Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 4 Disember 2013

CLINICELL , mengembalikan keanjalan dan kecerahan kulit anda !

-iklan berbayar-

 

Sebelum korang baca , khusus untuk pembaca blog ini , CLINICELL akan memberikan sample percuma percuma kepada 15 orang terawal yang like fanpage dan inbox CLINICELL free sample !

 

Ok .. terus terang aku citer ni .. aku tak pernah dengar mengenai CLINICELL ni sehinggalah aku menulis mengenainya ! Haa .. Korang camana pulak ? Mungkin ada yang dah tau , dan ada yang tak tau . Buat yang tak tau .. jom baca .. Kot kot berminat nak guna atau nak menambah pendapatan !! Apa ?? Duit ?? Tau dah.. mesti nak baca punyaa ..

Mula-mula aku cite sedikit mengenai CLINICELL ni berdasarkan info yang aku ada ni.. Mungkin tak lengkap dan mereka yang lebih arif dari aku , sila berkongsi maklumat yer .. Hee.. Terima kasih ..

CLINICELL ni anti penuaan dan mengembalikan kecerahan wajah dengan mengunakan formula termaju yakni  ekstraks sumber semulajadi yang berkualiti tinggi dan “salah satu molekul Anti Aging yang terhebat”. Ianya mengandungi :

  • Hydrolyzed Kolagen,
  • AstaREAL P2AF Astaxanthin,
  • Ceri Acerolla,
  • 13 Vitamin 
  • 11 Mineral yang diperlukan oleh badan.

Bertujuan menyegarkan serta mengembalikan keanjalan dan memutihkan di samping memberikan kelembapan kulit.

Haaa .. Mesti tertanya-tanya sapa yang formulasikan CLINICELL ni , kan ? Mejar (Dr) Nur Haliza Mohamad Najib Bersara MD (UKM) yang bertanggungjawab menformulasikan CLINICELL ini !

image

Kajian yang di buat menunjukkan CLINICELL ini :

  • 6000 kali lebih kuat dari Vitamin C¹
  • 800 kali lebih kuat dari CoQ10¹
  • 550 kali lebih kuat dari Vitamin E²
  • 75 kali lebih kuat dari Alpha lipoic acid¹
  • 40 kali lebih kuat dari Beta Carotene³

(  sila rujuk website pengeluar AstaREAL P2AF Astaxanthin untuk keputusan ujian.  ).

image

Ok .. soalan feveret ! Apakah punya kelulusan HALAL dari JAKIM ? Ya , ada .. Dan mesti nak tanya apakah khasiat produk ni kan ? Hehehe.. Tau daahhhhh ! Ok , antara khasiat produk ini ialah :

  1. Anti Penuaan
  2. Menggalakkan penghasilan semula kolagen dalam badan
  3. Memutihkan kulit
  4. Meremajakan kulit
  5. Menganjalkan kulit
  6. Melindungi dari sinaran UV
  7. Melembapkan kulit
  8. Mengurangkan kedutan dan garis – garis halus
  9. Mengurangkan jeragat kulit dan jerawat
  10. Menyihatkan badan
  11. Membantu menguatkan rambut
  12. Mengurangkan masalah sakit sendi dan otot
  13. Menguatkan kuku rapuh
  14. Mengeluarkan toksin dalam badan
  15. Membantu mencegah penyakit Kanser dan juga penyakit lain yang berhubung kait dengan sel seperti Parkinson dan Strok

image

Menurut info , selain disahkan HALAL oleh JAKIM , kilang pembuat produk ini juga berstatus GMP. Menariknya , harga CLINICELL ini murah jika dibandingkan dengan produk yang di import kerana kualiti yang setara dan 100% selamat dan tiada kesan sampingan !

Dikatakan CLINICELL ini juga sesuai untuk semua jenis kulit. Kesan Anti Penuaan dan Pemutihan kulit ke seluruh badan kerana pengambilan secara oral ( makan/minum ) .

Cara penggunaannya ?  Mudah jer .. hanya larutkan 1 paket di dalam air kemudian diminum pada waktu malam sebelum tidur. Senang je kan ? Dann .. ianya berperisa oren. Tak seperti rasa ubat pon .. Menurut info tu laa .. Heee..

CLINICELL disyorkan di amalkan setiap hari kerana proses penuaan dan degeneratif adalah berterusan. Kesan yang akan di perolehi oleh setiap orang juga berbeza. Ini adalah kerana setiap orang mempunyai kadar metabolisma, berat badan, warna kulit dan gaya hidup yang berbeza.

Amacam ? Ada yang teringin nak cuba ? Atau nak mengetahui dengan lebih lanjut ? Ok , bagi yang nak cuba  bolehlah membuat pembelian secara online di www.clinicell.com.my dengan harga promosi untuk WM RM120 dan EM RM 130 sekotak. Pembelian secara pakej juga ada di sediakan. Shaker akan diberikan secara percuma. Penghantaran adalah percuma untuk WM dan EM .

Dannnn .. jika  berminat untuk menjadi Rakan Niaga Clinicell bolehlah mendaftar di website www.clinicell.com.my  ataupun menghubungi Hotline 03 – 41618199

Ahaaa .. Sebelum nak keluar dari blog ni , apa kata Follow Instagram Clinicell @clinicell4u dan juga Like Facebook Fanpage Clinicell  www.facebook.com/clinicell.cosmeceutical .

image

Terima kasih kerana sudi membaca ..

Hancur rumah nenek Qhaliff !!

Bukan kerana banjir tp kerana penuh dgn anak cucu mai tidur sini .. Semua dari Pulau Pinang .. Qhaliff , sama naik laaa dgn diorg .. Nak berlawan la jugak dgn abang abang tu haaa..

Pening jap aku .. kena jaga diorg sbb parents diorg kena gi hospital. Ada kes skit .. hurmm..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Mari berbudi bahasa di dalam Internet !

 

Hurmm .. perlu ke memaki hamun dalam internet terutama bila ada isu isu yang boleh diselesaikan dengan cara matang dan bijak ? Apa guna nak gaduh gaduh kan ?

Photo

Kes-kes plagiat , teramik gambar atau kes kes seumpamanya  tanpa pengetahuan empunya pasti akan menimbulkan isu apatah lagi bila ada ‘tukang bakar ‘ atau penasihat yang nak kasi huru hara ini dunia yang penuh dengan macam macam perangai manusia ..

Tak perlu tarik perhatian pengguna internet dengan mengajak mereka sama sama menambah dosa dengan update di status FACEBOOK , atas apa jua alasan sekali pon ..

Kecualilaahhhhh .. kecualilaahhhhhh … orang yang ‘amik’ hak orang tu tak nak mengaku malah sengaja nak kasi kita panas hati lagi .. Haaa , tang ni .. barulahhhh .. barulah ??? Rileks dulu.. akal ada .. Apakah kita sama dengan mereka ? Guna akal dengan bijaksana ..

ALLAH ada ..

Sibuk la diaa ..

 

Nak main sama .. Boleh je tp dia ngantuk tuuu.. Time tdo dia nih .. Maka , kena bg dia tdo atau boleh mendatangkan kecederaan.. huhu..

Garang budak ni .. abis semua kena ‘pedang’ dengan dia ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Bila tarif elektrif naik ..

 

Perghhh .. perghhh .. Perghh .. Eh , silap .. Alhamdulillah ..Terima kasih kepada kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri kita yang berjaya mengtranformasikan segala galanya. Patut negara kita tampak lebih bergaya dan cemerlang dibawah pentadbirannya .. Tahniah sekali lagi ..

Aku pelik la sekarang ni wooo .. Segalanya nak dijadikan isu ! Naik skit kecoh .. Naik sikit kecoh ! Kerajaan bagi macam macam dah ni. Siap dah listkan dan bagitau di dada dada akhbar , television , radio malah ada jugak yang dijadikan drama ! Takkan tak perasan kot ?

Macam aku ni .. Bila ayam naik harga , aku kurangkan makan ayam. Kalau teringin sangat nak makan , aku mintak la jiran aku buat ayam masak merah ke .. Aku gi la makan .. Bukankah itu salah satu perbelanjaan berhemah ? Bijak kan ? Janji perut kenyang..

Gula naik .. Aku tak beli gula tiap minggu. Tahun lepas punya gula pon tak abis lagi . Ada aku kisah ? Tak pon.. Sapa yang suka makan gula , naya la diaa ! Diabestis lagiii koo.. Sbb tu banyak semut mati akibat penyakit kencing manis ..

Ok .. Bila tarif elektrik naik , maka kita juga secara automatik kena berjimat lagi . Aku tak kisah semua ni ! Bukan susah pon nak berpanas setiap malam yang mana selama ni bila tidur , confirm pasang aircond. Kipas saja tak memadai untuk menghilangkan panas. Qhaliff berpeluh ? Tak pe.. asalkan sihat ..

Jadi , senang cakap .. Kita kena berjimat cermat. Lampu kena senantiasa ditutup bila tak guna. Lampu kat Putrajaya tu dipasang setiap malam , tu tak pe.. Asalkan nampak cantik .. pelancong gembira .. ok la kan ? Negara dapat nama kan ..

Dalam erti kata lain.. kesimpulannya , segalanya telah terjadi. Terima je la kan ? Apa yang boleh kita buat ? Berdoa untuk kesejahteraan negara kita ..

Photo

Nampaknya aku kena cari bisnis lain untuk tampung kehidupan aku sekeluarga lepas ni. Ingatkan pendapatan sekarang dah cukup.. Rupanya tidak .. hehehe .. Hidup untuk bayar hutang rupanya ..

Tamo tidur sama ibu !

 

Wife ajak tidur .. Dia lari masuk bilik atok dia . Nak tidur ngan atok ! Boleh gitu ? Hahahah .. Baru 4 hari kat sini .. Sebulan ? Perghhh .. Ni sekarang pon dah lasak main ngan sepupu2 dia .. Huh !

 

 

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI