Sabtu, 30 November 2013

Merajuk

 

Dasat budak sorang ni kalau merajuk wooo .. Asal merajuk je , terus lari ke belakang sofa . Pastu tak nak bertentang mata dengan kita ni haa.. Pandang je tv .. hahahaha ..

Ada sekali tu .. time nak tidur . Mak dia cerita kat aku balik .. hahaha .. Lawak laa .. Boleh dia merajuk dengan angkat bantal kecik dia pastu gi tidur berjauhan dari mak dia ! Hahahaha .. Pastu bila mak dia panggil dengan lembut , sengih.. terus datang balik . Adoiyaii ..

Nanti ada adik , tak tau la aku camana lak ragam dia .. Aku nanti jadi pening ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Gegar MATIC FEST 2013 ..

Heee.. saja bawak famili gi ke MATIC , Jalan Ampang tadi.. Yelah , esok aku kena gi situ gak sbb aku dan ramai lagi rakan blogger join Treasure Hunt .. heehehe..

Meriah tadi kat situ. Ada pertandingan paintball , kucing , permainan tradisional , gusti lengan dan mcm mcm lagi.. Qhaliff , enjoy sungguh dia kat situ. Lari sana sini dia dgn sepupu dia .. heee..

Pastu gi lepak gerai KLFF yg mmg dibuat setiap malam minggu .. Kenyang makan mcm mcm .. heeee..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Lanjutan kes air takde !

 

Kelmarin , air kat sinki takde .. Pastu plumber datang , dia cuma tukar laluan paip tu je.. Tapi punca masih tak tau kat mana .. Tu saja dah kena RM50 ! Hehehe.. mana ada menda free kan ?

Tapi air kat lubang ni senantiasa keluar ! Ini bermakna , ada yang tak kena !! Plumber tu ( merujuk plumber yang besar tu.. bukan yang kecik berbaju putih tuu .. ) , tak tau apa puncanya ..

Dan pagi ni , dalam kul 10 pagi .. Di saat saat aku nak keluar gi main paintball  , sedang aku mandikan Qhaliff .. air terus takde ! Tengah mandi ni ! Nasib baik belum shampoo ! Kalau sedang tu , camana ? Perghh.. meraung dia .. hahah ..

Aku bgtau wife .. Dia cari no tel SYABAS dan buat panggilan . Sebelum tu aku ada call plumber , dia kata nak datang .. Tapi tak tau la bila nak datangnya !

Tak lama kemudian , SYABAS sampai ( SYABAS kerana pantas !  ) .. dia cek meter.. Takde masalah dengan laluan air sebelum tu. Laju je .. Ini bermakna , paip bawah tanah pecah . Jadi , dia cadangkan aku gi buat repot pada pemaju rumah memandangkan masih ada jaminan 2 tahun.

Dan aku pun gi .. Nasib baik tak jauh pon. Dalam 200 meter je dari rumah .. Qhaliff , sibuk nak ikut gak. Padahal mengantuk tuuu .. huhu ..

Gi buat report .. Alhamdulillah , tak sampai setengah jam .. datang orang dia untuk buat pemeriksaan .. Dan , Isnin ni baru datang plumber mereka. Katanya plumber diimport dari Melaka .. hee.. Tak kisah laaa .. Janji air mesti ada pasni .. Kalau tak , naya gue sekeluarga ..

Dan kawan yan bergelar kontraktor yang kasi janji manis tu .. hingga sekarang takde apa apa pon ! Jangankan nak cadang no tel plumber , tanya perkembangan pon tidak ! Bagus tak ? Dah dapat duit , senyap terus .. Perghhh .. Cam ni bangsa kita nak maju ? Untung skit , terus lupa prinsip khidmat selepas jualan  ..

Bila ada orang tanya aku .. rekemen kontraktor , mmg aku langsung tak rekemen orang gini !

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tak guna punya kawan !

 

Serius , kalau nak buat apa apa yang makan belanja yang besar dan untuk jangka panjang , cari yang pakar ! Kalau tak .. jadi cam aku ni !

Apa kes ? Aku renovate rumah sebelum masuk ke rumah baru ni . Kontraktor ? Kawan kawan gak ni. Maklumlah , nak support dan percaya punya pasal. Apatah lagi janji manisnya , mmg menikam kalbu.

Macam macam la ceritanya bila projek dah berjalan.. Ingat lagi aku pernah tanya dia yg mana kalau dah abis tempoh defact , camana ? Jawabnya , tak peee.. Panggil je… Diorang mesti datang punya !

Setelah beberapa bulan aku duduk… Ada la beberapa masalah seperti retak dan sbgnya. Suruh datang memula tu .. Datang la.. Amik gambar pastu kata nanti datang repair .. Yang pertama tu , ok la.. Tapi bila ada retak lagi , takde daaahhh !! Bila call tanya , nanti diorang datang ..

Yang terbaru .. kes air ! Air mengalir keluar tapi tak tau mana punca . Aku call la diorang utk mintak check . Bila call , katanya nanti suruh kawannya tu datang. Atau mintak aku call kawannya . Bila aku call , 2 kali ring ,pastu voicemail ! Dari hari Khamis hingga hari ni… Bila call kawan yang dapat projek ni , katanya tempoh defact dah abis ! Haahahahha .. boleh ??? Aku cakap yang crack tu pon tak settle , pastu leh cakap dah abis ? Best part , nanti datang..

Dan hingga sekarang , nak call balik aku atau wife pon takde ! Apa cerita ?  Haihh .. Aku bukan nak suruh buat kerja free ! At least datang tengok , periksa. Kalau kata bukan salah diorang , ok la.. Ni aku dah panggil plumber semalam .. Diorang pon tak tau apa punca ..

Hurmm .. Belum dapat projek , janji manis. Dah dapat , bayar pon langsai.. terus gini ! Macam ni ke kawan ? Cer bagitau ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI