Bila anak murid makan rumput !

by - Selasa, Januari 28, 2014

 

Hurm.. Aku ada baca mengenainya di akhbar Kosmo semalam sewaktu tunggu giliran untuk gunting rambut.. Awalnya aku tahu melalui FACEBOOK .. kawan post tapi tak lengkap ceritanya.

Dipakaikan loceng , pastu disuruh makan rumput. Siap ambil gambar dan ugut upload ke FB. Pastu panggil ‘lembu’ Kerana tak siapkan kerja rumah ..

Hurm.. guru tu dah diarahkan tukar ke tempat lain dan dua orang murid tu tukar sekolah lain sbb malu .. Sian.. Tapi hukuman utk guru tu rasanya tak cukup. Murid tu tanggung malu dan pastinya emosi mereka terganggu gitu.. Kenangan sepanjang hayat ditambah lagi ada pulak masuk dalam akhbar dan tv ..

Peliknya , dah tukar sekolah pon ada media dok kejar dua orang murid ni nak dapatkan cerita atau pandangan dua orang murid ni. Rasanya tak perlu laa. Mereka tukar sekolah tu sbb segan nak berdepan ngan murid murid sekolah tu… Dah tu , gi dedah identiti mereka tu wat pe ? Apa beza masuk sekolah baru ? Confirm nanti ada yang tahu dan .. hurm…

Entah la.. kekadang media elektronik ni pon satu hal.. Menda kecik dan dah pon diuruskan .. tak perlulah nak dipublisitikan lagi kaw kaw punya .. Kalau nak pon , cover la muka dua orang murid ni… Iskh…

You May Also Like

6 comments

  1. Dugaan mental dan emosi..moga lebih mematangkan..

    BalasPadam
  2. reporter x bertauliah..boleh ke gitu?

    BalasPadam
  3. perkara dah selesai sudahlah.. bagi ruang pada anak murid tu untuk teruskan pembelajaran dalam suasana yang selesa.

    BalasPadam
  4. kes nie kan abg ben siap buat press conference lagi...

    BalasPadam
  5. benda kontroversi, tu media suka. tak fikir budak2 tu ..

    BalasPadam
  6. Ada terbaca dlm berita tak pasti, Berita Harian @ Utusan Malaysia, yg pelajar tu tak berpindah, masih mahu terus belajar di sekolah tu. Guru tu je yg dipindahkan.

    BalasPadam