Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 8 Disember 2013

Aku tidak akan terpedaya lagi !!

 

Aku paling tak suka , ke Damansara , Petaling Jaya mahupun Shah Alam ! Kenapa ? Sebab aku tak mahir langsung jalan jalan ke sana ! Gi la berkali kali .. tetap tak ingat punya !

Jumaat lepas , aku kena gi ke 1 FIRST AVENUE utk satu event. Aku kena ada kat sana selepas waktu solat Jumaat. Jalan pasti sesak punya time tu.. Aku pulak tak tau kat mana bangunan ni ..

Photo

Maka gunalah GPS .. Tak sempat nak google lokasi bangunan ni.. Dan , ikutlah aku.. Pusing kiri , kanan .. terus .. Masuk taman ni .. keluar taman ni .. Rupa rupanya ???? Sebelah Media Prima je ponnnn ! Huk alohhhhhh … Geram giler akuuu .. Arghhhh ..

Dan hari ni , aku kena gi Piazza , The Curve.. Alahai .. Suka benar la diorang buat event kat Damansara ni .. Aku tak suka okeh ! Aku duduk Sepang nii.. Jauh woooo .. Tapi kerana aku kerja dan punca rezeki buat masa ini adalah dari situ maka .. ikut jer laa.. Jangan banyak songeh !

Tapi kali ni , aku tidak akan tertipu ! Aku tau kat mana The Curve ni ! Haaaa .. Pastinya dekat juga dengan 1 First Avenue yang aku gi tempoh hari !

Event kata kul 8 pagi kena ada dah kat lokasi. Aku keluar rumah jam 7.15. Aku set pada GPS. Wowww !! Aku akan tiba jam 8.15 gitu ! Perghhh.. lambatttt !

Terus bergerak ke lokasi.. Zasss .. zasss .. Aku tamo ikut GPS ! Aku tau dah jalan ! Pandu ikut naluri .. Dan , tadaaaaa .. aku sampai 8.09 pagi !  Tu diaaaa .. Teror tuuuh !

Dan event , belum mula lagi.. 9.20 baru mula ! Huwaaaaaa .. Kalau ada perangkap laju , mau mau 4-5 gak la aku kutip ! Semangat nak menang punya pasal ! Huhhu …

Tak sempat nak tarik nafas..

Selesai 'kerja'  hari ni .. lepas la nak byr hutang bulan depan .. Berderu balik rumah . Rindu kat si anak .. heee.. 

Sampai je rumah , terus disambut dek Qhaliff .. ajak meronda jap .. Haaha.. ok je laaa..  Anak punya pasal ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Skirt labuh idaman hati

 

-iklan-

55

Zaman sekarang nih semua orang nak beli sesuatu yang berkualiti dengan harga berpatutan kan?

Kalau jalan jalan kat shopping complex tu... sebagai perempuan memang tak sah kalau tak jengah dan belek belek harga pakaian..beg..kasut..akesesori..

Kadang kadang ada yang kita nih berkenan sangat tapi bila tengok harga.....Alahai... Letak balik. Over bajet.

Tak boleh nak salahkan peniaga sebab mereka nak bayar sewa kedai..gaji pekerja..bil elektrik , kan ? Sebab tu shopping online jadi pilihan ramai kaum wanita akhir akhir nih.

Selain sebab harga yang jauh lebih murah.. Ianya juga sangat menyenangkan..Mudah..hanya dengan pilih.. Tanya soalan pada penjual online.. Buat bayaran.. Tunggu je barang sampai..

Mudah..dan jimat masa,jimat kos petrol,jimat kos parking,jimat kos makan luar..kan?

Hihi.. Bulan lepas ada satu online shop baru.. Skirt labuh yang ada kat sana cantik cantik sangat...! Dah la sekarang tengah ada diskaun..  3 helai skirt cuma rm100 je..! Lagi murah daripada beli kat luar..! Ada banyak pilihan....sampai rambang mata dibuatnya.. Dapat beli 3 helai..lepas tu mix and match dengan blouse..! Best kan..?

Ada tak yang korang berkenan..? Jom kita pilih sama sama..erk..

Jom..! Klik je kat SINI ye..

PIONEER bikin aku melekat dalam rumah !

 

Tadaa… Siap dahhh !! Ari tu masa dapat , aku pening gak kepala camana nak pasang sistem home teater ni yang berjenama PIONEER ni !

Sebelum tu , aku cerita skit noo .. Aku kenal PIONEER ni sejak aku berusia 18 tahun .. Tu pon sbb abang aku beli set dan letak di rumah. Dia mmg giler layan movie guna sistem ni .. Dan aku terpengaruh dengan dia .. huhu ..

Dan sekarang , aku ada dah satu set ! Terima kasih PIONEER kerana menjadikan impian aku , satu kenyataan .. Huhuh.. Ok , sambung cerita .. Rupa rupanya tak sukar mana pon selagi kita ikut arahannya .

Segala masalah aku selesai bila aku beli 2 lagi kabel HDMI dan satukan pemain Blu Ray dan juga Astro ke receiver ! Dan hasilnya , terbaik !!!!! Sangat best ! Aku pasang kuat kuat pon , bunyinya tak pecah ! Memang best giler laaa..

Aku test memula dengan citer AVATAR .. PErghhhhh … memang sangat buat aku tak nak keluar rumah wooo ! Qhaliff yang takut dengan bunyi kuat pon berani lepak layan movie dengan aku ! Huhu ..

Ok , itu yang guna Blu Ray. Aku try guna Astro HD punya lak .. Layan Maharaja Lawak .. Dan rasa macam tengok live depan mata je sbb bunyi yang keluar tu , jelas dan terang berbanding sebelum ni ..

Mahal ke ? Aku rasa tak mahal mana pon .. Mampu milik je kalau benar benar korang kaki movie .. Sewaktu aku beli HDMI kabel ni kat satu kedai popular tu , mmg diorang pon syor PIONEER ..

Ok , aku nak sambung layan movie .. hahahaha … Terima kasih PIONEER ! Terbaekkk .. huhu ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI