Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 7 Disember 2013

Tak nak tidur dalam bilik ..

 

Siap tgk movie guna home teater.. skit pon dia tak terganggu !!  Lena jer dia tidur .. huhu ..  Tapi tetap kena angkat tidur dalam bilik gak sbb tak nak ajar  dia tidur dpn tv ..

Ni pon sbb dia memberontak nak duduk  dgn aku walhal dia dah ngantuk sangat .. hurmm ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Mana yang lebih penting ?

 

Dah lama aku tak tengok berita .. Lebih tepat lagi , tonton tv sbb aku tinggal kat umah mak aku , tv dikawal oleh .. hurmmm .. Sendiri mau ingat la kaannn .. Hehehe.. Tak kisah la.. Aku pun sibuk dengan keje aku gak … Tak sempat nak belek tv ..

Bila balik umah sendiri , dan dah pasang home teater yang cool giler ( nanti citer lain ) , baru nak layan tv balik . Dan malam ni , nak tahu perkembangan banjir di Pantai Timur..

Aku bukak la rangkaian yang dah cukup lama di Malaysia ni untuk tonton berita.. Tapi sayangnya , hampir 12 minit aku menunggu .. air setitik pun tak nampak ! Dok cerita pasal perhimpunan tu saja ! Lorrr ..

Aku terfikir , mana satu yang penting ni ? Di FB , ramai dok bercerita mengenai nasib nasib mangsa di sana.. Takde sapa nak cerita pasal perhimpunan tu pon !

Apa dah jadi ni ??? Kalau berlaku di luar negara , mungkin la kot tunggu segmen luar negara tapi ni dalam negara ! Apa yang berlaku , adalah lebih teruk dari yang dirasakan ..

Aku terfikir lagi .. negara kita ni antara negara yang banyak duit ! Bangunan baru .. Koridor sana sini .. tapi kenapa bab ni , masih perlu sumbangan rakyat ???

RM500 untuk mangsa banjir ? Hurmm.. Bersyukurlah ? Hurmm … Tak tau nak kata apa ! Aku bukan pro pembangkang atau cari silap kerajaan tapi kalau aku jadi mereka , aku batalkan saja perhimpunan atau tangguh ke lain masa dan beri tumpu sepenuhnya pada isu musibah yang melanda rakyat Malaysia ni ! Rakyat Malaysia yang memegang Mykad !

LAWAK KE DER 3 , tonton dan menang !

 

LKD-blog

Dah layan ? Belum ? Hehehe .. Aku layan dah ! Ada orang kata , yang Lawak Ke Der 1 lagi best ! Tapi ada yang kata 2 lagi best ! Ok , bagi aku .. semua best ! Tapi yang ke 3 ni , ada dua muka baru iaitu Douglas Lim dan Jambu ! Ok , aku tengok dah ! Memang pecah perut la layan lawak diorang ni !!

Aku tonton baru baru ni Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya bersama rakan rakan blogger yang lain . Rugi laaa tak gi layan ! Ramai blogger kata mmg best yang ni terutama Douglas Lim. Tak caya ? Gi la tengok sendiri ! Hehehhe ..

Terima kasih kepada ESCAPE kerana memberikan peluang untuk menyaksikan pementasan Lawak Ke Der 3 secara langsung di depan mata ! Takde edit edit punya .. Live okeh !

Khabarnya Lawak Ke Der 3 mendapat sambutan hangat ! Benarkah ? Hehehe.. Kalau aku sendiri terpaksa cari parking sewaktu datang ke Istana Budaya tempoh hari , pastinya ianya bukan sekadar khabar angin ! Ianya benar la tuuu .. kan ?  Hee..

Ok ok .. cerita banyak tamooo .. Berita baik untuk peminat Lawak Ke Der 3 dan pelanggan ESCAPE . Terlebih dahulu , apa itu ESCAPE ? Buat pelanggan CELCOM pasti tau kan ? Hee.. ESCAPE merupakan dunia hiburan peribadi korang yang boleh korang bawa ke mana sahaja , di hujung jari korang je .. Dengan ESCAPE korang boleh menikmati pelbagai video hebat, filem, konsert, berita, acara terkini dan banyak lagi … Paham dah ? Ke tak paham lagi ? Tak paham lagi , layari www.ESCnow.com sekarang .. cepat !

Ok .. apakah berita baik itu ?  Kini korang boleh tonton Lawak Ke Der 3 secara eksklusif di ESCAPE mulai 31/12/2013  , selama 6 bulan. okeh !! Confirm puashati punya laaa .. kan kan ?

Selain dari menonton Lawak Ke Der , korang berpeluang juga memenangi hadiah yang ditawarkan oleh CELCOM menerusi Cuit-Cuit Menang Duit @ ESCAPE yang mana hadiahnya ialah wang tunai sebanyak RM5 ribu , setiap hari !!

Cara untuk menyertainya ???

Mudah je pon.. Mulai 7 hingga 27 Dis 2013, pelanggan Celcom perlu menonton YouTube Channel – cuit-cuit @ESCAPE atau klik: https://www.youtube.com/channel/UCj_-0IGMHwc2r7tDLv2De2g setiap hari bagi menjawab satu teka-teki yang akan dikemukakan oleh pelawak Lawak Ke Der 3.

Kemudian Pelanggan Celcom dikehendaki meneka dan menghantarkan jawapan yang tepat dengan cepat ke 20888. Jawapan tak perlu panjang. Cukup dengan hanya satu perkataan.

Paham ke tak ni ???? Macam takkk je.. Macam tak jerrr .. Hehehe .. Kalau tak faham , tak peeee .. Sila layari laman web ESCAPE sekarang jugak !! Hee… Jangan mara aa… Guwau jugaa .. Cepat la klik ..

ESCAPE ..Best ke tak ??

Lebih daripada 500 filem dan rancangan untuk dipilih merangkumi pelbagai genre (Aksi, ngeri, komedi, drama, seram, cinta) . Korang boleh pilih dan tonton mana mana sekali pun ..

Korang hanya membayar dan menonton filem kegemaran  korang itu dengan sekali bayar atau melanggan akses bulanan tanpa had, hanya RM25 sebulan! Haaa !! Berbaloi bukan ??

Kelebihan ESCAPE ialah  • Henti & sambung tayanganPelbagai perantiBila-bila masa, di mana-mana jua .Masudnya ialah korang boleh menonton filem filem yang dipilih  menerusi telefon bimbit, komputer riba, tablet dan komputer peribadi, lancar dari peranti ke peranti (sesuai dengan iOS, Android, MacOS dan Windows).

Dengan rangkaian terpantas Celcom, anda boleh menikmati kesemua tayangan tanpa tersekat-sekat atau perlu menunggu lama.Korang  juga bebas untuk berhenti dan sambung tayangan program pilihan anda pada bila-bila masa, di mana-mana jua.

Sekali lagi… untuk maklumat lanjut layari www.ESCnow.com ,bila bila masa sahaja .. Takde paksaan punya .. Heee.. Guwau je yer .. Teringin nak jadi pelawak gak ni ! Hahah..

Selamat menonton !

Episod 1 : THE INFLUENCER ( Pengalaman aku )

 

Woww .. Dah keluar dahhh .. Hheheh.. Takut gak aku sebenarnya .. Yelah , setiap pergerakkan dirakam. Dah ala ala AF gitu. Aku nak kentot pon risau jer .. Hahaa ..

Ok ok .. rasanya korang dah tengok pon trailer dia kan ? Amacam ? Menarik kan ? Aku dah siap download dan simpan buat kenangan .. Mana la tauu kannn .. Heheheh ..

Jadi .. apakah yang menarik sangat Episod 1 , The Influencer tu ? Hehehe.. Task pertama yang aku tak tau langsung cara permainannya yakni , setiap peserta akan dinilai setiap masa ! Kemudian juri akan berbincang mengenai segalanya. Pastu keputusan dibuat ! Hehehe ..

Pengalaman aku .. Terus terang laaa , aku takde la simpan hajat untuk pergi jauh dalam THE INFLUENCER tapi aku tetap bagi komitmen aku yang terbaik ! Bersaing dengan mereka yang punya kekuatan tersendiri membuatkan aku lebih yakin berdepan dengan orang di luar dunia maya ..

Pengalaman yang aku tak boleh lupa ialah aku kena menari dan menyanyi pada masa yang sama ! Perghhh.. aku rasa macam nak hantukkan kepala ke dinding je bila ingat semula ! Tak sangka aku mampu lakukannya.

Rakan kumpulan aku dalam tu , sangatlah sporting dan amat membantu antara satu sama lain ! RESPEK !  Namun begitu , episod 1 ni mmg aku ngeri sangat nak tengok ! Hahahahha ..

Ok , bagi yang belum tengok .. Sila tonton .. Jangan kutuk yer .. hehehe ..

Bila dia sorang sorang ..

Siann.. main sorang sorang je diaaaa .. huhu .. Kalau kat umah tok dia , masa ni berpeluh abisss.. dok main lagi ..

Daddy ajak balik malam ni sbb .. nak settlekan home teater Pioneer tu haaa .. heeheh.. Dan akhirnya , berdentum jugakk ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI