Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 20 November 2013

Mengamuk dia kat Alamanda!!

Penatttttt ... adehhhhh.... Ngantuk plus lapar la tuuu.. Makan kenny dulu , baru balik .. Daddy kena shopping sat sbb nak jadi panel utk forum ... huhuh ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Karpet aku dah siap !!

 

Ahaaaa .. siap dah .. Aku terima sms 6/11 hari tu .. Ni hari baru berkesempatan nak gi amik .. Hehehe ..

Sampai kat kedai dobi A , aku gi amik baju  melayu dan baju kurung . Kemudian aku ke kedai dobi B yang mana kedai dobi A tak nak amik karpet .. Kiranya dobi B amik la untuk basuh karpet.. hee … Paham tak ? Tak paham , call aku nanti. Aku cerita kasi paham.

Sampai kat kedai dobi B , aku bukak selipar aku. Adik manis yang kebetulan ada di kaunter dobi berkata ..

“Tak perlu buka selipar .. “.

Dalam benak aku … Dobi tadi kena pulak bukak selipar. Yang ni tak payah .. Hurmm .. Pulak ..

“ Saya nak amik karpet .. “. Aku bersuara.

“ Resit ada ? “ . Dia tanya. Tak tau nama sbb tak pakai name tag. Rugi la .. kalau tak leh aku tulis dalam ni.. Tapi aku tak sampai hati la nak ‘bagi’ nama kat dia , Nabila. Hahahaha ..

“ Haaa .. Yang ni , mmg takde . Dia tak kasi ari tu masa saya hantar. “. Aku kasi senyuman paling manis sambil membayangkan diri aku Brad Pitt ketika berlakon dalam filem Ocean Eleven.

“ Nama apa yer ? “. Dia tanya .

“ Ben. “ . Aku jawab ringkas.

“ Ooo.. Ben Ashaari .. blogger tu .. “ .

Aku terkaku .. Wow ..

Ok . Tu je aku nak cerita kat korang..Hahahahaha … Wowww .. Tak sangka ok .. hahahaha … Tetiba rasa diri retis … Hahaha ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Was was nak sebar maklumat !

 

" Cikgu , Amat nk terberak tuu ..".


" Kamu jgn bg salah maklumat pada saya ! Amat tak ckp apa2 pun pada saya ".


" Dia takut cikgu marah .. ".

“ Kembali ke tempat duduk kamu .. “.


Seminit kemudian...


" Cikgu , saya terberak dlm seluar.. ".


" Ok , maklumat sahih .. Cepat gi tandas !! " .

 

Ini cuma satu dialog imaginasi aku. Bayangkan segala apa yang kita nak sampaikan selepas kejadian VILLA NABILA tu , ramai takut nak sebarkan text text atau maklumat yang disalin kembali melalui Whatsapp / Facebook dan sebagainya , hanya takut ianya maklumat palsu !

Semalam , aku dapat satu pesanan melalui whatsapp dari komuniti taman perumahan aku. Katanya ada kes samun bersenjata telah berlaku di kawasan berhampiran. Mangsa , dikatakan keluar membuang sampah ke luar rumah kemudian kembali ke dalam rumah. Nak dijadikan cerita , mangsa terlupa nak kunci pintu lalu diserbu masuk oleh dua orang penyamun bersenjata !

Kalau korang , nak percaya ke tak selepas terbaca satu keratan bergambar di Facebook yang mana tindakan undang-undang akan diambil pada mereka yang menyebarkan maklumat palsu ??

Benar , bergantung la pada maklumat kan ? Tapi maklumat bagaimana ? Apakah tunggu disahihkan terlebih dahulu oleh media bertauliah seperti tv dan surat khabar ? Baru ..

“ Oooo.. betullah tuuu .. “ .

Walhal kita pon tahu berita kat tv tu pon ada yang amik isu di Internet je pon … Haaa .. Setelah berjam lamanya baru dapat disahihkan ! Tu pun bukan semua.

Jadi camana ? Macam apa yang aku dapat tu , aku tak sebarkan dah la di FB .. FB aku penuh dengan kata kata cinta je la pasni .. Hurmmm.. Nak salahkan sapa kalau maklumat tak sampai selepas ini ? Tunggu berita ? Kami bukan artis hinggakan nak umum tarikh kawin pon siap masuk tv atau berita gitu haaa ..Mungkin siap dpt slot khas ? Hahahahha … Duniaaa …

Aku nak kurus !

 

-iklan-

Sebelum anda mengambil keputusan untuk kurus. Perlu diingatkan, kurus dalam masa yang singkat tidak menjamin kesihatan anda! Jadi, PILIHLAH KURUS SECARA SIHAT DENGAN SHAKLEE.

set kurus

Kuruskan Badan dengan 3 langkah Mudah?

1. DETOX

adalah untuk menyingkirkan toksin berlebihan yang terkumpul dalam badan. Tanpa mengeluarkan toksin yang terlampau banyak di dalam badan, badan sukar menyerap nutrient dari makanan seharian dan supplemen.

2. BAKAR

adalah memecahkan lemak yang berlebihan di dalam badan. Herblax atau Alfalfa pula berfungsi sebagai medium pengangkutan untuk membawa keluar daripada badan. Oleh itu, konsep Bakar dan Buang Shaklee ini secara umum memang berkesan untuk menurunkan berat badan.

3. PROTEIN

penting untuk pelihara otot dalam badan. Perasan atau tidak, ada orang yang berat badannya turun tetapi badan dia masih flabby (menggeleber)? Berat yang turun tu bukan kerana kurang lemak tapi dia kehilangan otot. Otot penting untuk tingkatkan metabolisme badan bagi pembakaran lemak.

LIHAT TESTIMONI !! Anda pasti teruja!

Picture33

Hubungi (Murni 0193190733) untuk konsultansi

Qhaliff perlukan garaj dah !!

 

Yang ni baru beli pagi tadi.. Simpan kat umah tok dia kat Cheras ..

Yang ni parking kat luar rumah ..

Yang ni , kat dalam rumah sendiri ! Kasi tetamu mai datang main ..

4 biji dahhh 'kereta' diaaa .. tu tak tambah satu lagi kt kg dia nun di Kelantan. ? Hahahah.. Setiap tempat ada mainan dia .. Manja sungguhhh laaa.. Untung dpt bapak cam aku ni .. Hahahah .. Tak mintak, dapat !! Cuba la mintak ? Jgn mimpi laaaaa ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Bagaimana atasi masalah anak yang malas dan lambat belajar

-iklan-

 

Seronok tidak terkata bila melihat si comel kita boleh membaca buku. Pengalaman saya pertama kali melihat anak saya membaca buku Peter and Jane dari muka surat pertama sehingga tamat dengan lancar buat saya rasa sangat gembira dan terkejut. Anak saya yang berumur 3 tahun setengah, dah boleh membaca buku tahap 4 dan 5 tahun dengan lancar sekali.

Sebelum ni, anak saya susah kalau diajar di rumah. Saya memang nak didik anak saya supaya boleh membaca dari awal. Walaubagaimana pun kami tidak dapat memberi tumpuan yang lebih kerana sibuk bekerja. Isteri saya bertugas sebagai guru yang tak pernah selesai dengan kerjanya. Saya pula sering bekerja di luar kawasan sehingga berminggu-minggu lamanya. Bimbang perkembangan anak terganggu, saya menyarankan agar dia dihantar ke tadika.

Di tadika, anak saya satu-satunya pelajar berumur 3 tahun, selebihnya adalah pelajar 4, 5 dan 6 tahun. Menurut cikgu tak ada masalah, biar kan saja anak saya bercampur dengan pelajar kelas 4 dan 5 tahun. Seminggu pertama saya dapat maklumbalas dari cikgu yang anak saya terlalu aktif bermain dan tidak boleh fokus di kelas. Ada kalanya, cikgu beritahu anak saya sering mengantuk dan tidur di dalam kelas. DI rumah, bila saya tanya belajar apa di sekolah, dia jawab tak belajar apa-apa, tak tahu dan sebagainya.

Pada mulanya, saya fikir itu perkara biasa sebab anak saya kecil lagi. Tapi setelah hamper sebulan saya lihat tak banyak perkembangan pada anak saya. Dia masih tak boleh mengeja apatah lagi membaca. Paling-paling cuma baca ABC atau 123 sahaja. Oleh kerana ini anak sulong saya pun tak ada pengalaman untuk memantau sejauh mana sepatutnya tahap perkembangan dia.

Suatu hari saya terbaca artikel di sebuah majalah mengenai perkembangan otak kanak-kanak. Saya tertarik dengan kadungan artikel tersebut mengenai nutrisi yang boleh membantu meningkat pretasi otak dan IQ. Di artikel tersebut ada disenaraikan makanan-makanan sunnah dan tertulis di dalam Al-Quran akan khasiatnya untuk kekuatan otak. Makanan-makanan tersebut juga menjadi sajian utama para tahfiz Al-Quran. Bagus sekali kalau saya boleh bagi anak saya semua makanan tersebut. Tapi, di mana nak cari?

Alhamdulillah, akhirnya saya dah jumpa pun di mana nak dapatkan makanan tersebut. Saya tak bertangguh dan terus membelinya. Saya amalkan member makanan tersebut setiap pagi sebelum anak saya ke sekolah. Seminggu lepas tu saya Nampak perubahan yang sangat ketara. Anak saya senang bangun pagi. Lepas bangun terus minta makanan tersebut, dia sangat suka kerana rasanya yang sedap. Saya juga terima maklum balas dari cikgu tadika yang anak saya sekarang suka sangat belajar. Apa yang cikgu suruh pasti dia buat.

Memang betul sebab di rumah pun dia asyik nak buka buku, membaca, mengeja, menulis dan mewarna. Satu hari saya Nampak dia pegang buku Peter & Janes dan dibacanya satu persatu sehingga muka surat terakhir. Saya telefon cikgu dia dan bertanya mengenai perkembangan anak, cikgu tu sendiri agak terkejut kerana anak saya cepat sekali menghafal apa yang di ajar. Walaupun dia belum pandai membaca, tapi sudah boleh menghafal dan mengenal setiap perkataan di dalam buku tersebut.

Cikgu tadika anak saya pun tanya, apa saya buat pada anak saya sampai dia boleh berubah menjadi sangat rajin dan cepat belajar dalam masa yang singkat. Saya tak suka berahsia dan teruja sangat untuk berkongsi. Kalau pembaca pun nak tahu, sila teruskan membaca di Rahsia Anak Pandai .

Sambil tonton Ultraman ..

 

Tahu dah mana nak dikoyaknya dan mana nak disumbatnya .. Dah expert woooo.. Yg tepi tu , bapak ke makan ???

Takde maknaaa .. huhu..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI