Ahad, 15 Disember 2013

Banyak akal dah !

 

Photo

Budak ni kaaannnn ..

Dia bawak botol air yang wife punya , kasi kat aku .. Tujuannya ? Dia nak minum air laa ..  Aku buka penutup dan tuangkan sedikit air ke dlm penutup tu lalu bg Qhaliff minum.

Dia minum sedikit pastu nak pegang penutup tu seolah nak minum sendiri. Bila aku lepaskan , dia undur sedikit pastu tuang air tu ke atas lantai !!

Pastu dia pon ..

"Wuuuu... " . Try n error tuuuu ..

Kecik besar kecik besar je aku tgk diaaaa ..

Cuak !!

 

Seronok dia main ..

Nak amik abjab yang jatuh .. Dia berdiri , perut dia terlanggar papan ..

Jatuh dan muka cuak ! Hahahah ..

Hahaahha.. muka berubah abis ! Dia takut aku marah .. huhu ..Sian diaa .. dah reti rasa takut kat daddy skang ni ..heee..

Sesekali kena bgtau sapa 'boss '  dlm rumah ni .. hurmm

Published with Blogger-droid v2.0.10

2 milo panas dan satu milo ais berharga RM54 !!

 

Alhamdulillah .. Rezeki Qhaliff awal pagi .. Terima kasih buat Diya Nadia , suami dan keluarganya kerana sudi hadiahkan Qhaliff bahan untuk Qhaliff cepat pandai .. heee .. Nanti nak beli lagi mainan untuk Qhaliff .. Sila tag saya lagi yer nanti ! Heeheeee.. Macam macam ada wooo .. Dan maaf yer sbb terlewat ! Sesat nak cari tempat walhal tau sangat tempat tu. Perubahan jalan raya .. Bersimpang siur skang ni ..

Buat Diya sekeluarga , semoga murah rezeki dan diberkati Allah hendaknya

Photo: Terima kasih auntie Diya Nadia ... Mainan utk Qhaliff .. byk lg yg kawan kita ni jual !!

Ok , selepas jumpa mereka .. wife ajak gi makan sbb ‘baby’ dalam perut lapar. Menendang nendang dah .. Macam Qhaliff dulu dulu .. huhuhu.. Teringat dia .. Memang kuat makan .. sampai sekarang !

Sampai satu tempat tu , yang mmg penuh dengan orang .. cari la meja kosong dan jumpa. Terus order air untuk aku sekeluarga. Air , sampai tak lama kemudian. Wife gi cari makan yang dia suka.

“ Kena bayar terus ke ? . Aku tanya adik tu.

“ Aah .. “. Dia jawab.

“ Berapa yer ? “ . Tanya aku lagi.

“RM4. “ . Jawabnya.

Aku cari duit kecil yang ada di dalam poket aku. Ada RM1 , tiga keping dan sekeping RM50. Alahai , tak cukup la pulak .. Camana eh ? Wife aku lambat pulak ..

Aku dah kalut . Budak tu pergi , mak dia pulak kebetulan ada situ. Aku bagi terus duit aku tu.. Aku letak atas meja dan kira .. Ada RM3 jer ! Tak cukup seringgit lagi .

Aku cari duit lagi. Jumpa syiling. Ada 60 sen. Makcik tu suruh makan dulu. Nanti ada duit kecil , bagi jer kat dia di kedai. Aku jawab terima kasih.

Wife datang . Aku tanya dia , duit kecil. Dia suruh amik dalam beg tangannya. Dia tanya aku , aku takde duit ke ? Jawab aku ada RM50 je lagi .. Aku cari duit tu ..

TAKDE ! Aku amik 40 sen dan gi bayar baki duit air tadi di gerai air makcik tadi tu ..

ARghhhhhhh !! Geram betul aku …Mana la pulakkk .. Abis aku selak poket .. Memang takde ! Haih.. Jatuh ? Hurmmm .. Aku tanya wife berapa duit dia ada ? Katanya tak sampai pon RM10. Tak cukup untuk bayar makanan sbb dia ingat aku ada duit.

Aku suruh dia makan dulu dan aku gi ke ATM di stesen BP.. Nasib baik dekat je. Tak sempat peluh , sampai dah .. Heee.. Keluarkan duit , dan bayar kesemua ..

Hurmm.. takde rezeki utk aku tapi untuk Qhaliff , ada namun aku tetap bersyukur kerana rezeki aku belah lain ada iaitu sahabat Facebook yang baik hati !

Pengajaran untuk aku , simpan duit dalam beg duit elok elok dan jangan mudah kalut !

' Dia talak kisah lor !!! '

 

Tidur sebelah siang .. Aku saja pasang kuat kuat tv siap dengan sistem home teater .. Nak tengok camana dia punya reaksi . Kalau sebelum ni , waktu dia kecik dulu .. mmg dia tak leh tidur .. Tak leh ada bunyi langsung ! Terkejut .

Sekarang ? Tarak kisah dahh.. Dia nak tidur , maka dia tidur dan menariknya , dia tak perlukan dah buaian untuk tidur ! Hehehehe .. Sapa kata kalau budak dah tidur dalam buaian , maka sukar dah nak tidur tanpanya ! Boleh je tapi jangan mulakan dari kecil .. Kalau dah diajar dari kecik , mmg la payah ..

Photo: Nyenyak walaupun bapak dia tgh layan 'wayang' ..

Ada aku kisah ? Dia tidurrr .. nyenyakk .. Dan aku kembali perlahankan suara …

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI