Berniaga , bukan ‘bekerja’kah ?

by - Sabtu, Januari 18, 2014

 

Hurmm.. masyarakat memandang ‘pelik’ bila ada anak muda nak menjadi usahawan walaupun peruncit kecil kecilan. Bagi sesetengah orang , bila dah memandu kereta mewah , atau bergelar CEO .. barulah dikatakan usahawan atau ahli perniagaan !

Baru-baru ni , satu restoran nasi kerabu yang aku suka gi makan .. masuk dalam akhbar. Ada cerita mengenainya. Menurut penulis , pemilik tu dah punya punya kereta mewah serta rumah yang dibelinya secara tunai ! Perghhhhh … Restoran mereka bersih dan harga pun tidak mahal !

Hidup ini satu cabaran. Aku pernah terfikir , sampai bila aku nak hidup dengan .. bangkit kul 6 pagi , keluar gi pejabat.. kul 7 petang baru nak sampai rumah.. Harapkan cuti umum atau cuti 14 hari setahun tu je untuk ‘nampak dunia’. Atau , amik mc utk releasekan tekanan ! Perghh… usia dipersiakan begitu saja ..

Bekerja dengan orang ni , untuk cari pengalaman tu bagus laa .. Melainkan kalau dah kita ni dalam bidang yang tak ramai orang ceburi cam pilot ke , tentera ke , polis ke .. ok la kan ? Tapi sampai bila ? Haaa… Masing masing punya pendapat ..

Aku pernah suarakan hasrat aku pada orang tua aku .. Aku nak ganti dia jadi usahawan bas sekolah tapi dia tak kasi .. Katanya sangat perit .. Bagi aku , dia tak nak aku ‘penat’ ..

Beberapa rakan berkongsi pendapat mereka mengenai isu ini ..

1.ha ha kawan akan berniaga air aje ben, pakai estima, myvi, viva, ada rumah besar dah macam kapal akak tengok rumah dia bukan main besar lagi. Anak dia berapa orang sekolah dengan Teta, Sekolah swasta..

2.Situasi ini sama dengan saya sekarang.. berniaga kek kat rumah.. sempat lagi kata, "belajar tinggi2 duk kat rumah."
Macamlah kerja kerajaan boleh dpt rm200 sehari.. kuangkuangkuang

3.Dulu2 klu ckp keja tukang masak hotel pun org ckp blh ker bagi mkn bini......tapi skrg biler kat chef aje...emmmmmm....gelamor tuuu

3.isk3...apa yg lebih bagus dari berniaga sendiri? klu mampu, saya akan berniaga sendiri dari kerja dgn org.

4.saya kerja salesman org x pndg pun. hulur pamplet pun org dah menyampah. kalau boleh kat pasaraya tu sggup amek laluan jauh semata2 xnk lalu depan salesman kat tepi2 tu. bkn kami hulur bom. hulur kertas sekeping je. haha. tp apakan daya, ini la sumber rezeki utk menyara keluarga

5.saya walaupun bekas pekerja imigresen..terus sound, kalau nak cari suami cari yang bukan kerja kerajaan...yang berniaga pun boleh..mula2 tu..bingung juga kenapa gitu..sekarang baru faham..dia menempuhinya masa tu..dan sekarang adik saya kerja kerajaan dan bila dia bercerita, barula saya semakin faham...

6.Pakcik2 cina kami satu pun takde kerja dgn orang...termasuk semua ahli keluarga kami....boleh gak hidup..cuma nak kaya mcm datin rosmah mansur najib razak tu takde lah...sekurang2nya takde hutang keliling pinggang...

7.Fikiran mcm tu dah ditanam sejak dulu, sbb tu bila tiba masa si anak2 nak cari pasangan mak pak semua memilih nak yg ada title 'kerja hebat' a.k.a kerja yg ada 'nama' ataupun lebih tepat tiap bulan gaji konfirm ada. Tak kisahkan walaupun makan gaji sampai akhir nafas sekalipun, janji kerja... 'katanyaaa...'
Tapi, pilihan di tangan masing2 laa... kita sendiri bila tgk situasi skrg mcm tak relevan, tpi bila tiba anak2 kita esok minta dimudahkan dan tidak terikut zaman ni, tapi mampukah..? Bila hidup makin lama makin lebih bergantung kepada wang ringgit dan tak mustahil kita akan memilih juga utk pasangan anak2 kita di masa akan datang,...

8.Nabi dah kata dah..."9/10 rezqi dari dunia perniagaan", sobar je la...kan...

9.Dan lg satu masa flexible. Tak dak sapa nak marah terlambat masuk opis walau lima minit. Kalau balik lambat x kira pulak

10.Kerja bagus sikit tu bermaksud kerja dengan kerjaan atau keje y tak berisiko....kalau meniaga kan banyak saingan...tambah2 niaga kedai makan...risiko untuk disabotaj atau akan tutup tu 70%....sebab tu ramai ibu bapa y risau....kalau dah ade pegangan...meniaga tu sbg side income....tu mmg terbaik la....tp kalau xde keje tetap harapkan niaga je agak berisiko la pada mereka....tu pada penialain org tua2....sedangkan perniagaan itu adalah rezeki y terbaik...lain org lain pandangan.....

11.pengarah nasional FM kata kat saya, nak kaya jangan kerja dengan kerajaan.. kena kerja sendiri ataupun buat bisnes. so tak payah nak tunggu bulan..huhu

12.tu lah...lain orang lain cara berfikir nye...ade y nak anak cari pasangan y buat bsnss sendiri....tp kebanyakkan nk y ade gaji tetap....sbb meniaga ade pasang surut...bila ade gaji tetap dr situ boleh kembangkan sayap...nak bsnss ke ape...tak de masalah...y penting diri sendiri nk kene pandaila...jgn harap gj tetap tu je...tu sbg batu loncatan....kene pandailah...y penting keje lah apepon...asalkan berkat...

13.persepsi org kena betul kan... even menoreh getah pun kuar seawal 5 pagi blk pun keje 4 jam je sehari tp 1week dpt cekau rm2k... disebabkan pekerjaannya penoreh getah dia direject awal2... pdhal 1bln 8k tu income.. kalaah gaji pegawai bank... so acaner???? who want to answer????

14.Masih ramai yg pandang lekeh pada golongan peniaga. Mereka sebenarnya tidak tahu pendapatan peniaga Burger sama banyak dengan gaji cikgu. Jual burger ja tu.. Begitu juga dgn peniaga2 pasar malam, nampak pakaian selekeh tapi dalam akaun bank lebih banyak dari mereka yg bekerja dgn kerajaan.

Hurmmm .. kalau korang , nak bekerja sampai tua atau ada plan nak berniaga ?

You May Also Like

11 comments

  1. betul.. bila ada orang baru berniaga, dah ada org lain yg kata memacam. Pandang rendah pada peniaga. Sabar je lah.


    - Shaklee Distributor
    http://myra-aida.blogspot.com
    Set kurus shaklee

    BalasPadam
  2. semua tu bergantung pada cara individu tu berfikir. cam saya

    dulu masa student lagi, saya terpikir gak ," berniaga burger je kot... mampu ke nak sara anak bini?"

    skarang bila selalu dgr citer suami tentang kengkawan yg cuma meniaga kecil - kecilan camtu.. kagum gak. mampu je diorg sara anak bini.. elok je kehidupan diorg... ^_^

    BalasPadam
  3. saya masih belajar lagi, tapi cita-cita nak buka kedai buku. orang pelik ngan saya belajar bende lain cita cita pula menyimpang arah melawan arus. tapi saya masih dengan cita cita saya.

    macam mana ya kalau kita kerja kerajaan tapi ada side income lain, macam jual2 benda lain. apa pandangan?

    BalasPadam
  4. Plan nak berniaga & buka kedai betul - betul one day. In shaa Allah

    BalasPadam
  5. Kalau mampu bleh buat dua-dua...bekerja makan gaji & berniaga...tapi kalau pendapatan berniaga lebih bnyk dari kerja mkn gaji,boleh la buat pilihan plak.masing2 punya pilihan.skrg mmg makan gaji & niaga.pernah terfikir nak berhenti kerja.tapi rasa sayang plak dgn kerja ni.bukan sebab duit gaji,tapi sebab kepuasan & keadaan kerja yang seronok.

    BalasPadam
  6. Kak Scarr ni pun kalau boleh nak pencen awal.Berniaga.Tapi banyak pulak komitmen.

    BalasPadam
  7. LeYa pun memg planning nak bisnes.. ni skrg wat on9 dulu sblm bkak ofis...

    BalasPadam