Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 2 Disember 2013

Segmen Facebook : EPHYRA DI HATIKU !

 

Kali ni aku nak buat segmen yang semua orang leh join.. Segmen mudah dan ada hadiah ! Hadiahnya , korang leh baca di bawah nanti ! Heee ..

Ok .. Segmen EPHYRA DI HATI KU ni adalah kerjasama EPHYRA dan aku laa .. Heee .. Mudah jer .. Tak susah pon. Tiada duit pon kena keluar.. Cumaaa apa yang perlu korang buat ialahhh ..  Tadaaaa ..

Print

Sila ikut langkah ini betul betul yer ! Jangan skip yer ! Tak baik yer ! Jujur yer .. Hehehe ..

  1. Nampak gambar  Memey di dalam banner EPHYRA tu ? Yearghhh  .. Aku tau korang nampak sbb aku pon nampak ! Apa yang perlu korang lakukan cuma , post gambar di atas ni di timeline FACEBOOK korang dan tulis dalam 20-30 patah perkataan kenapa korang ingin mencuba EPHYRA ni ! Kalau tak tau apa tu EPHYRA , sila google ! Ramai dah orang guna okehhh !
  2. Pastu jangan lupa kene tag @oceanlife2u  @benashaari  serta  #ephyradihatiku
  3. Ni paling mudah .. SILA  LIKE & FOLLOW official Facebook Fanpage Oceanlife2u dan Instagram official : @ephyra2u

Tu je pon ! Mudah kan ?? Tak susah kan ? Macam senang jer .. Macam mudah jeer .. Haaaa .. Hahahah .. Ok ok ..  Camana pemenang ditentukan ? Keputusan pilihan pemenang bergantung kepada creativity masing2 dan keunikan tulisan masing2.

Ahaaa .. Tokey EPHYRA kata dibenarkan ambil info dari FB oceanlife2u / website / instagram atau mana2 yang ada berkaitan EPHYRA. Ikut kreativiti korang laa .. Jangan tiru orang lain punya dah la.. Kantoi nanti.. Tak menjadi nanti produk tuuu .. Heee ..

PENTING !!!

Setiap penyertaan perlu ada bukti ! Haa .. camana tu ? Mudah jer .. Sila printsccreen posting anda di timeline FB tu dan kepada email : contestephyra@gmail.com  dgn tajuk " EPHYRA DIHATIKU “ bagi memilih pemenang !

Payah ? Meh aku mudahkan ..

FACEBOOK  >  POSTING DI TIMELINE >  FOLLOW  FB DAN INSTAGRAM  > PRINTSCREEN DAN EMAIL !

Tadaaaa ..siap !

Ok … ok .. Pemenang segmen ini akan diumumkan pada 11/12/2013

Dannnn apakah hadiah yang menanti anda  ??

HADIAH utk pemenang ialah 5 yang terbaik akan memenangi 1 kotak EPHYRA FOC (30sachets) (bernilai rm197 x 5 = rm985)

10 saguhati  akan memenangi 1 kotak trial pack ( trial pack 10 hari ) (bernilai rm68 x 10 = rm680)

Amacam ?? Mudah je kan ? Kalau Ramai join , inshaAllah … buat lagi best punya hadiah .. Ok ? Sila war warkan pada rakan rakan anda !

Terima kasihhhhh !

Lasak bebenor !!

 

Haihh.. kena marah dah ngan aku hari ni. Nak tgk respon dia bila kena marah .. Hurmmm .. merajuk !  Taknak pandang akuuu .. Tapi bila panggil , nak pulak dtg .. huhu.. Tang ego tu , aku .. tamg mudah lembut hati tu.. mak dia .. heee..

Tuuuuu..sbb tu kena marahhh.. Tp dia wat dek jer .. Kan dah dapat satu benjol .. tak pasal pasal .. Dok , main sangat .. tersondol kerusi kayu..tapi tak lak menangis.. Terus sambung lagi ada la. Tau tau benjol ..

Makin lasat dia ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sepupu ? Seiras tapi bukan ?

 

Photo

Ramai ingat ni Qhaliff .. Benarkah ? Korang rasa ? Aku rasa …

Boring duk sorang sorang !

Gi lepak Cheras sbb cuti sekolah .. Ada ramai kawannnnn.. bestttt .. daddy pon  leh rehat skit .. heeee..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Selesai sudah ke kes air rumah aku ?

 

Hurmm .. pemaju antar orangnya ke rumah aku tepat jam 10 pagi . Aku pun dah standby dah .. Selepas hantar wife ke pejabat , aku terus gi rumah aku. Semalam , tidur lagi di rumah orang tua aku . Qhaliff seronok la.. ramai kawan .. huhu .. Sepupu2 dia dari penang pon ada ..

Jadi apa kesnya ? Plumber tu pon check.. Dia kata saluram yang pecah tu berkemungkin dari paip yang disambung dari paip asal  sbb air keluar dari saluran sambungan. Maknanya bukan salah kontraktor pemaju . Aku terus call konraktor yang buat renovation rumah aku. Masih aku ingat lagi kata kata dia ..

“ Kalau ada apa apa problem walaupun dah abis tempoh waranti , bagitau je. Diorang datang buat.. “ .

Dan sejak minggu lepas , segalanya menghampakan ! Hampeehh ! Janji apa ? Tolong sambung sendiri .. Ok , sambung cerita.. Plumber tu call bos dia .. Bagitau apa kes.. Kemudian dia dengan sendirinya gi panjat bumbung rumah.

Pastu dia jerit.. Haaa .. Paip sambungan atas ni yang pecah ! Air keluar ikut saluran air hujan ! Aku tanya dia camana ? Dia kata dia boleh buatkan .. Cuma bayar upah dia je la.. Barang dia gi beli sendiri ..

Syukur , alhamdulillah !! Lega sungguh dengar . Maklumlah , dari kena pecah dinding atau tiles tu yang makan beribu tu , baik kena beratus je pon.. Tak mahal mana kalau rajin nak buat sendiri tapi aku malas ! Jadi aku bayar upah dia jer .. Selesai !

Photo

Punca sebenarnya !! Tu je pon !! Perghh… lega tapi lom selesai sbb aku lom test air lagi .. Dia kata lepas 2-3 jam , baru leh bukak air sbb takut gam tak elok melekat nanti ..

Patahkan saja batang lidi satay itu !

 

Ceritanya gini .. Ada la sorang kawan aku ni cerita. Katanya ada kawan dia , gi tapau satay .. Tiba tiba ada la sorang hamba Allah ni datang kat dia bagitau dia yang dia ternampak salah satu satay yang dia order tu terjatuh ke lantai dan dikutip kembali lalu dibungkus bersama sama yang hendak diberikan kepada pelanggan ..

Automatik , dia batalkan pesanan dia dan hamba Allah tu pon begitu juga .. Haaa .. Sila jadikan pengajaran yer ! Aku tak kata semua satay yer.. Ini yang berlaku di depan mata .. Apa jua makanan yang dijual pada orang lain , tolonglah jaga kebersihan. Sungguhpun pelanggan anda tak nampak , tetapi Allah nampak ! Carilah rezeki berkat. Tak kira la kuli atau bos , jangan fikir soal kekayaan .. Keberkatan tu yang penting.

Satu kes .. dengar kata lidi satay pon ada yang direcycle .. Basuh dan digunakan kembali.. Ada kata straw pon begitu juga .. Jadi harapnya pasni bila kita makan satay tu , sila patahkan batang lidi tu yer ..

Aku tak kata semua yer ! Harap maklum.. Ini umum. Tak kira apa yang kita makan , jual sama sama jaga kebersihanannya ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI