Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 19 Disember 2013

Kalau tak kemas meja !

 

Wowww .. Tu diaa .. Macam macam komen keluar .. Suka sukaaa .. Kebanyakkan rakyat Malaysia akan amik contoh omputeh yang gemar mengemas meja mereka lalu membuang bekas makanan ke dalam tong sampah tanpa tunggu pekerja restoran segera lakukannya.

Kisahnya begini .. Petang tadi , aku cipta sendiri satu dialog yang mana tak wujud pun untuk melihat sendiri mentaliti orang kita setelah pelbagai kejadian berlaku pada aku dalam sehari dua ini melibatkan orang kita sendiri !

“ Di McD ..

Ternampak satu famili omputeh mengemas meja setelah mereka mkn.  Lepas aku sekeluarga makan , wife bertanya pad aku ..

" Taknk kemas mcm diorang td buat ?".

Jawab aku..  " Kalau kita kemas , pekerja diorg sini takde keje la nk buat. Bila dah takde keje , kena berhenti keje lak diorg.. Sian la kan ?". “

Antara jawapan yang menarik minat aku , apakah aku tidak lagi boikot McD ? Hehehe .. Kalau boikot tu kiranya tak leh sentuh langsung la ? Sesekali tu , apa salahnya. Orang Islam ada keje dalam tu jugak .. 2-3 bulan sekali pekena burger. Cukup dh support produk orang Islam dengan makan di kedai mereka setiap hari haaa ..

Ok .. pastu jawapan yang aku tau dah .. Bla bla bla dan blaaa .. Dan yang tak menariknya , cepat benar tuduh kata inilah mentaliti orang melayu !

Senyum je la.. Aku tak nak hakimi orang dengan cara gitu. Sapa la kita kan ? Tapi kan , kenapa la jarang orang kita ni .. nak ikut contoh omputeh yang dibanggakan tu dengan meniru cara bersopan santun seperti ketika di dalam lif , tolong tekankan butang untuk benarkan orang lain masuk atau tanya nak naik ke tingkat berapa ? Takde la pulak kan ? Oh , bukan keje kita eh ? Jadi , keje kita tolong bersihkan makanan kita makan tu . Sebab kita makan ? Kalau orang lain makan ??? Penting diri sendiri jugak tuuu ..

Bila bab beratur di kaunter pembayaran.. Berapa ramai yang prihatin dan benarkan yang tua dan kurang upaya seperti wanita mengandung jalan dulu ?

Sayangnya , bab ikut mat saleh di fast food je nampak .. Lain lain , takde la pulak ? Aku bukan nak pertikaikan .. Ada kalanya , biarlah kerja orang lain tu . mereka buat .. Kita pandang , belajar dan amalkan .. Bukan amik sesetengah untuk nampak kita ni bagus walhal bila takde orang ??

Menangis sungguh dia ..

Terkejut aku dan wife semalam.. Bersungguh dia menangis selepas terjaga dari tidur. Kenapa ? Kena kacau ke ?  Ah , sudahhh.. Aku cuba pujuk.. tak jalan gak.. hurmm.. kalut dah aku ngan wife..

Pastu dia turun dr katil . Dia berjalan menuju ke meja lalu mencapai sesuatu.. Tergelak besar kitorang.. Maafff laaa Qhaliff oiii.. Mana la nk faham kalau tak ckp .. hahaha.

Dia amik botol air mineral !! Dahagaaaa laaaa daddyyy ... hahahaha... Sowieeee..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Berani dah dia ...

Main pasir akhirnyaaa .. Sebelum ni cam segan segan jer .. heheehe .. Tp dia cukup taksub dgn batu .. hurmmm .. Pantang jumpa , mesti nak pegang punya .. huhu ..

Lain kali gi Langkawi .. pasir situ best gak.. Pasir dua butir. ? Heee..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Membeli belah di TAOBAO SEA ..

 

Hujung tahun.. Biasanya ramai gemar membeli-belah dan menghadiahkan pada yang tersayang. Bagi mereka yang beragama Kristian yang bakal menyambut Christmas nanti  , pastinya akan membeli hadiah utk keluarga tercinta.. kan kan ?

Ok .. buat pengetahuan korang ,ada laman web membeli belah secara online dengan harga yang menarik untuk korang lawati dan bershopping di situ .. hehehe ..

Ianya dipanggil TAOBAO SEA ! Jom ke sana , http://sea.taobao.com/ ..

image

Jangan terkejut kalau nampak web ini dalam bahasa Chinese ,korang boleh tukar ke bahasa English dengan sepantas kilat .. hehehe .. Jangan risau eh ..

Ok , dah

image

Haaa .. senang kan ? Ok.. Kalau korang tertarik dengan produk serta harganya yang murah itu , korang boleh terus daftarkan diri situ .. Klik Register ..

Sebelum itu , harga setiap barangan adalah dalam nilai matawang China iaitu RMB ( RenMimBi )..

Ok ? Sila klik Register yer ..

image

Ikut je arahannya selepas itu. Tak faham arahan sbb bahasanya ? Bahagian atas sebelah kanan , ada tulis ENGLISH .. Klik utk tukar bahasa.. hehhe.. Senang kan ?

Selepas register / daftar , korang boleh terus memilih barangan yang korang nak .. Pilih dan pilih … Takde sapa nak marah aihh .. Janji ada duit .. Sebarang persoalan , boleh rujuk ke bahagian Q & A ..

image

Ok , tiba masa untuk pembayaran .. Ada beberapa cara pembayaran. Nak paling mudah , guna jer Visa, MasterCard, JCB & RevPay.. Settle bab pembayaran , tinggal satu langkah je lagi iaitu penghantaran !

“ Apa ??? Penghantaran kena buat sendiri ke ?? Kenapa pulak ?? Kan mudah kalau mereka uruskan semua tu ? “.

Aku tahu pasti ini antara persoalan yang bermain di minda korang , kan ?? Hehehe.. Rileks .. Tujuan pihak TAOBAO buat begini adalah utk kesenangan korang selepas membeli barangan di web mereka. Antaranya , korang boleh memilih  jenis penghantaran yang korang percaya , korang boleh monitor penghantaran barangan tersebut dan paling penting , selamat tiba di depan rumah korang ! Haaaa ..

Segalanya mengenai penghantaran korang boleh rujuk di bahagian FAQ . Baca dan fahamkan . Jangan risau , mudah je faham .. Hehehehe ..

Mudah kan ? Mula mula pilih barang .. Kemudian bayar pastu pilih kaedah penghantaran ke mana korang nak barang tu dihantar ! Tu jeee .. Siapp shopping dan boleh sambung tidur balik ..

Ok , aku nak shopping ni.. Dah pilih dah apa yang aku nak .. heeee .. Nak kasi Qhaliff .

Caranya seperti yang aku bagitau tadi cuma aku membayar guna ALIPAY .. Heheeh…

Hehehehehe …. Whopssss !! Tunggu duluuu !! Jangan pergi mana mana duluuu .. Ada sesuatu untuk korang ! Tadaaa..

Yang pertama .. Contest untuk korang .. Klik SINI untuk sertai .. Hadiahnya ? RMB10,000 untuk dimenangi … Cepattt…

Dan satu lagi.. heehhehe … Di TAOBAO tu  , ada apa apa tak yang korang minat dan teringin nak bagi pada seseorang ? Cuba nyatakan pada aku di ruangan komen , apakah barangan yang menarik perhatian korang dan mengapa ? RMB500 untuk setiap seorang ( 3 pembaca bertuah saja terpilih ) dan korang boleh shopping di TAOBAO ini … Weeee.. Cepat ! Korang ada sehingga 25hb Disember saja !

Caranya , bagi komen dan disusuli email korang. Sapa yang bertuah , akan aku hubungi kelak melalui email… Tadaaaaa ….

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI