Jumaat, 13 Disember 2013

Nabil , Jambu .. Takde idea ! #Maharajalawak2013

 

Alasan , solo tak leh pakai ! Sebelum ni dia ‘berpasukan’ pon kelihatan teruk.. Nabil kembali solo .. Aku rasakan , dia perlukan udara baru ! Dia kena rehat dari mengadap kamera dan pergi bercuti atau lepak mana mana untuk lihat dunia yang mana sebelum ni dia lihat dari mata orang biasa ..

Jambu .. hurmm… Aku rasa Jambu lawaknya semakin menurun. Aku tengok live kedua duanya baru baru ni di Lawak Ke Der 3 , mmg mengecewakan..

Apakah terlalu popular menyebabkan mereka pandang remeh pertandingan ni ? Nasib baik ada ramai penyokong kan ? Hehehe .. Aku sokong kata kata Boboi .. Kesian kat pelawak senior .. huhu..

Aku tengok Douglas Lim di Lawak Ke Der 3 .. Lawaknya sangat best .. Tak perlu guna sebarang prop atau lawak slaptik untuk kasi penonton ketawa ..

Aku peminat Nabil dan Jambu tapi kecewa sejak mereka top .. Lawaknya semakin merundum .. Mereka perlukan pembaharuan .. Maaf yer , ni sekadar pendapat seorang peminat. Bukan haters yer .. Teruskan berikan yang terbaik  ! Anda pernah buat saya terbahak bahak satu tika dulu ..

Produk kraf hasil banduan Malaysia..

Cantik  ! Aku hampir nak borong barang barang yg dijual di Galeri Seni , Penjara Kajang semalam. Kawal nafsu ... aku beli alas kaki dan begedel frozen utk percubaan .. Tadi , adik aku masak .. sedap katanya !!

Sewaktu melawat .. er , nanti la citer .. Cerita sekali gus , baru best kan ?  Hehee..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Kementerian Pelancongan ke Kementerian Pelajaran Malaysia ?

"Assalamualaikum .. " .. Aku bg salam sebelum memasuki teksi yg dipandu oleh seorang lelaki berkopiah.

Dijawab salam aku dgn lembut sekali.

"Tuan nak ke mana ? ". Tanya pemandu teksi tersebut.

Bila aku dengar dia sebut 'Tuan' , aku pasti orangnya bukan calang calang.Aku hulurkan tiket yang aku beli tadi.

"Ke Kementerian Pelancongan". Aku balas dengan senyuman , walaupun dia tak nampak senyuman manis aku tu..

Bermula dari situ , kami mula berbual. Perbagai cerita dibuka dan segalanya berubah bila keluar cerita pasal blog. Segalanya bermula bila aku ditanya status aku yakni ..

"Cuti ke hari ni ? " ..

Hurmm .. katanya dia juga gemar membaca blog. Tapi agak kurang gemar blog politik sbb 'agak kotor' . Aku akui kata kata itu. Walaupun sesetengah blog politik ada menceritakan hakikat sebenarnya tetapi penyampaian agak kurang sesuai dan risau juga jadi fitnah. Katanya.

Aku tanya dia samada dia ada blog ? Dia ada tetapi lebih menulis sbg catatan kehidupannya . Dia teruskan ceritanya. Serius , aku kagum !! Satu ilmu baru utk aku hari ini bgmana nak dapatkan lg pembaca .. huhu..

Baru nak panas, dah sampai pon ke destinasi aku iaitu , Kementerian Pelancongan padahal aku nak ke Kementerian Pelajaran. Risau gak nak sebut Kementerian Pelajaran sbb ada dua tempat kat Putrajaya ni . Sebab tu aku terus sebut Kementerian Pelancongan jer..

"Saya dengar tuan kata nak ke Kementerian Pelancongan. ". Katanya.

" Memang saya sebut nak ke Kementerian Pelancongan tapi sbrnya saya nak ke Kementerian Pelajaran. Tak pe , saya jalan kaki je. ".

Bersalaman dan keluar terus dari teksi..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Qhaliff dalam THE INFLUENCER ?

Baru  lepas rakam utk satu projek charity yg melibatkan peserta THE INFLUENCER di pejabat LowYat.Net . Apakah ?? Tu kena tunggu la yer ...hehehe...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI