Asal blogger je , nak PERCUMA jer !

by - Khamis, Januari 02, 2014

 

Tahun ni tahun ke 6 aku blogging.. Yeke ? Sat kira.. Mula hujung 2008 kan ? Skang dah 2014 .. haa.. Berapa ? Kira la sndiri.. Aku letih dah kira.. Tu belum masuk GST lagi tuuu .. Haaa..

Awal awal blogging .. aku fikir , best giler dapat job ni ! Free pon tak pe laaa .. Janji dapat macam macam terutama gi bercuti sana sini ! Tapi mustahil la sbb aku ni , bukan blogger retis atau popular pon ..

Tapi segalanya mula meleset bila aku dah masuk tahun 2 blogging. Pelbagai job aku terima .. Berbayar dan juga tidak. Awalnya  yang tidak berbayar tu , ok la.. Win win situation.. Tapi lama kelamaan, aku rasa macam tak berbaloi.. Takkan diorang ni tak mampu bayar walaupun untuk RM100 ??

Sesekali tu , ok la. Tapi kalau dah 2,3 kali menda yang sama suruh promote , tu melampau laaa .. Diorang dapat keuntungan. Atau agen tu dapat bayaran.. Tapi sampai kat blogger , tak payah bayar ! Dah kasi makan , tidur free .. dah laa  , kata mereka ! Amboiii .. Maaf laaa yer. Kalau nak gitu , maka aku pergi bercuti cuti Malaysia je la. Untuk update ? Maaf .. Adil la kan ?

Blogger bukan wartawan. Wartawan , mmg dah ada gaji. Blogger pula , income dari blognya. Kalau nak asyik free.. lama lama tutup blog weh ! Kalau bagi produk mcm gadget , berbaloi la gak. Boleh jual dan duit leh simpan ! Ni zaman duit mau pakai banyak woo !

Blogger pon.. Nak pasang network pun , jangan sampai merendahkan lagi maruah blog tu. Susah susah kasi naik .. Tau tau , free ! Perghhh ..

Bukan apa .. aku kesian je kat blogger yang dok kata , ‘ kenapa aku tak pernah merasa duit dari blog ? ‘. Camana nak merasa kalau ada blogger dok asik amik job free.. Bukankah itu akan matikan segala peluang pendapatan blogger ?

Air suam pon mau bayar tau .. Mana ada free skang ni ! Mau gerak , guna minyak .. Lrt mau naik ! Memadai dengan tidur makan je ? Atau seronok ? Sesekali , ok laa .. Selalu buat , makan pasir laa .. Jangan ternganga bila dengar ada blogger masyuk tapi kita tak.. Dah kita nak free jer ..

Ingat blogger .. korang ada blog , FB , Twitter , Instagram .. Korang update tu , guna internet .. Mau bayar internet maaa ..

Entri dari rakan sejawat .. Baca kat SINI ..

You May Also Like

12 comments

  1. Aku setuju sangat2 dengan apa yang bro Ben tulis dalam entri ni..

    BalasPadam
  2. Dalam isu ni memang gua sangat2 bersetuju dengan lu bro. Semua kena bayar skarang..mana dapat free dah. Nak free promote sendiri dalam blog sendiri. Hehe

    BalasPadam
  3. setuju .. skng bukan semua benda free. hohoh

    BalasPadam
  4. Betul , kadang2 ada pihak yang suka ambil kesempatan hanya kerana title blogger.

    btw banyak benda yang kena buat untuk buatkan blog itu mantap so tak berbaloilah kalau asyik semua free.

    Tuntasnya ambil bayaran kalau nak beriklan , baru ada rasa dihargai.

    BalasPadam
  5. Yup setuju tu nak kena byar baru boleh tulis

    BalasPadam
  6. sokong abg ben kalau belum femes leh la klo femes mcm abg ben xbyr tu kira over la
    jemput lawat www.kucinghitam.net:P

    BalasPadam
  7. betul tu brooo... nk tarik pembaca tu bkn senang. fuhhh... main makan tahun... dh popular, nak free.. maner blehhh... masa tergadai banyak tuuu

    BalasPadam
  8. betol... nak g hotel yg dia kasi free tu pun guna minyak... guna keter... silap2 parking pun kena byr...

    BalasPadam
  9. BETUL!!!!!!!!

    hari tu pergi somewhere, dia tak bagitahu tiket parking tu kena cop. diorang just bagitahu kat media je. pastu balik tuptup kena caj rm35. perghh naik angin. dahla kena minyak+tol, pastu bayar parking.. nak tak nak berdegil lah. taknak bayar. last sekali, barulah dia kasi free. ewah... ingat blogger ni media cap ayam? orang sekarang google tau!! mana nak sangat beli printed media.

    BalasPadam