Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 20 Disember 2013

A .. aaaa …

 

Photo

Alhamdulillah .. Dia dah kenal yang mana abjad dan mana huruf. Walaupun asik dok sebut ‘ A.. aaa ‘ , tapi dia tak sebut bila nampak nombor .. Hahaaha .. Sori la sayang , daddy tak tak sempat ajar B lagi .. hahaha ..

Apa yang aku perasan , anak aku ni macam aku . Ok , part ni .. macam aku .. Hahaha .. Lain part cam kuat merajuk , kuat menangis .. tu mak dia punya gen .. hahaha ..

Ok .. sambung .. Dia ni budak praktikal ! Bukan budak teori punya .Kalau nak ajar ,  kena sambil buat benda lain .. Contoh sambil main ke.. sambil kejar kejar ke.. sambil makan ke.. Kalau duduk dan ajar .. Dia malu ! Hahahaha ..

Aku rasa.. semua budak gitu , kan ? Aku nak kata semua budak .. aku bukan tahu perangai semua budak atau dah buat kajian mengenai ini .. Tapi yang pasti anak aku ni kalau nak ajar dia .. kena ada latihan fizikal .. Baru la dia sebut , ‘B .. beehhh … ‘

Hahahaha ..

Sian kena marah ..

 

Lena dia tidur. Semalam dia tidur lewat setelah terjaga dalam jam 12 pagi. Kul 4 lebih dia tidur balik. Dia layan tablet sorang diri dia je. Ada gak dia cuba nak kacau aku tapi aku yang dah telan ubat demam , tak sedar apa dah .. huhuh ..

Kena marah kenapa ? Hurmmm .. Marah marah sayang jer… Tapi sian . Merajuk terus dengan aku. Tamo langsung kat aku. Pandang pun tak .. Huhuh.. Ikut perangai mak dia sungguh ..

 

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Aku tak sokong ..

 

Photo: Sbb tu negara kita makin kucar kacir.. adanya org gini ( ramai lg ) yg diberi kuasa .. Salah siapa ?

Hakikatnya , benar cuma ayatnya tidak mencerminkan dia seorang yg berpendidikan tinggi ..

Aku tak tau kenapa bolasepak negara makin teruk walaupun ada peningkatan sedikit dari ranking FIFA dan letih dan nak amik tahu.. Harapnya pengurusan sedar la pasni ..

Nak kata pemain kita takde kualiti , ada .. Bagus main. Kawalan .. Cuma size badan tu perlu berisi skit.. Baru boleh bersaing dengan pemain luar terutama pemain Eropah. Kalau tengok pemain Asia sendiri pun , mereka berisi..Takat skill je , susah la .. Mental orang kita masih lemah walaupun nampak kuat ..

Bila aku kata gini , ada yang kata aku tak patriotik ! Tak de semangat kesukanan ! Ni aku nak tanya.. Yg dok main bola atas padang tu , main percuma ke ?? Diorang ke sana sini .. berlatih kat luar negara tu.. percuma ke ?? Rakyat melabur.. Bila tengok mereka main , pasang tv , gi kedai mamak .. gi stadium , semua tu kena keluar duit. Melabur ! Tapi kalau asyik takde keuntungan .. letih la ! Paling jauh boleh pergi , Asia Tenggara yg ada beberapa negara jer ..

Belajarlah dari sukan hoki .. Sukan hoki negara kita ni dicari bakat sejak dari kecik lagi. Bolasepak pon gitu gak tapi sayangnya , sejak kecik lagi dah ada campur tangan politik ! Sebab tu tak ke mana !

Mungkin ada yang kata aku ni main cakap jer.. Yer , mungkin.. Aku pernah ada pengalaman berkali kali.. Sewaktu pemilihan untuk masuk ke sekolah sukan .. Aku lihat mak ayah datang jumpa jurulatih. Bersalaman , ketawa .. pastu tunjuk anak dia .. Selamat ! Aku pulang dengan menitis air mata walaupun aku datang dari pasukan sekolah yang menjuarai  seluruh Wilayah Persekutuan. Aku menghampakan orang tua aku..

Politik kotor menghancurkan negara kita .. Tak kira ekonomi, sukan mahupun kebajikan rakyat ! Apa nak jadi ??  Salah rakyat jugak ..

Aku sokong ..

 

Dulu , aku tak memahami dan takde sapa nak bg aku faham. Aku mudah merajuk dan merungut bila tak dapat itu ini.

Mak aku , gemar masak kari kerana bapak aku suka makan kari ikan. Aku merungut. Hari hari makan kari .. Bapak aku jawab mudah jer.. Makan apa yg dimasak ..

“ Hangpa ingat senang ka nak cari duit . Ni dapat makan ikan pon patut bersyukur. Orang lain tu , lom tentu dapat mkn ikan.. “.

Aku tak faham hinggalah aku menganggur bertahun lamanya..

Photo

Kini setelah aku berkeluarga , baru aku memahami. Mak ayah kita berusaha memberikan yang terbaik buat anak anak hingga keselesaan diri sendiri , terabai.. Asal anak senang , dah ..

Kelmarin , Qhaliff demam .. Aku berdoa pada Allah agar demamnya dipindahkan kepada aku . Kesian tengok dia demam .. Dan esoknya , aku demam dan dia kebah dah .. huhu.. Alhamdulillah ..

Aku gagal lagi ..

 

Hurmm .. Aku rancang .. 2 hari di Morib Gold Coast , aku tak nak sentuh laptop dan gadget ..

Aku gagal ! Aku masih kurang rehat.. Hurmmm …Wife aku tanya , kat mana tempat takde signal ? Maka , dapatlah aku berehat dengan tenang , sehari dua ..

Aku bukan makan gaji .. Kalau tak rajin , sapa la nak iklankan kat blog aku ni kan ?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI