Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 30 Disember 2013

Bertuah betul la !!

 

Wife bagitau aku tadi… Qhaliff buang berus gigi dan ubat gigi dia ! Mahai tuuu beli !! Beli kat MotherCare kooo … Huhuh…

Seingat aku , aku letak atas meja makan kedua dua tu selepas mandi pagi tadi..

Aku gi tengok kat dapur .. Huh !! Tu diaaa … Aku nak capai guna tangan yang disarungkan dengan plastik .. tak tercapai ! Haihh ..

Qhaliff perhati je aku buat kerja.. Pastu ada hati nak masukkan kain buruk dalam tu ! Terus aku marah…  Lari dia ke ruang tamu dan menyorok !

Nampak ?

Terus tak jadi nak bebel kat dia ! Huhuhuh … Nasib baik dia buang berus gigi dia .. Kalau buang kunci rumah ? Kereta ? Handphone ??? Huhu… Kena sorok dah semua ni pasni ..

Buang remote home teater ??? Mau aku jadi hulk jugak !!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Trafik tak sampai 500 UV tapi ??

 

Tapi dapat tajaan dari syarikat antarabangsa ! Haaaa.. Terkejut ? Jangan wehhh … Itulah hakikat sebenarnya ! Ramai blogger terutama yang ‘muda muda’ ni ingat trafik perlu sampai tahap tertinggi utk menarik perhatian penaja .. kan kan ?

Tak perlu pon sebenarnya. Kebanyakan mereka yang kasi trafik tinggi tinggi ni , sasaran mereka adalah pada pengiklan melalui banner gitu haa .. Lagi tinggi , lagi best .. Tapi bukan semua laa best .. Kena bijak mencari gak .. 

Ok … tu bukan point aku … Point aku penulisan blog korang tu haa.. Entri perlu menarik , padat dan mudah difahami..Tak perlu berbelit belit .. Dan kalau boleh laaa , jgn byk sangat entri copy paste walaupun atas niat yg baik.. Original beb.. Kalau nak amik info sekali pon, ulas sendiri dengan gaya bahasa sendiri wooo ..

Yang penting sekali , jangan tulis hari ni .. harap esok dah dapat pulangan.. Bab rezeki , kita tak tau . Yang penting usaha donggg.. Pehey dop ?

Blog yang kawan aku bagitau tu .. aku masuk dan baca.. Senyum je.. Entri dia entri peribadi je pon.. Kisah dia dan anak anak dia tapi dapat tajaan .. Haaa … Ops , english blog .. Eh , jangan ingat blog bahasa melayu tak bolehh dapat ! Haa.. Boleh jer ! Tapi entri korang tu .. kena la menepati sasaran marketing .. kan kan ?

Kisah sebenar sebuah kemalangan ..

 

Hurmm.. akhirnya , aku ‘jumpa’ jugak mangsa kemalangan yang pernah aku ceritakan di dalam blog aku , awal tahun ni.. Lebih tepat lagi pada 26hb Februari 2013 .. Tajuk Kalau Langgar Lampu Merah..

Mangsa yang juga dah jadi rakan aku di FB , kembali menceritakan detik detik kemalangan tersebut melalui perbualan singkat di ruangan message.

Dalam entri tu , aku bercerita apa yg aku nampak .. Maksudnya , sekilas pandang dan juga pendapat .. Tak semestinya tepat ! Sebab tu aku harap mangsa kemalangan tampil untuk bercerita semula agar dapat dijadikan pengajaran buat aku dan juga rakan rakan pembaca sekalian. Dan Alhamdulillah , akhirnya aku dapat cerita sebenar ..

Menurut mangsa yang memandu mpv tersebut , motor yang tiba-tiba masuk ke laluan dia walhal dia memandu sekitar kelajuan 60-70 kmj , tidak perasan kehadiran motor yang tiba-tiba berada di laluan dia .. Dalam entri lepas , aku tulis ‘aku rasa kereta tu dipandu laju.’ .‘Rasa’ aku tu tak rupanya tak tepat  dan aku dah mohon maaf padanya.

Maksudnya.. dia di jalan lurus.. Motor tu , patut tunggu lampu hijau baru masuk simpang .. tapi tak .. dia langgar lampu merah utk teruskan perjalanan !

Laporan polis dah dibuat dan penunggang motor tu menafikan dia langgar lampu merah . Tapi aku tahu la lampu tu lampu merah sbb aku kat situ. Kereta lain pon dok menunggu utk meneruskan perjalanan.

Menurutnya lagi , dia yang sedang mengandung 3 bulan anak perempuannya mengalami beberapa kecederaan. Nasib baik ada air bag .. 

Dan Alhamdulillah , ada orang Indonesia sudi hantarkannya ke hospital Putrajaya . Masa tu jam 8 lebih ..Pagi .. Manakala penunggang motorsikal yang patah kaki tu sampai hospital yang sama , jam 10 lebih. Tunggu ambulan..

Mangsa , taknak panjangkan cerita setelah penunggang motorsikal enggan mengaku salah langgar lampu merah. Tak pe la.. Yang penting , semua selamat ..

Dan yang paling penting , ialahhh .. tak kira apa jua lampu sekali pun .. tak kira sapa sapa pun , sila berhati hati !  Termasuk aku juga !

Panjang dia cerita .. tapi cukuplah kot untuk pengajaran kita semua .. Hati hati di jalan raya .. Dan jangan lupa pakai seat belt tuuu ! Aku cukup tak suka pakai.. huhu .. Pasni pakai laa..

Kat sini mmg selalu ada kemalangan . Takde pulak kamera AES ? Hee.. Tak menguntungkan kot ?

Baru tunjuk ubat .

Terus melarikan diri. Siap nk panjat tingkap lari tuu.. Hahahaha.. Takut bebenarrrr. ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Siapa aku nak percaya ?

 

Yang inikah ?

Atau ?

Photo

Kang kalau aku lebih lebih kang .. kata aku nak gulingkan kerajaan ! Kalau aku wat dek jer , kata aku setuju ! Laaa .. aku nak setuju camana kalau dah semua naik ! Sebelum ni ok la lagi.. ni dah makin naik sana sini ! Letih la wehhh .. Takkan nak keje bagai nak rak untuk hidup selesa ? Hurmm …

Aku cumalah rakyat biasa yang ingin hidup di negara sendiri tanpa rasa takut , tak kira waktu !

Merajuk ku cuma seketika ..

 

Siannn.. Lepas main , makan .. mandi .. pastu masa untuk ubat.. Masa  ni meraung sungguh dia .. hinggakan tak nak kat aku dah ! Terus cari mak dia dan ‘mengadu’ walhal tu arahan mak dia ! Hahaha.. Marah benor kat ayah dia yang pegang dia dengan kukuh ..

Alhamdulillah.. Dah nampak kurang skit merah kat mata dia .. Mata aku , masih merah .. tapi ada kurang skit la.. InshaAllah esok ok .. Nak kena baik cepat ni.. Nak balik Kelantan.. Lama tak balik kampung .. heee..

Lepas merajuk .. tak sampai 10 minit , dia cari aku balik .. Hee.. Anak bapak ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI