Sabtu, 21 Disember 2013

Daddy kira sampai 3 !!

 

“ Abang.. tengok Qhaliff tu.. panggil pon wat tak tau jer .. .. “ . Wife mengadu kat aku ..

Dah makan tapi liat dia nak basuh mulut. Sambung main kat depan tv ..

Aku panggil dia ..

“ Muhammad Qhaliff Iman.. sini sayang .. “. Manja je daddy kan ? Cuba panggil gitu kat perempuan lain .. Aku rasa aku kena sula kat situ gak .. Hahahahha ..

Dia pandang aku .. sambung main .. Hurmmm .. Amboiiii !

“ Daddy kira sampai 3 ! Cepaatt .. “. Aku mulakan kiraan .. Dan dia bangun tersengih dan berjalan ke arah aku pastu patah balik.. Main acah acah lak diaaa .. Amboii ..

Aku kira sekali lagi sambil depakan tangan seolah olah nak peluk dia .. Dia berjalan dengan laju dan terus kedakapan aku. Cium pipi dia dan bagitau dia ..

“ Pandai diaa .. “. Puji aku.

Dia tepuk tangan tanda setuju.. Huk alohhh ..

Bawak naik atas dan mandikan untuk kali ke dua . Aku tahu , selepas dia mandi ni , diberi susu dan confirm akan lena dengan sendirinya ..

Terbukti berkesan ! Hahahaha .. Memang aku ajar dia dari baby lagi.. Mandi dulu sebelum tidur. Baru sedap dan segar nak tidur ..

Dan wife jeles sbb Qhaliff lebih dengar cakap aku dari dia .. hehehe ..

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Bila seksi itu hak peribadi aku !

 

Semalam aku gi pasar malam .. Ok , mula mula aku minta maaf .. Bukan niat aku nak tunjuk pandai atau alim . Aku semakin tua dan nak ingatkan rakan rakan yang sudi baca blog aku ni , sama sama berfikir kembali tujuan kita di atas muka bumi ini ..

Andai ada yang terlupa , meh aku nak ingatkan skit je.. Kita , di dunia ni .. sekelip mata .. Di akhirat nanti kekal ! Bayangkan , kita hidup beribu tahun dalam keadaan jasad begini. Andai dosa banyak dikutip , nauzubillah ..Tak terbayang azabnya sebelum kita diadili di depan Allah..

Ok , terus terang .. aku pun banyak dosa .. Terlalu banyak . Jadi buat adik adik atau rakan rakan yang jauh lebih bagus dari aku ni , aku mintak kita sama sama check balik kelemahan kita ni terutama bab aurat orang yg kita kasihi ..

Sambung.. di pasar malam semalam , aku nampak ramaii.. ramaaiiii .. wanita melayu yg beragama Islam bertudung tapi berseluar sendat ! Aku bukan terbeliak tengok tapi sedih .. Suaminya di sebelah dan dukung anak. Ada juga yang berbaju sendat . Apakah suaminya tak kisah ? Rela lelaki lain cuci mata ? Ada yang kata.. tengok je pon , bukan leh pegang ! Wow .. jadi isteri kita tu untuk tontonan ramai ? Dan sbg seorang isteri pula .. anda rela jadi tontonan ? Bangga ?

Semalam tertonton satu video yang sangat memberi keinsafan buat aku.  Perhatikan lelaki berkopiah tu ..

 

 

 

Bayangkan kalau semua lelaki macam tu. Bila pergi pasar malam , atau shopping mall .. tutup mata gitu .. Apa jadi ? Tak timbul rasa segan ke di hati tu ?  Dan apakah hanya lelaki saja yang perlu amik tindakan ?

Teringat aku pada peristiwa Israk Mikraj ..

Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, ku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan.”

Rasulullah SAW telah melihat pelbagai seksaan ke atas wanita ingkar ketika peristiwa Israk dan Mikraj. Diriwayatkan Saidina Ali r.a bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah SAW dan mereka menemui Baginda sedang menangis.

Mengapa Rasulullah menangis ?

Mereka bertanya kepada Baginda SAW: “Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?” Baginda SAW menjawab: “Pada malam aku di Israk ke langit, aku melihat orang sedang mengalami pelbagai penyeksaan, apabila teringatkan mereka aku menangis.”

Rasulullah SAW dengan keadaan teresak-esak menceritakan pengalaman Baginda menyaksikan balasan azab dahsyat terhadap kebanyakkan golongan wanita ketika Israk Mikraj kepada Saidina Ali dan Fatimah r.a.:

1.  Perempuan digantung rambutnya dan otak kepalanya menggelegak disebabkan tidak menutup rambut daripada kalangan lelaki dan bukan muhrimnya

2.  Perempuan digantung lidahnya, dijadikan lidahnya sepanjang 70 zira’ (hasta) kemudian diikat di belakang tengkoknya, tangannya diikatkan ke belakang dan timah cair dicurah ke kerongkongnya (tekak), akibat daripada menggunakan mulutnya (kata-kata) untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.

3.  Perempuan yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggung sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya.

4.  Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing dan bersolek serta berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.

5.  Perempuan yang digantung sambil kedua kakinya dan tangannya diikat ke ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala jengking kepadanya; disebabkan ia boleh solat tetapi tidak mengerjakannya dan keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

6.  Perempuan yang memakan dagingnya sendiri dan di bawahnya dinyalakan api neraka; disebabkan tidak mahu mandi wajib daripada suci haid dan nifas.

7.  Perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya (ususnya) sendiri. kerana ia suka berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka membicakan keaiban dan mengumpat orang.

8.  Perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, darah dan otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kulit, kusta dan sopak; adalah akibat daripada dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwuduk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

9.  Perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar (keldai) dan mendapat berbagai kesengsaraan; disebabkan dia suka berbohong dan melaga-lagakan orang lain.

10. Perempuan yang rupanya seperti anjing, sementara kala dan ular masuk ke mulut, kemaluan dan duburnya. Malaikat memukulnya dengan corong api neraka; disebabkan dia suka membuat fitnah dan marah-marah serta membenci suaminya.

11. Kebanyakan ahli neraka adalah perempuan  kerana mereka mengingkari suaminya dan mengkufurkan ihsannya serta mereka sering rasa tidak berpuas hati dan tidak cukup walaupun suaminya telah banyak berbuat baik kepadanya.

Rasulullah SAW bersabda lagi: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan.”

Rasulullah SAW ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab: “Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup.” (Hadis riwayat Bukhari) – sumber : Shafiqolbu

Ok .. tu je .. Aku tak nak lebih lebih .. Korang boleh fikir sendiri terutama bab hukum hakam. Ada yang kata , nanti nanti berubahlah.. Apakah kita memiliki ‘nanti’ ? Andai tak sempat ? Baru kelam kabut kawan kawan , anak saudara mintak rakan rakan tolong delete gambar gambar ‘kita’ masa hidup dulu yang tak menutup aurat ?

Ok .. aku tak nak ceramah bab ni. Aku tak layak. Aku cuma kasihan kan melihat wanita yang tak perasan sedang dipergunakan untuk memuaskan nafsu mata lelaki ..

Fikir – fikirlah… Dan jangan la fikir yang seksi tu hak peribadi dan juga kita menunggu hidayah tanpa perlu mencari dan meminta dariNYA ..

Peringatan utk aku dan keluarga aku juga .. InshaAllah ..

Belajar berjimat mulai sekarang !

 

Itu naik .. ini naik .. Aku plan tahun depan , aku pening arrrr …

Photo

Kalau ada gambar aku ngan Najib , gini la dialog aku .. Anggap je Qhaliff tu aku .. Dan gambar aku tu , tukar ke Najib.. Haaaa.. Malas nak superimpose haaa .. Entah laa .. Dah majoriti sokong kenaikkan ni , aku pun kena terima je la ..

Maka .. Untuk memulakan penjimatan , hari ni belajar balik makan simple.. Sebelum ni asyik menyumbang pada usahawan kecil kita di luar tu .. hehee ..

Photo

Jimat dah ni .. Kalau tak , mau dekat RM60 kalau aku berdua makan .. Bukan apa , kena cari kedai yang bersih sekarang ni kalau nak makan luar. Musim penyakit wooo .. huhu .. Kena hati hati noo..

Petang karang baru nak keluar jalan jalan.. Saja kasi Qhaliff cergas.. Kalau dok umah , asyik ke dapur je dia ..

Photo

Lupa lak .. Kalau korang nak menyimpan duit dan nak kutip keuntungan berganda .. sangat berganda .. apa kata simpan je melalui sumbangan ke mangsa banjir di Kuantan ni .. Jom tonton video ni , The Influencer: Malaysian Flood Relief Fund - Malay Version .. Qhaliff pon ada woo ..

THE INFLUENCER : EP2 - Aku patut bantah tapi ..

Arghhh .. Aku terkeluar dalam episod ke 2 ni .. Kenapa ? Kenapa aku tak bantah ? Kenapa aku disingkirkan ? Kenapa ??? Kenapaaa haaa ??

Segalanya … terjawab di THE INFLUENCER yang ditayangkan menerusi LOWYAT.TV .. Gi la tengok .. Heehe.. Dah macam AF siuttt .. hahaha ..

 

 

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Terima kasih , Perbadanan Putrajaya !

 

Alhamdulillah .. Tak perlu jalan jauh dah nak parking kereta untuk ke Pasar Malam / Tani di Presint 2 , Putrajaya. Kalau dulu la kan .. terpaksa parking jauh sbb parking penuh. Dan yang lebih dasat tu , ada yang parking di bahu jalan. Bila kena saman , marah la kan ?

Dan minggu ni , baru aku dan wife rajin nak kembali ke pasar malam di situ . Rindu pulak nak merayau kawasan tu. Dan ternampak laaaa kereta diletakkan di bahagian tengah atau depan bangunan Kementerian Kewangan tu haaa..

Allah.. happynyaaa aku .. Eh , gembiranya akuuu .. Yelah , kesian kat wife. Tak payah jalan jauh jauh dan redah lopak .. huhu ..Lintas jalan skit je , sampai dah .. Terima kasih la yerrr..

Tapi mengapa masih ada kereta yang diletakkan di bahu jalan ? Takkan malas sangat nak berjalan kaki ? Nak kata parking di bahagian tengah ni penuh , takde la pulakk .. masih banyak kosong ? Hurmm .. Ke tak tau yang bahagian tengah ni boleh parking ? Hiihi..

Tak pe la.. lain kali , parking je tengah tengah tu.. Jangan diletakkan di bahu jalan yang tak sepatutnya. Kesian pada penumpang bas Rapid. Nak redah hujan kalau bas berenti jauh sbb kereta menganggu laluan .. hurm ..

Senaman menguruskan perut sambil menonton movie !

 

Bapak panjang tajuk ! Hahahahha …

Photo

Nak kata aku ajar , rasanya bukan .. Nak kata mak dia yang tunjuk bakat, mak dia pun tak larat angkat kaki atas sofa sbb mengandung .. hahaha ..

Dah tu ?? Tak tau laa .. Budak ni mmg cepat je tengok apa orang tua buat.. Aku rasa mesti dia tengok aku buat push up kot .. AHahahha.. Ni semua salah bapak !

Tapi tengok perut dia tu.. dah tak boroi dah ! Haa.. cuba la buat .. mana la tauuu .. hehehe …

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI