Bila tengok jiran pasang UNIFI ..

by - Isnin, Januari 20, 2014

 

Wowwww.. syoknyaaa bila tengok rumah rumah jiran ada UNIFI .. Confirm internet laju tak hengat.. Kalau pakai smart tv , lagi la puashati ! Tengok youtube je kat tv atau online movie , download movie cetak rompak dan sebagainya. Setakat update blog guna UNIFI , ‘buang karan’ jer .. hehe..

Kira kira balik perbelanjaan. Keluar masuk pi mai pi tang tu , duit yang ada cukup cukup untuk hidup je. Apatah lagi cam aku ni , kais pagi , makan esok .. Kais petang makan lusa. Nak simpan untuk makan minggu depan , lom tentu lagi .. Haaa.. Kena berjimat cermat ..

Tadi wife tunjuk segala hutang piutang yg berbaki cam kredit kad , perabot dan sebagainya. Tak banyak pon tapi hutang gini mmg menyemakkan kepala ! Kitorang laki bini kalau boleh nak kurangkan hutang dan banyakkan simpanan.. Alhamdulillah , untuk Qhaliff ada 3 simpanan .. Tabung Haji , SSPN dan insuran.

Aku pun dah mula kurang tengok tv , pasang aircond dan juga membeli barang yang kurang digunakan. Bab pakaian , mmg takde dah sangat.. Tiada lagi barang berjenama utk aku beli.

Antara yang akan aku potong nanti ialah broadband Maxis. Cara pembahagian kuota tu membuatkan aku rasa berbaloi utk potong Maxis. Celcom di tempat aku pun dah ok sangat dah. Dulu , kureng..

Apa lagi nak kena potong ? Hurmm… Bila hutang piutang settle tahun ni , baru leh tarik nafas lega .. Kesilapan besar ialah beli barang perabot secara hutang.. Perghh.. mmg tak berbaloi. Tapi apa nak buat.. Tunai yang ada , perlu simpan waktu tu sbb buat persediaan utk Qhaliff ..

Banyak kena amik kira wooo .. Apa pun dibuat , adalah untuk kesenangan anak anak ..

Asal diorang tidur lena.. selesa dan cukup makan , alhamdulillah.. Teringat pengorbanan orang tua aku ..

You May Also Like

8 comments

  1. Alhamdulillah ... dh tido pun dia ...

    BalasPadam
  2. em susah jugakkan jd parent ni .pk byk kali plak bile nak kawin . tapi , insyaAllah abg ben , ank anak pembawa rezeki kan ? tu yg bakal keluar lagi satu tu , ade lah rezeki yang bakal saing tu .

    BalasPadam
  3. Abg ben. At least abg ben buat semua tu demi anak2 dan abg ben able to provide semua tu untuk keluarga.

    BalasPadam
  4. Insha Allah...sebagai sahabat dan jiran blog....saya doakan keluarga ben diberkati dan dipermudahkan segala urusan....

    BalasPadam
  5. Tak apa slow slow lunaskan satu persatu..insyaAllah akan selesai seperti mana di kehendaki..

    BalasPadam
  6. Itu baru seorang anak, kalau anak enam macam saya lagi pening, kemudian anak pula lahir setahun seorang...

    BalasPadam
  7. InsyAllah sama-sama kita berdoa supaya Allah bagi kecukupan dan dimudahkan rezeki untuk keluarga dan mengelakkan hutang yang tidak perlu...

    zaman sekarang memang terdesak. Bila membeli memang tarik nafas panjang. Terasa sangat kenaikan harga barang sejak 2014 ni...

    BalasPadam
  8. Wow! Pening jg hidup berumah tangga nie.. banyak benda nak fikir.. Tapi saya pernah terbaca, mengikut syariat Islam kalau nak kaya, kena kahwin.. rezki bertambah in shaa Allah.. :)

    BalasPadam