Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 22 Disember 2013

Qhaliff nak kena reformat dah ni !!

 

Photo

Photo

Garang sangat dah skang ni .. Amboi… mana blajar pon tak tauuu laaa. Bahayaa ni ! Kena antar sekolah pondok kat Kelantan dah niiii ..

Seronoknya hujung minggu ..

 

Bila wife ajak gi pasar malam kerana dia nak masak di hujung minggu, aku ok jer .. Takde masalah pon nak ke sana .. dan aku pun malas dah nak makan kat luar .. Dah tak tau nak makan apa sekarang ni ..

Aku bagi dia kebebasan untuk masak .. Masak la apa pun , aku makan ajaaa .. Janji kenyang .. Jangan memilih ! Ramai lagi di luar sana tak dapat makan atau terpaksa meminta utk makan dan kalau jangan la kedekut kalau ada org mintak yer .. Bagi laaa.. heee..

Photo

Alhamdulillah .. Sangat lazat ! Baki ada lagi .. Malam ni buat nasi goreng. Aku makan tak bertambah sejak kebelakangan ni.. heee..

Saja test dia ..

 

“ Qhaliff … daddy nak skit.. “ . Dia dok minum kat tempat mainan dia tu. Bila aku panggil gitu tanpa sebarang memek muka atau gaya tangan , dia datang ke arah aku dan suakan air kotak tu ..

Aku saja buat gitu utk melihat pemahamannya terhadap arahan aku dan alhamdulillah .. dia faham dan kadang kadang saja buat tak paham terutama bila merajuk ! Hahahaha…

 

 

 

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Garang benar la anak aku !

 

Ok .. Aku nak amik tab aku .. Tau dia buat apa ??

Mendenguss ! Ala ala harimau gitu ! Pastu tarik dengan kuat.. Tak kasi aku sentuh ! Amboiii …

Photo

Dengan mak dia pun gitu .. Pastu wife aku kata .. Aku buat gitu kat dia , dia tiru ! Haaa… Sekarang dia pun jadi garang cuma bila aku buat kat dia , dia terus jadi ala ala kucing dalam Shrek tu haa.. Siap mai peluk pujuk .. Olololo…

Pandai bodek budak ni ! Ok .. tak pe.. Daddy dah order tab Lenovo direct dari negara China , ok ! Beli melalui Taobao .. Check entri hari Sabtu ari tu .. hehehe .. Minggu depan dapat lerr .. Tak yah kaco tab daddy dah ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI