Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 29 November 2013

Qhaliff tunggu besday daddy !

 

Takde sebarang sambutan. Sekadar makan malam bersama keluarga tercinta di tempat yang baru dan santai. Ekslusif bagi aku walaupun hanya berselipar dan aku yang membayarnya sendiri ! Hahahah .. Apadahal kan ? Duit aku , duit dia gak.. Duit dia , duit dia laaa.. Heee ..

Photo

Sekadar ingatan .. Tak lebih dari tu .. kan kan ? Hehehe ..

Qhaliff dan wife menunggu hingga jam 12 utk jadi orang pertama ucap selamat.. hahaha.. Tahun lepas , dia terlewat 6 jam ! Hahaha.. Tak kisah pon .. Cuma seminggu je la dia dibahankan sbb pasni dia punya turn lak.. hahaha ..

Hurmm.. Dah masuk 37 tahun .. ke 38 ? Huh .. 37 kot ? Hahaha .. Aku malas nak kira .. kang terkejut lak sbb nak cecah dah 40 ! Fuhhh.. gila laa… Sekejap je masa berlalu .. Tahu tahu dah nak 4 series !

Tapi dalam dunia blog ni , aku muda lagi. Masih terlalu banyak nak diperbetulkan dan diperbaiki .. huhu.. InshaAllah , aku akan cuba bagi yang terbaik lagi nanti .

Buat semua rakan rakan yang ucap selamat di FB , INSTAGRAM , BLOG dan sebagainya , jutaan terima kasih kerana ingat akan 30hb ni walaupun sebenarnya FB yang tolong ingatkan .. kan ? Hahaha.. Tak kisah laa.. janji ada ucap dari takde langsung kannnnn .. hehe ..

Terima kasih .. Semoga Allah berkati kita semua !

 

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Hobi terbaru ..

 

Abis semua dia kopek skang ni ! Aku punya screen protector kat SNote pon dah selamat hilang ! Aku letak balik , 2 saat kemudian dia kutil balik ! Huhhuuh ..

Selain dari tu .. mulut aku abis kena cungkil ! Telinga ? Hidung ? Huhuh.. Apa saja dia pegang , semua dia buat gitu ! Kuku kaki dia pon nak gak dia buat gitu !!

Makin membesar … macam macam ..

 

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Menyibuk la dia !

 

Photo

Tukang paip datang ..Nak tengok apa yang problem .. Dia check dan tanya aku .. Hurm .. Aku tak rasa dia mahir dalam bidang ni .. Tak kisah la .. Janji air keluar .. Tapi punca air yang masih mengalir di dalam lubang air tu , masih tak tau .. Hurmm .. Kena tunggu bil air hujung bulan. Apakah bil meningkat atau tidak ..

Dan .. si Qhaliff .. masa ni la jadi Ultraman .. Haihhhh .. Nak tengok dia .. nak tengok orang tu.. nak jawab pertanyaan wife di whatsapp .. Dengan wujudnya lagi akaun palsu guna gambar aku ! Mak aihhhh .. bertimbun masalah .. sekali harung lak tu.. Tapi tak pe .. Allah nak uji aku. Ada orang lagi teruk dari aku .. Jangan mengeluh..

Akhirnya Qhaliff telah calarkan kabinet dapur kesayangan wife .. huhu .. Siap dia balik nanti ! Hahahha …

Dah semakin bijak ..

 

" Jap sayang .. daddy nak potong kuku tu .. " ..

Dia diam je .. Kalau dulu , meronta ronta minta dilepaskan ! Huhu ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Kenapa mesti beli skirt ini ?

 

-iklan-

 

Sebabnya skirt ini selesa dan skirt yang selesa ini pula dijual dengan harga yang sangat berpatutan..!

Satu ketika dulu cukup susah mencari skirt yang cantik untuk wanita plus size. Pilihan mudah yang ada ialah mencari di bahagian pakaian ibu mengandung kan..? Hiihii..

Ketepikan perasaan segan sebab wanita ber saiz plus plus plus pun nak bergaya juga, kan ? English Painted Skirt adalah antara koleksi skirt yang sangat selesa untuk wanita plus size.

Daripada pinggang hingga buku lali. Material jenis high quality lycra , kainnya jenis sejuk dan ringan , dan ia tak jarang. Paling penting , getah di pinggang tak bergulung... diakui oleh ramai pelanggan yang pernah membeli sebelum ini.. memberi rasa selesa  dan secara tak langsung buat kaki melangkah dengan lebih yakin ketika bergaya.. ^_^

Dimana nak beli skirt kembang yang cantik dan selesa? Sila klik Instagram bachplussize dan tengok tu… Jualan mencanak-canak tanda skirt ini mendapat permintaan yang hangat dari pembeli.

Boleh juga whatsApp atau sms ke nombor yang diberikan – 0123203035 . Tapi sebelum tu , sila pergi je kat Facebook Page - Bach Plus Size utk melihat lebih banyak lagi contoh contoh yang sesuai untuk anda .

Cepat...! Stok sangat terhad...

^_^

Terima kasih ya kerana sudi membaca...

Jangan baca gitu je... Jom cuci mata... kalau tak beli pun tak apa.. Share pasal skirt yang best nih pun boleh je..

hikhik..

Nak percaya atau tidak ?

 

Janji manis adalah mainan kata kata jurujual ! Maaf cakap la yer. Andai anda seorang jurujual , anda tahu siapa anda . Apakah anda seorang yang pandai berjanji tapi bila dah dapat habuan , maka perkhidmatan anda serupa melepaskan batok di tangga ? Jika bukan begitu , tahniah ! Anda layak mendpt ganjarannya ..

Tapi jika bukan , sila sila la ubah perangai tu !! Ingatlah .. duit yang dapat tu tak berkat sbb menipu orang .. Janji lain , tapi hasilnya tidak seperti yang dijanjikan . Patutkah ?

Aku bukan apa.. Nak kata serik , apakah pilihan yang aku ada ? Buat sendiri ? Bukan kepakaran aku. Nak tak nak , kena panggil yang lebih arif. Tapi masalahnya , zaman ni yang berlagak lebih arif ni ramai ! Bila cakap , pandai … bila buat , hampeh !

Kena bijak pilih ? Itu dah semestinya cuma zaman ni , semua nampak meyakinkan. Camana tu ? Malah perompak zaman ni pon dah macam berpakaian  CEO BANK atau menteri haaa .. Kemas , rapi , kacak tetapi penyamun ! Camana tu ?

Satu je pesan aku. Apa saja yang mereka janjikan , sila buat hitam putih. Sebarang perlanggaran syarat kontrak , saman atau bawa jer ke muka pengadilan ! Jangan kasi muka ..

Dah pandai memilih ?

 

Semalam , mak dia buat bihun goreng.. Dia makan skit jer .. Puas la memaksa .. Tamo gakk .. Aku kasi biskut , makan pulak dia .. Kasi roti , makan gak .. Wahhh .. memilih ?

Pagi ni , mak dia belikan laksam tanpa  cili .. heee.. Aku suap .. Nganga ajaaa dia ! Tu diaaa .. Ni mmg confirm anak Kelantan ni ! Hahaha.. tapi lahir kat Putrajaya la ..

Dah puas makan .. Main .. Lompat lompat sebelum aku paksa suh dia tidur sbb nampak sangat dia mengantuk lagi.. Sebelum tu , mandi dulu..

Semakin nampak dia bertambah ‘tau’ .. Mandi pon dia tau dah nak berdiri kat mana .. Tau dah dia nak kena gosok gigi malah dia sendiri yang mintak ! Dan tau dah cakap lapar .. siap mintak susu lagi ..

Besar dah anak aku ni … Aku semakin tua .. Huhu..

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Bila daddy pakai ‘snow cap’ !

 

Zasss . dia terus pegang kaki aku .. Tak kasi aku bergerak tanpa dia ! Terus meloncat loncat untuk mintak aku dukung ! Selagi aku tak dukung , dia takkan lepas kan aku !

Bawak naik kereta .. Duduk depan gitu.. Macam orang tua dahhhh lagaknya ! Pakai seat beat.. duduk diam diam .. Pandu perlahan je .. Tak sampai 100 m pon destinasi.

Aku kena bawak dia ke kedai sbb wife sakit pinggang. Aku mmg nak ke kedai untuk beli air mineral dan roti . Kalau tinggal Qhaliff kat rumah , confirm dia nak panjat mak dia tuuu.. Bahayaa ! Mak dia kan mengandung dah nak masuk 5 bulan ! Huhuh.. Tak lama dah tuuu ..

Kat kedai .. Aku tau apa dia nak. Dia pon tau , aku tau ! Hahahha .. ROti dan air feveret dia.. Confirm dia duduk diam ! Lepas beli roti dan air , aku ke restoran mamak .. Beli maggie goreng ayam . Pastu ke kedai tom yam untuk beli bihun sup !

Tahukah anda ? Aku bergerak dengan dukung Qhaliff yang dah nak cecah 14kg tu.. Dia melekap kat dada aku macam spiderman ! Kenapa tak lepaskan dia ? Dia dah boleh berlari cam lipas kudung ! Aku rasa tak lama lagi , mmg aku tak leh kejar dia dah ! Aku dah kena kembali ke gym ..

Dari kedai mamak ke kedai tom yam tu , lebih kurang 50meter .. Kena lintas jalan yang agak sesak gitu .. Huhuhuh… Sampai kat kedai, aku order makanan.. Dan tunggu ..

Siap makanan aku ! Aku gi amik.. Aku bagi la RM20 .. Harganya cuma RM4.. Akak tu tanya aku.. Ada kecik tak ? Aku kata takde.. Aku cuba la cari kot kot ada ke.. Akak tu boleh tunggu haaa ?? Aku yang sedang dukung Qhaliff teraba sana sini cari duit ! Huhuh..

Bagi je RM20 dan amik baki.. Qhaliff , dari tadi dok makan roti.. Tiba-tiba roti dia hilang !! Ahhhhh .. sudahhhh .. mana pulak dia gi letak roti tuuu ! Dalam kereta lak tuuuu .. ARghhhhhhhhhhhhhhhhhh …

Ok .. penat nak citer wehhh !  Tensen ? Tak .. tapi geram ! Geram sbb .. hurm.. Tah laa.. Aku nak cakap lelebih , kata aku .. hurmm.. Tak tau la.. Tapi aku bukan geram kat Qhaliff atau wife .. kat orang lain !

Ujian Allah pada aku .. Kecik je tapi terasa berat dah .. hurmmm… Orang lain punya ujian lagi teruk dari aku , pon mereka masih boleh senyum. Tabah sungguh mereka ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI