Khamis, 21 November 2013

Bila kereta baru ku terkena cat !

 

Tekanan jiwa jap bila tengok menda ni ! Memula aku ingat lumpur ! Sewaktu aku antar ke kedai basuh kereta , aku tengok diorang biar je part ni .. Aku pelik gak ! Apasal laaa diorang tak basuh tang sini ? Biar jee .. Tunggu jeeer ..

Bila tengok diorang dah hampir selesai , aku gi usik kat situ .. Sekali , keras jeeer ! Warrghhhh !!! Cat la pulakkkk .. ARghhhhhh .. Tensen gueee ..

Aku mintak salah seorang dari mereka tolong bersihkan. Kemudian sorang tu amik spray dan spray kat situ .. Aku tanya apakah itu ? Dia jawab .. tar ! Hurm… Keluar tapi leceh skit.. kena paksa ! Kat body kereta , selesai tapi kat ruang dalam belah tayar tu je takleh buat..

Ada jugak aku tanya kengkawan di FB .. Jawapan mereka ? Hahaha.. Ada yang membantu .. Ada yang seolah mintak digigit telinga !  Grr… memain jawapan diorang aih …

Balik rumah , aku tanya abang aku .. camana nak buat ? Dia kata biar je.. Nanti dah keras , lama lama jatuh sendiri ! Hurmmm .. Dugaan betul la pakai kereta ni .. Dah la hutang bertahun tahun .. Hurm…

Terima kasih awek City Chain , Alamanda !

 

Yeayyy .. dah leh pakai jam baru esok . Esok ada shooting lagi . Leh bergaya ala ala James Bond walaupun perut dah semakin memboroi kembali ! Huhuhu ..

Kenapa ? Apa cerita ? Gini dong ahhh .. Aku bicara sama kalian yaaa..

Aku : Boleh potong tali jam tak kat sini ?

Awek tu : Boleh. Boleh saya tengok jam itu ?

Aku : Yer ?

Aku terpinga pinga .. Dia cakap perlahan .. Lembut jer ..

Awek tu : Boleh saya tengok jam tu ..

Aku : Oooooo …

Terus aku panggil wife aku. Dia beg sandang aku.. Kemudian aku berikan jam tu pada dia .. Dia ukur pergelangan tangan aku. Nak kena buang 2 jer ..

Awek tu : Sekejap yer.. Saya buat..

Tak lama kemudian dia datang dan pulangkan jam aku.

Aku : Berapa yer ?

Awek tu : Tak per.. Tak perlu bayar ..

Aku keluarkan beg duit aku. Cari RM8 .. Dia kata RM8 .. Aku hulur pada dia. Dia menolak.

Awek tu : Tak perlu bayar ..

Dia senyum . Wahhhh .. Wahhh .. Baiknya .. Aku ucapkan terima kasih dan memberi senyuman paling manis untuknya .. Wow ! Hahahaha.. manis la sangat yer ?

Semoga Allah murahkan rezekinya ..

 

 

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sup keting !

 

Hehehe.. Sup keting .. Kali pertama aku makan , kat Bangi .. Sedapppp tapi …. esoknya aku MC dua hari sbb tekanan darah naik ! Hehehe .. Baru ada akal ..

Sejak tu , aku tak berani dah nak makan sup keting .. Tetapi baru baru ni , aku makan sup keting kat restoran Nasi Kerabu Ketereh di Bandar Baru Salak Tinggi .. ok la pulak ! Takde masalah langsung.. Sedap , mmg sedap .. 

Dan baru tadi , aku gi makan lagi ngan Qhaliff serta keluarga aku .. Dua mangkuk sup keting utk aku ! Hehehe.. Tapi tak banyak pon keting yang ada dalam tu.. Namun tetap menyelerakan ..

Camana nak kurus kan ? Huhuh …

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Suka benar tekan butang ..

 

Tempat kegemaran dia bila di Alamanda ! Mesin Atm dan juga komputer di MPH .. confirm dia beria ajak gi situ untuk sentuh papan kekuncinya .. Wow ! Aku guna bahasa Melayu sepenuhnya tu .. Papan kekunci koooo .. Hahahha .. Keyboard okehh ..

Bila aku wat wat nak berjalan pergi , baru bersungguh dia kejar balik ! Hahaha.. habis bergegar pipi dan perutnya.. hahaha .. Lawak la budak sorang ni ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

UlangTahun ke 5 , aku nikah !

 

Wowww .. rasa cam semalam je baru menikah ! Masih segar memori indah tersebut.. Auwww.. Indah la ok !! Ingat apa ? Tak best ke menikah ? Mengelabah satu badan ! Peluh keluar mencurah curah .. gi gym pon tak berpeluh gitu haaa terutama di dalam hati ni ! Kalau suruh ulang lagi atau menikah lagi , aku tamoooo alami dah perasaan gitu ! Tapi kalau suruh alami selepas menikah , tu aku mau laaa.. hahaha..

Nak letak gambar aku kawin ke ? Heheheh .. Kang aku letak kang , ada pulak curi pastu wat akaun palsu di FB lagi. Serik dah wehhh .. Huhuhu .. Maaf la yer ..

Kata kata khas untuk yang tercinta ? Ololo … Biarlah aku bagitau secara peribadi je la.. Kang ada pulak yang copy paste lak .. Hahahah .. Guwau jer ..

Tapi yang pasti , buah cinta kami yang pertama , tanda kebahagiaan kami ..

qhaliff

Dialah , penghibur kami … Muhammad Qhaliff Iman ..

Oh , nak celebrate kat mana ? Hurmmm … Nanti buat sekali gus la .. Hahahah .. Besday aku 30hb .. Nak kena celeb gak ! Besday dia 1hb Jan ! Nak kena sambut lagi ! Alang alang , celeb skali ngan besday Qhaliff laa .. 2hb April ! Ok ?

Jimat woiii !! Gula mahal skang ni !

“ Buat isteri ku tercinta … “ … Ok dah .. Nanti dia terharu , tak leh buat kerja lak .. Aku ingat nak pos bunga tapi bunga mahal weh ! Dekat RM200++  !! Baik belikan jubah jer.. Pahala pon dapat kan ? Bunga bukan leh makan ! Takat , Oh im terharu je , tak yah la ..

Kempen RM20 dari Malaysia untuk keluarga para Syuhada

 

Takde sapa mintak aku buat post ni tapi terdetik di hati ini untuk ajak korang sama sama menyumbangkan sebeberapa yang ikhlas pada  saudara saudara kita di sana..

 

Jika setiap ahli menderma RM20, bersama-sama kita dapat membantu 100 keluarga para syuhada yang terkorban dalam peperangan menentang Syiah.

Saudara-saudara kita telah melaksanakan tugas mereka dalam peperangan, marilah sama-sama kita melaksanakan tugas kita dengan membantu ahli-ahli keluarga mereka yang terselamat. “.

Photo: "Kempen RM20 dari Malaysia untuk keluarga para Syuhada"

Jika setiap ahli menderma RM20, bersama-sama kita dapat membantu 100 keluarga para syuhada yang terkorban dalam peperangan menentang Syiah.
Saudara-saudara kita telah melaksanakan tugas mereka dalam peperangan, marilah sama-sama kita melaksanakan tugas kita dengan membantu ahli-ahli keluarga mereka yang terselamat.

Kempen berakhir 4 Disember 2013.
----------------------------------------------------------------------
Pihak kami di Syria Care HANYA menghulurkan bantuan ke Syria seperti bantuan KEWANGAN dan KEPERLUAN ASAS SAHAJA (spt makanan ,pakaian & ubatan). 

Bagi menghulurkan bantuan , anda boleh hubungi kami di : 

Alamat: (SYRIA CARE OFFICE)
No.38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Emel: souriacare@gmail.com
Paypal : alehsidek@gmail.com
Akaun Maybank: 562106630487
Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia
Bank swift Code : mbbemykl

Pihak kami di Syria Care HANYA menghulurkan bantuan ke Syria seperti bantuan KEWANGAN dan KEPERLUAN ASAS SAHAJA (spt makanan ,pakaian & ubatan).

Bagi menghulurkan bantuan , anda boleh hubungi kami di :

Alamat: (SYRIA CARE OFFICE)
No.38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Emel: souriacare@gmail.com

Paypal : alehsidek@gmail.com

Akaun Maybank: 562106630487

Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia

Kempen berakhir 4 Disember 2013.

Jom ke FESTIVAL HIJAB !

 

Aku juga dijemput sama .. Best part .. Tadaaa …. Aku akan ke Sitiawan , Perak sebagai panel jemputan bagi sesi “ Sembang Niaga Usahawan-usahawan Media Sosial “ .. hehehe … Wow ! Hahaha ..

Jom laaa ke Festival Hijab yang akan bermula Jumaat ini , 22hb hingga 24hb November yang bertempat di Perkarangan Mara , Sitiawan , Perak.

image

Aku punya , hari Sabtu .. Tuu jam 3.30 petang hingga 4.30 .. heeee ..

image

Tak sabar lak nak pergi .. hehehe .. Banyak usahawan Hijab join … Antaranya ..

image

Dan tujuan Festival Hijab ini dibuat adalah untuk …. Haaa.. Baca bawah ni ..

image

Ok ? Faham dah ? Tunggu apa lagi ? Korang yg tinggal berdekatan dengan Sitiawan atau yang jauh sekali pon .. rajin nak datang .. mai laaaa ..  Shopping timeee !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI