Dari HRC, lebih baik wujudkan perpustakaan di Putrajaya !

by - Ahad, Januari 05, 2014

 

Rasanya , ramai menentang  ‘kehadiran’ HARD ROCK CAFE di Putrajaya. Cukuplah ada satu di KL sana tuu .. Kekalkan saja Putrajaya sebagai pusat pentadbiran Malaysia dan juga pelancongan bebas arak dan maksiat. Takkan tak nampak tiap hujung minggu , Putrajaya ni dipenuhi dengan rakyat yg beriadah menghabiskan masa hujung minggu bersama keluarga tersayang mahupun bersama rakan rakan..

Bagi aku , Putrajaya dah ada macam macam tetapi boleh ditambah lagi dengan wujudkan satu perpustakaan awam yang besarnya macam Perpustakaan Negara di KL tu ! Apa salahnya ada banyak perpustakaan kan ? Lagi pun , di Putrajaya ni , banyak je sekolah ada .. Perpustakaan komuniti yang sedia ada , dengarnya tak lengkap..

Apa salahnya kan ? Jangan asyik dok pikir untung jer. Kalau boleh bawak segala harta masuk kubur , lain laa .. Ni tinggal gak atas dunia untuk direbutkan oleh orang orang yang sealiran..

Perpustakaan awam tu nanti , kalau boleh .. lengkapkan dengan dewan ceramah , kelas bahasa , pidato , cafe bebas wifi untuk ahli berdaftar dan cafe untuk sapa sapa jumpa , berkumpul dan menghabiskan masa di sana ..

Bayangkan , perpustakaan sebenar tu nanti ada banyak bahagian buku untuk bacaan santai , rujukan ilmiah dan sebagainya. Barulah seronok hujung minggu.

Kata nak bebaskan negara dari rakyat yang suka berdemo kan ? Sebelum ramai berdemo sbb nak wujudkan HRC , lebih baik bagi rakyat sesuatu yang boleh mereka kata ..

“ Bagus juga Kerajaan BN ni kan ? “…

Dalam buruk manusia , ada juga bahagian baiknya, kan ? Semoga Allah berkati kita semua ..

 

Terkini ..

Photo: Terima kasih ..

You May Also Like

3 comments

  1. Betul T_T
    Jauh lah perpustakaan negara ni hm :/
    buat lah banyak lagi perpustakaan T_T

    BalasPadam
  2. Mmg xsetuju bt HRC.. Cadangan library tu bgus.. Hrap peratusan yg mnat membaca mngkat.

    BalasPadam