selamba , bayangkan anak anak buah mereka ! Haaaa ..

Maka dengan ini .. aku harap jabatan yang terlibat seperti Institut Integriti Negara perlu mainkan peranan lebih lagi laaa.. Teringat satu meeting yang aku pergi dulu yang mana isunya ialah camana nak intergritikan pengguna internet dan aku jawab , kita mulakan dari pemimpin kita dan rakyat akan mencontohi sifat terpuji pemimpin pemimpin negara.. Malangnya , buat masa sekarang , hanya boleh diikuti hanyalah beberapa orang .. Tu pun leh kira jerrrr ..

Bahasa , jiwa bangsa ! Kerana mulut , badan binasa . Kerana tweet , seminggu derita !

Ariff Danial , akaun palsu di Facebook !

 

Ramai dah kawan kawan bagitau aku .. Aku pun sebenarnya dah mintak kawan kawan di FB report kewujudan akaun palsu ni ..

image

image

Saja kumpul dosa betul mamat ni .. Best part , dia ingat aku gay sbb ada cerita konon aku pernah bercouple dengan sorang kawan dalam FB ni ! Adoiyaiiiii .. apa punyaaa … haihhh …

Pasni aku nak report polis dan cybersecurity. Aku dah kasi amaran melalui pm dah ..  Aku pelik la manusia gini .. Bawak bawak la bertaubat skit ..

Buat kawan kawan yang dah teradd mamat Aliff ni , tolong unfriend dan report dia yer ..  di https://www.facebook.com/ariff.danial.7771/

Ada sorang kawan pm aku bagitau kawannya jadi mangsa gak.. Tu yang gambar atas katil tu , gambar kawan dia .. Perghhh … Apa masalah budak ni pon tak tau laaa …

Bila mak bapak sibuk dengan gadgetnya !!

 

“ Mak … nak air … dahaganyaa .. “ . Pinta si anak kecilnya .

Mak dia sibuk benar dengan telefon pintarnya  .. Maka si anak tu bersuara buat kali ke dua dan jawapan dari maknya ialah ..

“ Gi la mintak kat ayah tuuuu .. Ibu sibuk niiii .. “ .

Hurmm … Si anak ni keluar ke ruang tamu dan tengok ayahnya sedang duduk atas sofa dengan samsung tabnya .. Dok layan apa pon tak tau laa tapi penuh keasyikan seperti berkepit dengan bini muda.

Lalu si anak kecik ni ke dapur . Cari la air untuk minum . Tiba-tibaa…

“ Paaangggggg…. “ .. Dan terdengar tangisan si anak kecil itu. Berlarilah mereka berdua ke dapur utk dapatkan anak mereka .. Hurmmm….

Anaknya terjatuh dari kerusi yang dia gunakan untuk panjat ke kabinet dapur .. utk amik air minum ! Kaca bertaburan disekeliling anak mereka ! Betapa mereka bernasib baik anak mereka itu tidak mengalami kecederaan .. Bayangkan jika ada benda benda bahaya di situ !

Wahai ibu dan bapa … termasuk aku … Utamakan yang patut diutamakan !! Jangan menyesal kemudian hari !

Hadiah untuk aku !! Aku terkedu ..

 

Aku ingatkan sahabat tu nak bagi hadiah kat Qhaliff setelah dia bagitau yang dia ada pos barang . Aku ok jer ler.. Tapi bila barang tu sampai kat rumah mak aku , aku buka dann … Dan gosok mata berkali kali !! Biar benar sahabat ni ??? Dia kena nombor ekor ke ? Huhu .. Ke dapat bonus 24 bulan dari Innity ?  Gilooo ????

Dia bagi aku jam yang mmg aku minat sangat rekabentuk dan warnanya ! Dari dulu aku cukup suka warna hitam keemasan dan jam chonograph ni ! Dulu ada satu .. Guess tapi rosak dah talinya dan plan nak beli lagi yang mmg macam ni !

Sekali tengokkkkk .. adehhhhh .. Serius , mmg gila laaaa .. Aku tak pernah jangka nak dapat hadiah jam sebegini rupa. Ari tu ada la sabahat , Que Achmad bagi jamnya setelah aku mintak tengok .. dia kasi terus ! Weh , aku mengelamun ke ???

Buat sahabat tersebut .. Tak tau nak kata apa .. Terima kasih saja tak mencukupii… Semoga Allah berkati anda sekeluarga dan juga buat rakan rakan seperjuangan , semoga Allah rahmati kita semua ..

Perghh.. berbaloi sungguh jadi blogger ni ..

Baru best guna smart tv !!

 

Akhirnya , dapat jugak aku guna WIFI DIRECT ! Sebelum ni berkali kali gak try dan setting. Tak dapat dapat .. Dan kelmarin , entah camana , boleh pulak ! Secara tak sengaja kot ? Ke aku yang malas nak cuba betul betul ? Hehehhe ..

Apa guna Wifi Direct ni ? Haaaa … Aku kan guna Samsung Note 8.0 .. Biasanya aku layan movie kat sini tapi bila dah layan movie , tak dapat pulak nak surfing atau layan FB mahupun Twitter atau Instagram ! Haaa..

Dengan adanya Wifi Direct ni , aku pasang dulu movie kat note aku tu pastu aku ‘tranfer’ ke smart tv aku tuu.. heehhe ..

Tadaaaaaa… Dah ada kat tv ! Gambar ok ke ? Tentulah ok punyaaaaa…Bergantung pada movie yang didownload gak la kan.. hhehe ..

Dan , bolehlah sambung buat keje kan ? Hehehhehe .. Sambil layan movie ..

Setakat ni , aku sangat berpuashati dengan smart tv dari LG ni.. Bukan movie je leh di tranfer .. gambar , video semua boleh punyaaa .. huhu .. Dan Qhaliff antara orang yg paling suka sbb leh tengok ultraman dari youtube .. hehehhe .. Yer , youtube pun leh tranfer walaupun dalam tv ni ada youtube sendiri .. huhu ..

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Bila raksasa mati ..

 

Terkedu jap aku bila dia jerit ‘YEAYY ..’. Aku pandang muka dia .. terus dia malu .. hahaha .. Skang ni aku suka pandang tepat mata dia .. Dia terus jadi malu walaupun dia cuba nak berlawan mata ! hahaha ..

Haaa… Dia jerit Yeay tu bila raksasa mati kena fire dek Ultraman ! Sebelum tu bersungguh dia tengok ! Huhuh.. Macam paham benar ultraman tu baik cam bapak dia .. hahaha ..

Bila ultraman dah menang . raksasa dah mati , dia pun pon bukak langkah dan jadikan aku sasaran .. Tapi silap besar laaa.. Dia ingat raksasa ni baru keluar dari telur kot ? Hahahaha…

Aksi ni sebenarnya dia menari tapi pada masa sama dok buka langkah nak bergaduh ! Huhu.. Dok ikut gaya ultraman .. heee..

 

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Dah pandai berebut makanan daddy !

 

Mak dia dah buat spagetti khas utk dia .. Sedap ! Takde garam kat situ.. hehehe…. tapi tetap ada rasa gak . Camana aku tau ? Sbb aku rasa ler .. hehehe ..

Tapi tiap kali masuk ke dalam mulut dia , dia luahkan balik dah buang apa yang ada di lidahnya dengan jari jemarinya.. Perghhhh … kecik besar kecik besar je tengok diaaa .. Nasib baik dia sengih balik kat aku ..

Pastu dia sambung main ..

Dah dia tak nak makan , maka aku lak makan la makanan yang wife buat utk aku.. spagetti gak cuma ada kuah dia la.. Qhaliff punya takde ..

Dan dia pun mai kacau aku.. Aku biar je. Tengok apa dia nak buat.. Dia amik dengan jari dia dan masukkan ke dalam mulut dia .. Yang panjang panjang tu pandai pulak dia sedut masuk semua ! Hahahaha.. adehhhh ..

Bila aku tengok dia berselera gitu , aku buatkan dia semangkuk kecik .. Nak tengok mmg dia nak makan atau saja nak sakat aku .. hehehe.. Memang dia makan pon ..

Ketahuilah.. gambar di bawah ni , dia baru jer lepas mandi ! Baju baru … Terpaksa tukar semula gara gara …

Photo: Tak sampai seminit  ... aku perlu ulang semula !!  Dia dah mandi.. berbaju baru .. kacak dan.. kembali comotttttt!!!! Argghhh..

Bg makanan yg mak dia buat khas utk dia..tamooo .. Nak mkn yg aku punyaaa !!

Comotttttt .. dengan lantai lantai comottt ! Adehhhhh … Nasib baik laa anak sendiri .. Kalau anak orang ? Esok gak tak jadi sambung nak jaga .. Huhuh…

Budak makin membesar. Apa yang kita makan , itulah yang dia nak.. Apa yang kita kunyah , itulah yg dia korek nak ! Huhuh..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI