Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 25 Disember 2013

Bawak Qhaliff melepak ..

 

Jam 7.45 malam .. Satu mesej di Whatsapp masuk ..

“ Ben , bizi tak ? “ ..

Kawan di taman perumahan aku mesej ajak jumpa.. Nak mintak tunjuk ajar pasal blog .. Aku ok jer ..

“ 8.15 , ok ? Wife aku tengah mandi .. “.

Aku plan nak kasi wife jaga jap .. Tapi dok dengar dia membasuh di bilik air.. Hurmm .. Aku naik atas tengok .. Memang pon ! Confirm lama lagi ni .. Tengok jam dah kul 8 malam. Lewat pulak ni ..

Akhirnya , aku usung Qhaliff ke kedai mamak yang dekat dengan rumah aku ni .. Seronokkk Qhaliff dapat keluar malam malam ..

Kat kedai mamak tu , Qhaliff duduk diam sebab … hehehee.. Aku rasuah dia dengan air kegemaran dia .. Milo ais .. Perghh .. sambil layan air , tgk ultraman koooo !

Sehingga jam 9 lebih.. aku tengok dia dah mula tak duduk diam.. Hehehe.. Ngantuk la tuuuu .. Aku mintak diri jap.. Gi antar Qhaliff.. hehehe..

Sampai umah.. pas kat wife , aku patah balik ke kedai. Topik tengah hangat wehh .. Politik gituu.. hahahaha .. Lega la dapat luahkan perasaan .. Tapi bak kata kawan tu laa , kita boleh luah je tapi nak mengubahnya .. Hurmm .. Tak tau la bila ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Bila ikan lumba berlumba naik ke darat ..

 

Bila nampak ikan lari ke darat , kaki mengeletar takutkan bala ..
Bila diri buat maksiat dan aurat tak dijaga , kaki tenang seolah neraka tiada ..

Kan ? Hurmmm … nasihat untuk aku jugak ni.. Alpa !

Perempuan lagi bijak menawar ?

 

Photo

Baru balik dari Bandar Baru Bangi .. Gi cari perabot kat sana .. hurm.. Penat pusing sana sini .. Plan nak cari katil dan tilam untuk wife nanti. Yelah , nanti dah bersalin .. dalam pantang , nak duduk bawah jer . Sian nak naik turun kalau duduk di bilik atas.

Cari punya cari .. masuk keluar satu satu kedai .. akhirnya kedai terhujung sekali jadi pilihan .Kenapa ? Sbb tawaran yang diberikan serta layanan yang menyakinkan aku. Hurmm ..

Cuma bab harga tu .. bapak kedekut laa nak kasi kurang. Ini clearance stok  katanya. Dah mmg kasi murah .. Aku letih nak menawar ngan bangla ni tapi aku kata boleh dapat murah lagi sbb bos dia yang berbangsa cina ada kat kedai berbanding kedai lain , cuma pekerja mereka je ada … yang terdiri dari bangla .. Pelik gak laa.. Apasal bangla semua ?? Huhuh..

Wife nak amik set katil serta almari.. Memula nak amik katil jer.. Cari murah je la .. Bajet bawah 1k jer .. Tapi bila dah tengok itu ini , dah jadi lain ceritanya. Hurm.. Aku , ok je la.. Sian gak la kat dia. Lama dah ajak pi cari..

Dia la yang tawar menawar. Aku ? Apa yang dioffer , tu je yang aku amik ! Hahahha .. Ada satu rak kasut. Bangla tu kasi RM299… Tak leh kurang.. Wife aku mintak gak tapi dia tak kasi. Pastu dia kata ..

“ Mahal .. saya boleh dapat murah lagi .. “.

“ Akak bajet berapa ? “. Dia tanya wife aku.

“ RM200 .. “ . Wife jawab..

“ R250 , ok ? “. Bangla tu cuma menawar lagi.

“ RM200 jer saya punya bajet.. “. Wife bagi kata putus.

“ Ok laa… RM200 angkat .. “. Dia senyum.

Hahahah.. Hampeehhh..

Aku pun nak try gak la menawar .. Wife aku tanya tempat sidai tuala yang diperbuat dari kayu.. Bangla tu letak harga , RM75. Aku mintak RM50.. Dia tak kasi.. Dia kasi RM60.. Aku try mintak lagi.. Dia tak leh kasi murah dah ..  Pastu wife aku menyelit..

“ Saya amik 2 .. RM100 , ok ? “ .

Ok , jawab bangla tu ! Mak aihhhhh … Ngan aku tak nak kasi ! Huuhhh.. Apaaaraaa !

Jadi aku rasa la kannn .. Kalau korang nak menawar dengan bangla ni , baik suruh je orang perempuan kita buat tawar menawar .. Orang perempuan ni , hati kering berbanding lelaki cam aku ni .. Tak dinafikan , ada lelaki gak hati kering .. lagi kering dari biskut kering  ! Kawan aku tu , kalau dia tawar .. aku rasa tokey kilang pon leh bankrupt ! Huhuh…

Akhirnya .. dari bajet nak RM500 terus hampir 2K ! Huhu… Lom cari katil Qhaliff lagi niii … Perghhhh .. Takde Kedai Perabot 1 Malaysia ke ? Hutang hari ni , lain tahun bayar ?

Bakal tokey perabot

Perghhhh.. kurusss aku .. Dok dukung dia.. kalau lepas , mmg huru hara jap aku.. huhu.. 

Akhirnya , dpt jugak nak beli perabot. . dan nyaris aku terpaksa nak beli kalkulator si Borhan tu punya gak .. huhhhh.. Nasib baik dia tak menjerit dalam kedai.. Budak baik ni.. heee.. Kena puji gitu , dia ok la ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

INGINKAN KULIT CANTIK DAN BADAN BERTENAGA..!!

-iklan-

ESP MENJADI KEGILAAN UNTUK MEREKA YANG INGINKAN KULIT CANTIK DAN BADAN BERTENAGA..!!

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
ESP Soy Protein Shaklee
====================
ESP shaklee merupakan satu2nya produk dlm pasaran yg menjamin penyediaan 9 asid amino yg tdk dpt dihasilkan oleh tubuh manusia.

Ia turut diperkaya dgn 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.

Sangat sesuai utk smua peringkat umur - tua dan muda.

Manakala, kandungan indeks Glisemik (G.I) yg rendah iaitu 39, menjadikan ia sgt sesuai juga kpd penghidap kencing manis.

Satu hidangan esp shaklee ini bersamaan dgn 2x ganda daging, 4x ganda telor, 12x ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sgt mudah diserap oleh tubuh manusia.

Manfaat utama ESP
================
1-Awet muda
Asid amino ptg utk membina otot, kuku, rambut, darah, org-an, kulit, gland dan lain2. Pengambilan yg kerap adalah kunci kpd awet muda.

2- Baik untuk hormon
Kacang soya adalah satu2nya tumbuhan yg kaya dgn isoflavones, fungsinya bersamaan dgn hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.

3- Baik untuk prostat
Genistein yg terkandung dlm kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dlm sel bdn sblm ia menukarkan sel DNA kpd sel kanser. Ia juga sgt baik dlm pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.

4- Kulit remaja
Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.

5- Pembekal tenaga
Membekal tenaga dgn segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik utk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan.

6- Membaiki pigmentasi
Membaiki masalah rambut spt beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.

7- Membaiki memori
Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan..

SEMPENA 'YEAR END SALE'. DAPATKAN TAWARAN MENARIK UNTUK PEMBELIAN ESP INI!!

ORDER SEKARANG : 019-3190733 (MURNI)

Sungguh aku buang masa di Low Yat Plaza !!

 

Semalam , hampir seharian aku merayau di Low Yat Plaza bersama anak buah aku yang masih belum bersunat untuk mencari case bg NOKIA LUMIA 1520 yang baru aku dapat .. tapi dah kasi kat wife sbg hadiah ulangtahun , harijadi dan juga tanda terima kasih sbb memberi aku waris !

Hahaha .. 3 sekali kooo .. Berbaloi apa ? Hahaha.. Takde laa .. saja kasi dia .. takde tanda apa apa pun .. Tanda kasih sayang , lain hadiahnya.. auww..

Disebabkan smart phone tu , baru sangattt… Dan besar , maka aku plan untuk elakkan dari tercalar atau dicalar , maka aku nak cari screen protector dan juga casing untuknya.. hehehe ..

Tapiiii sayang seribu kali sayang .. Takde la pulak ! Alasan , sbb baru lagi ! Kalau ada pun , di Nokia Centre. Harganya ? Perghhhh … Mahal giler woo tapi ok la .. tu original .. hehehe .. Tapi aku tak beli la.. Tak mampu koooo ..

Dari satu kedai ke satu kedai , aku merayau.. Jawapan , sangatlah mengecewakan ! Kawan aku , Vernon ada bagitau di internet ada jual .. Aku dah tengok cuma designnya aku tak berkenan..

Tiba-tiba di Whatsapp , rakan The Influencer tunjuk gambar yang membuatkan aku geram tetibaaa !! Tadaaaaa…. dia tunjuk casing untuk 1520 miliknya !!

Huwaaaa … manaaaa dapat ???? Aku tanya dia .. Dia jawab .. mudah jerrr !! Sila ke https://www.facebook.com/glamcases untuk mendapatkan case yang bersesuaian dengan telefon pintar korang .. heheehhe ..

 

Dan dia bagi lagi gambar-gambar yang buat aku jeles sama dia ! Hhahaaha.. Macam macam ada koooo ..

Tapi aku berkenan dengan yang bawah ni .. Hehehe .. Nampak ,’ pegawai’ koooo … Hahahahah ..

Selain di FB , dia juga ada menunjukkan design di Instagram .. hehee.. Search jer GLAM_CASES , confirm jumpa ! Hahahahah .. Kalau dah jumpa , jangan tengok je .. Silalah borong utuk kawan kawan  ! Hahahhaa

 

Amacam ? Hehehe .. Tengok lagi ? Gi sambar laaa

Mudah benar merajuk ..

 

Makin kerap merajuk bila aku marah. Tapi mudah benar dipujuk. Nasib baik la ikut perangai aku part ni ! Hahahaha .. mesti berapi jeee mak Qhaliff baca part ni ..

Alhamdulillah .. cepat sejuk hati dia . Ok la , part ni mmg wife punya perangai. Cepat sejuk tapi tak bererti cepat melupakan ! Haaaa .. Qhaliff , aku harap perangai dia ni hingga ke besar. Kalau ikut perangai aku , mmg merana laa.. Sendiri merajuk , sendiri pujuk ! Huhuh.. Sian kan ? Rugi jadi lelaki ego.. hahaha ..

Ada sekali tu .. Dia merajuk , dia gi melarikan diri kat sofa pastu duduk sorang sorang ! Alooo incik ! Awak tu belum cecah 2 tahun tauuu.. Nak merajuk cam orang dewasa la pulakkk ..

Nasib baik la dia tak reti meminta mainan lagi. Cuma bila dia nakkan sesuatu , dia akan meronta turun pastu berjalan sendiri ke tempat apa yang dia nak .. hurmmm .. Kena ikut dia .. ni part , mak dia punya perangai .. Dna mak lebih niii terutama tang pipi tu , bila merajuk ! Hahaha.. Kembang semangkuk pipi tuu.. hahaha ..

Selamat Menyambut Krismas buat rakan rakan yg beragama Kristian..

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI