Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 24 November 2013

Raja Ayam Goreng Malaysia , Kelantan Freid Chicklen !

 

Photo

Aku tauuuu .. mesti nak kata aku salah eja kan ? Haaa .. Aku tak perasan banner ni hinggalah aku up di fan page aku , SANTAI BEN ASHAARI dan ada kawan menegur mengenai ejaan di banner ni ..

Kemudian ada kawan yang menerangkan yang mana sememangnya ejaannya mmg begitu ! Hehehe … Kenapa ? Tak nak di saman ? Hahaha .. Bijak bijak .. Sekali pandang , mmg nampak FRIED CHICKEN  la kan ? Dua kali pandang ?? Nampak ayam goreng dah .. takde sapa nak pandang banner tu lama lama sehinggalah pandangan ketiga iaitu setelah kenyang ! kan kannnn .. hahaha ..

Sedap tak ayam ni ? Korang tanya aku ke ni ? Nak aku jawab jujur ? Ok … aku tak pernah memandu sambil makan ayam goreng ! Apakah ertinya itu ? Sedap laa wooooo …

Nanti nak cari lagi la.. Ada yang nak sponsor kah ? hahaha ..  Guwau jer …

Ke Perak tanpa sebarang tol !

 

Perghhh .. Eh , silap … Alhamdulillah .. Sampai dah rumah dgn selamatnya walaupun .. hurmm…. Syukur.. Aku memandu dalam keadaan tersangat penat ! Terlelap berkali kali hingga aku menampar pipi aku sendiri .. huhu .. Wife dan Qhaliff , terlelap dah .. Tapi bila dengar aku membebel sorang diri , wife terjaga dan temankan aku.

Ok .. itu cerita sewaktu balik tadi.. Tapi sewaktu nak pergi tu yakni semalam ( Sabtu ) .. buat pertama kalinya , aku lalu laluan yang tak pernah aku ikut. Perjudikan nasib. Ikut je GPS ! Huhuhu ..

Alhamdulillah .. sampai ke Sitiawan dengan jayanya ! Dan menariknya , satu tol pon tak aku lalu ! Dan minyak , setengah tangki je guna ..

Laluan apa ? Dari rumah aku iaitu di Sepang ni , aku lalu Banting , menuju ke Kuala Selangor seterusnya amik ke Sabak Bernam dan terus ke Teluk Intan ! Tadaaaaaa .. sampai dah Sitiawan yang berhampiran dengan Lumut ! Perghhh ..

Menariknya kan .. bila lalu laluan lama  ni ,  macam macam boleh dibeli dan makan ! Haaa … Banyak sangat la kedai .. Confirm rambang bijik mata .. tak tau nak singgah kedai mana punya !

Namun begitu .. sila hati hati la yer.. Bila memilih kedai tu , cari yang bersih. Bukan apa , sekarang ni penyakit mudah sangat dah menjangkiti kita ..

Best jugak bila belajar berjimat cermat ni .. hahahaha …

Mendamaikan ..

 

Ngantuk sangat td .. Bila tgk sawah padi menghijau ni , terus segar bijik mata ni ! Hahahaa .. Cantik kan ? Hurmm .. Kalau dah musim menuai , lg cantik wooo .. huhu..

Ni kat Sg. Jejawi , Perak ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Kerana Ultraman itu !!!

Sakit blkg badan aku.. Entah dr mana datang , aku pon tak tau.. Tau tau , ada atas katil aku  dan aku tidur di atasnya !! Adoiyaiiii ... 

Tengok kat lantai.. tuuuu diaaaa...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI