Isnin, 9 Disember 2013

Bermasalah dengan rambut anda ?

 

Aku , sejak kebelakangan ni .. mmg dok gugur je rambut .. Tapi aku ok lagi laa .. Wife aku lagi teruk apatah lagi sejak mengandung. Aku merungut gak la sebab rambut gugur ada di mana mana .. Hurmm..

Baru-baru ni aku jumpa kawan aku  .. Dia bagitau yang kawan dia ada buat bisnis produk untuk rambut bermasalah. Dan dia cadangkan pada aku untuk cuba. Kalau bagus , leh promote pada kawan kawan di blog kan ? Heee ..

Dan , aku jumpa laaa pengasas NUTRI M ni , Puan Sharifah di satu tempat .. Kebetulan pon masa tu ada launching THE INFLUENCER yang mana aku , seperti korang tau .. aku terlibat sama la.. hee ..

Maka aku dapat dua kotak untuk percubaan .. Kalau bagus , leh cerita dalam blog.. Ramai yang punya masalah rambut ni , aku tau.. kan kan ?

Sekotak untuk aku .. Sekotak lagi untuk wife .. Wife aku guna , dan aku pun guna.. Aku saja guna letak pada misai dan janggut untuk nampak kesannya yang lebih ketara .. Heheheh .. Takde testimonial lagi pasal ni .. hahaha ..

Setelah seminggu aku dan wife guna .. aku nampak satu perubahan .. Rambut aku , aku tak berani la nak kata .. “ Wahhh , dah lebat balik !! “ .. Nampak sangat aku temberang , kan ? Tetapi .. aku perasan janggut aku .. Jadi lebat balik ! Ada sesetengah tempat tu , mmg sukar nak tumbuh tapi bila aku pakai sekali dua .. ada perubahan .. Huhu.. Siap dah sambung pulak misai dan janggut !

image

Photo 

Haa .. Aku tak kata gerenti akan cepat tumbuh atau confirm tumbuh yer ! Mungkin ada yang tak sesuai dengan produk ni . Ada yang sesuai sangat .. Segalanya terpulang.. Nak cuba , apa salahnya kan ? Lebih baik mencuba dari nganga je kan ? Hehehe ..

Ok .. aku tanya wife aku lak .. Camana dengan Nutri M ni ? Dia kata rambut dia dah kurang gugur ! Aku tengok pon kat tandas , mmg dah takde sangat rambut dia terutama selepas mandi. Sian kat dia gak dulu .. Tapi sekarang , dia kata ok.. Tu pon baru beberapa kali pakai ! Wallahualam ..

Kalau nak tengok sendiri dan nak mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk ni atau ada sebarang pertanyaan , bolehlah rujuk di :

FaceBook Nutri M : https://www.facebook.com/nutrienterprise

Whatsapp : 0193117254 ( Puan Sharifah )

Lupa lak.. Produk ni dah 3 tahun berada di pasaran .. Hehehe ..

Rambang mata beli mainan Qhaliff !

 

Adehh .. Kalau tau , lama dah aku gi ‘shopping’ online je kat page Diya Nadia ni ! Sebenarnya dah beberapa kali aku masuk tapi aku tahan nafsu untuk membeli belah kat situ .. Yelah , beli pon untuk anak .. huhuh..

Dan tadi , akhirnya aku buat pembelian pertama ! Huhuhu .. Kecundang juga aku .. Baru aku tau , kenapa perempuan .. erk.. kebanyakkan laaa ..  gagal tahan nafsu bila tengok barangan online ni .. hehehe ..

Apa yang aku beli ? Aku akan amik secara COD .. bayar pon masa tu gak .. Senang la kan ? Pos pon boleh .. tambah skit je la .. hehehe .. Mana ada free dah zaman ni .. Posmen pon nak naik gaji gak .. kan ? Hhehee …

Aku berkenan gak dengan yang bawah ni .. comel kan ?

Tapi takde alphabet .. Jadi , aku amik yang atas tu dulu la.. Nanti bila adik dia dah ‘keluar’ , baru nak sambar yang lain lak .. hehehe .. Contohnya ?

Comel kan ? Mahal ke ? Bagi aku murah dah ni .. Kalau nak dibandingkan yang aku asyik melabur kat Toys R Us tu .. hehehe .. Main kejap je pon… Hehehe..

Ok Qhaliff.. masa untuk belajar ! Ni baru dok sebut beberapa huruf dan nombor .. Kungfu teror laaa .. hahaha ..

Kulit Cantik Dengan Kolagen !!

 

-IKLAN-

Picture6

APA ITU KOLAGEN?

  • Tisu penyambung yang membantu dalam mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit, rambut, kuku, ligamen, otot, tulang, sendi, tendon, mata, gusi dan saluran darah.
  • Lebih kurang 72% daripada kulit adalah kolagen.
  • Kolagen melindungi organ, peut, hati, jantung, paru-paru, saluran darah, sel otak dan lain-lain.
  • Kornia juga adalah kolagen.
  • 80% daripada tulang adalah kolagen.
  • Kolagen penting dalam kesihatan dan kecantikan dengan mengekalkan badan yang muda, anti-penuaan, mencegah penyakit dan menjaga kesihatan badan.

TANDA-TANDA KEHILANGAN KOLAGEN

  • Garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, kesan bengkak bawah mata (eyes bag), penglihatan kabur.
  • Gusi yang tidak sihat.
  • Garis halus kelihatan pada leher.
  • Payudara dan punggung kendur.
  • Kuku senang pecah, pudar dan kekuningan.
  • Rambut menjadi kering dan bercabang di hujung.
  • Liang roma menjadi lebih besar, pigmentasi, jeragat, kulit kekuningan.
  • Kulit hilang keanjalan, lebih kering, kelihatan tua dari umur sebenar, organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan.
  • Kehilangan kalsium, sakit belakang, sakitt sendi.

KOLAGEN DARIPADA SISIK IKAN MERAH - Sumber Kolagen Terbaik

  • Ikan merah hidup secara bebas dalam lautan sedalam 5000m, dibawah keadaan lautan yang bertekanan tinggi, adalah mustahil bagi ikan biasa untuk hidup.
  • Ikan merah boleh menahan tekanan sehingga 20 pounds, bertelur dan hisup dengan bebas di dalam lautan dalam - menjadikan ia sumber kolagen terbaik (mengekalkan kelembapan kulit)  dan elastik (mengekalkan keanjalan kulit - boleh melantun apabila dicubit).
  • Kepaduan sel yang sangat tinggi.
  • Tinggi kapasiti dalam mengekalkan kelembapan.
  • Jisim molekul yang sangat rendah - menyerap dengan mudah dan berkesan di dalam badan kita.

SHAKLEE Collagen Powder mengandungi 7 ramuan aktif bagi meningkatkan keberkesanan!

  1. Keanjalan - menyokong pembentukan tisu penyambung
  • Ekstrak Kulit kerangan laut - Mengandungi glukosamine, sebagai pelincir bagi sendi, menghidrat mata dan melegakan ketidakselesaan mata.
  • Lactobacillus Acidophilus - Meningkatkan penyerapan kolagen.

     2.  Penghidaratan - menyokong penghasilan kolagen dan asid hialuronik

  • Ekstrak Biji Camellia Japonica - mengandungi asid oleik dan isoflavon juga membekalkan nutrisi dan penghidratan.
  • Ekstrak Pfaffia - merawat rambut gugur, ketidakseimbangan hormon dan meningkatkan tenaga batin. Juga meningkatkan tenaga dan prestasi.

     3.  Antioksidan - bekalkan nutrisi untuk penghasilan kolagen dan melawan radikal bebas

  • Vitamin C - menggalakkan pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit.
  • Vitamin B2, B6 - membekalkan tenaga yang penting dalam proses pengeluaran kolagen dalam sel tubuh.

KEBAIKAN SHAKLEE COLLAGEN POWDER

  • Anti penuaan - mengurangkan kedutan dan liang roma.
  • Melembap - melembap dan mengurangkan kekeringan kulit.
  • Mencerah - mencerahkan pigmentasi dan jeragat.
  • Menegang - menegangkan payudara dan pinggul.
  • Menyubur - menyuburkan rambut, kulit, kuku
  • Meningkatkan Pergerakan - Badan lebih bertenaga dan aktif.
  • Mengembalikan Keanjalan - Kulit lebih muda bermaya.

KEBERKESANAN TERBUKTI!

Lihat Testimoni SCP

Dapatkan sekarang dengan harga jatuh terduduk hari ini ! -

Hubungi : 019-3190733 (murni)

sayangkunurhana.blogspot.com

Bila dia boring ..

Hurm.. abis semua dia panjat .. Nasib baik buat masa ni , dia tak kaco home teater baru aku tu ... huhu..

Takpe la.. nanti petang kita gi klinik eh.. check perkembangan adik Qhaliff ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Maxis 4G Bloggers Blaze Challange 2013

 

Bila aku ditawarkan menyertai Maxis 4G Bloggers Blaze Challenge ni , aku teruja. Bukan sebab hadiahnya tetapi cabaran misteri yang menanti ! Hehehe .. Ok , tipu la tak teruja dengan hadiahnya kan ? Heheh.. Tapi hadiah tu , no 2 .. Penyertaan dan kesempatan berjumpa dengan rakan rakan blogger yang lain , tidak patut dilepaskan ! Satu peluang yang jarang diterima.

Photo

Ok .. Bertempat di Piazza , The Curve segalanya bermula.. Aku datang awal untuk mencari mood agar dapat bertanding dgn penuh semangat .. Huhu.. Semangat nak menang nehh ! Takde la.. Aku sekadar mencari pengalaman jer .. hehe..

Jam 9.30. Segalanya bermula. Aku disatukan dengan kenalan blogger yang dah lama aku kenal , Isaac Tan .. Dan dua blogger lagi , Vee dan Hilda. Cun dua dua ni .. Hahahha ..

Tidak lama kemudian , penerangan diberikan. Apa yang patut dilakukan .. Dan , semua peserta / blogger teruja .. Tak sabar nak buktikan mereka adalah blogger yang penuh bersemangat dan aktif ! Bukan sekadar semangat depan pc jer ! Huhuh..

Preetttt ! Task pertama .. Perghh.. Kena kuat mental dan pantas untuk yang pertama ni .. Tapi , untuk cabaran MAXIS 4G BLOGGERS CHALLANGE 2013 ni bukanlah untuk mencari sapa terpantas sebaliknya , menghabiskan kesemua cabaran dengan sempurna .. Haaa .. jangan tersilap !

Setiap kumpulan dikehendaki gunakan Samsung Galaxy S3 yang dibekalkan untuk mendapatkan kod QR pada belon yang berhampiran bagi memperolehi kunci kereta serta klue seterusnya.

Kumpulan aku yang diketuai Isaac Tan , berjaya dapat klue. Kedudukan ketika ini , kami di tempat ke 4 rasanya.. Lokasi , ke Mad Monkeyz ! Aku tak tau apa tempat ni .. heheh .

Wow ! Rock Climbing ! Suka benar aku sbb aku tak pernah cuba tetapi bagi aku , aku takde masalah sbb aku mmg gemar memanjat sejak kecil dulu .

Selesai task kedua , kami dapat klue untuk task seterusnya iaitu ke Sunway Lagoon. Kat sana , cabarannya agak mudah. Go Kart ! Mampu dilalui dengan tenang .. Hehehhe .. Selesai ! Dapat dihabiskan dengan jayanya .

Dapat task seterusnya .. Kembali ke tempat permulaan iaitu , The Curve.. Dan kumpulan aku adalah kumpulan pertama yg sampai !

Cabaran ni yang kumpulan aku silap. Maklumlah , takde pengalaman .. Kena makan tembikai ! Tu jer ! Jadi , kumpulan aku makan la dengan sopan santun walhal ada antara mereka gunakan pengalaman mereka , ‘makan’ dengan gelojohnya ! Huhuh ! Bijakkk ..

Dan , mereka itulah yang menjuarai Maxis 4G Bloggers Blaze Challange 2013 ni ! Pasukan aku , tarak menang pon .. Huhuhuh.. Kiciwa gue ! Hahahha .. Takde la.. tak kisah pon .. Aku datang pon sbb ni mmg keje aku .. Menang kalah tu , adat pertandingan .. Cool l kan ? Heee …

Tujuan utama pertandingan ni adalah untuk membuktikan bahawa MAXIS 4G LTE sudah meliputi diseluruh kawasan Lembah Klang dan beroperasi dengan cemerlang !

Aku yang gunakan Waze sbg GPS mencari lokasi yang diberikan di setiap check point , mmg pantas  jer. Takde sangkut sangkut ! Search pon laju ..

Akhir kata .. walaupun kumpulan aku tewas pertandingan ni , kami tetap bangga dapat lalui kesemua cabaran dengan cemerlang dan berpasukan ! Dan paling penting , kami dah merasai bagaimana MAXIS 4G LTE berfungsi dengan baiknya di setiap laluan kami !

Tahun depan nak masuk lagi ? Huhu.. Kalau dijemput , apa salahnya .. kan ?

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Nak tidur depan tv !!

 

Dulu , bunyi skit tv pon dah terjaga .. Skang ni , tidur dgn bunyian sistem home teater di depan mata , tetap lenaaaa .. Paksa la tidur ngan mak dia .. Tamo.. Bila aku letak depan tv , dengan botol susu .. 5 minit je , lenaaa ..

Pastu angkat masuk bilik .. Hurm.. bila tengok dia , rasa kasihan pulak. Rasanya aku ada plan untuk dia nanti .. Harapnya menjadi .. InshaAllah .. Masa untuk belajar ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI