Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 1 Disember 2013

Qhaliff memang pakai je pampers je kat rumah ?

 

Hehehe .. Yeke ? Ada kawan tanya aku .. “ Qhaliff duk umah mmg pakai pampers je ke ? Tak dipakaikan baju ke ? “.

Menyentapkah dengan soalan gitu ? Ehh , idok laaaa .. Nak sentap apa.. Kalau boleh , aku pun nak amik gambar aku pakai pampers kat rumah .. Cuma tak leh je.. nanti ada orang amik , buat pic profile lak .. Mengaku tu gambar dia pastu wat onar dengan id begitu. Tanggung la dosa tu nanti yer . Aku dapat pahalaaa ..  Huhu ..

Berbalik pada Qhaliff .. Gambar yg aku amik , adalah spontan . Aku takkan pakaikan dia baju lawa lawa , bunga bunga di telinga dan mahkota di kepala pastu amik gambar seterusnya edit di 360 untuk nampak comeyyyy !!

Bukan gaya aku ok ! Aku bukan juga nak aniaya anak aku. Sememangnya aku nak bagai yang anak aku ni , masih baby. Gambar yang aku amik tu , dia baru nak mandi , atau selepas mandi .. Takkan la dia nak duduk rumah begitu jer .. Tahukah yang dia tukar lampin 3 jam sekali  .. Kalau berak , terus je tukar ! Haaa .. Mungkin ramai ibu buat gitu tapi aku bapa yer .. heee ..

Dan satu lagi .. mana la tau kot kot PET PET , DRPERS , atau pembuat lampin pakai buang ni nak sponsor Qhaliff atau adik dia nanti.. Hahaha .. Mana laaa tauuuu ..

Jangan risau kawan .. Anak aku tu , senantiasa dipakaikan baju .. Cer tengok gambar dia .. Tiap kali dia berpampers je , dia beraksi. Semangnya gitu. bila dibukakkan baju seluar dia .. terus dia gi buat kerja.. Lari sana sini untuk kasi aku kejar dia . Tu pasal aku rakam perbuatan dia tu . Cute oke ! Cuba korang buat gitu. Pakai pampers jer pastu lari sana sini .. cute tak ? Tak kan ? Hahahahha …

Treasure Hunt Matic Fest 2013 ..

Gegarrrr dongg !! Hahaaha .. mmg giler la kali ni .. Siap bakar  pengadil lagi sbb arahan tak tepat .. Hahaahaha .. Saja je kasi dia stress ..

Kali ni punya game , mmg thorbaekkk .. hahaha .. Menang ke ? Grrrrr .. ?@$*/£^£ !!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Lagi anugerah untuk blogger ?

 

Woww .. semakin mendapat tempat yer blogger di dalam negara kita ni. Alhamdulillah .. Ramai dah bukak mata termasuklah ‘mereka-mereka’ itu ! Nampak dah kelebihan blog ini kan ? Tak kira la positif penulisannya atau pun sebaliknya.

Dulu kann.. masa mula mula aku berblog , ada laaa diorang buat satu anugerah ala ala surat berantai tu.. Dia bagi anugerah blog tercantik laa.. blog best laa tapi kena tag rakan rakan yang lain ! Aku yang lurus bendul dalam dunia blog ketika itu , punyaaa la happy ! Hahahahah .. Tak tau rupanya aku tertipu haaa .. hahaha .. Tak kisah la.. Janji enjoyyyy ..

Kemudian wujud DIGI WWWOW lak .. Aku join.. Sampai ke final 3 .. Tapi takde rezeki kat situ. Aku tak kisah sbb aku tau kenal blog aku dan kekuatan blog aku. Aku tak perlu award untuk meningkatkan lagi semangat menulis ..

Dan kemudian ada lagi award untuk blogger.. Makin banyak la pulak eh ? Aku malas dh nak amik tau semua ni .. Kenapa ? Sebabnya , kekuatan sesebuah blog tu bukan terletak pada award ! Tetapi apa yang nak disampaikan pada pembaca , masyarakat dan manfaatnya !

Ok .. ada yang tanya kat aku .. aku cerita pasal anak ! Apa yang menariknya ? Apakah yg bagusnya gitu ? Mudah jer .. Lelaki zaman ni atau dari dulu lagi  di negara kita  ini , menyerahkan tugas menjaga anak ni pada isteri ! Kan ? Maka bila aku bercerita begini , lelaki di luar sana atau perempuan yang bergelar isteri di luar sana nampak perasaan lelaki yang menjaga anak.. Sama tak ? Takkk .. lain wooo ! Dari situ , pengajara serta info baru akan diperolehi andai bijak mengolahnya. Jangan pandan sambil lalu. Memang tak jumpa apa apa.

Kesimpulan .. Award ni , bagus.. Satu penghargaan buat blogger cuma yang tak dapat atau kalah tu , tak perlu la nak frust .. Award paling penting adalah pembaca blog kita ! Hargai  dengan memberikan penulisan yg bermanfaat dan berguna pada rakan rakan pembaca kita ..

Aku nak award aku .. pahala  !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI